Pages

Ads 468x60px

Monday, December 20, 2010

Perubahan itu tidak mudah... [part 1]

Mata Azam merenung kaku ke luar jendela, memandang ke langit senja yang membangkitkan perasaan rindunya pada seseorang. Azam mengeluh perlahan. Kedengaran suara dari belakang, menegur.
“Hai, tak baik mengeluh macam tu...” Lembut dan menenangkan. Sifat panas baran Azam bagaikan tak terusik dek teguran-teguran Razif selama ini, sedangkan dulu Azam memang terkenal dengan tangannya yang ringan. Bibirnya menebarkan sengih. Pantas, tangannya mencapai tuala. Maghrib sudah menghampiri, Azam tidak mahu dikuliah percuma lagi hari ini. Giliran bibir Razif pula melebar.
  Selesai mandi, Azam mengatur langkah ke bilik dengan perlahan.
“Harap-harap si Razif dah berambus... Tak payah aku susah-susah bagi alasan..,” hajatnya dalam hati. Hatinya luluh melihat Razif sedang mengucup mushaf Qur’an hijaunya. Razif melintas perlahan tanpa memandang Azam. Azam mengerti. Razif pernah menerangkan sebabnya.
“Aku gerak dulu. Assalamualaikum...” Razif meninggalkan Azam dengan lamunannya.
“Waalaikummusalam...”
*****
“Wei Zif! Aku tengah bercakap dengan kau laa... Tak sopan tau tak pandang orang yang bercakap dengan kita...,” tegur Azam agak keras. Azam berasa keegoannya dicabar dan itulah satu-satu pantangnya. Razif pantas membalas dengan suara rendah tapi jelasnya.
“Kau tu baru lepas mandi, Zam.. Aku nak mengelakkan dari terpandang aurat kau...”
“Aku ni lelaki lah! Lagipun, aku dah tutup apa yang patut.. Cukup laa..,” balas Azam.
“Aurat lelaki itu dari atas pusat sehingga bawah lutut... Kena jaga betul-betul, Zam..”
“Sama-sama lelaki pun macam tu ke?” Soalnya ingin tahu.
“Ya.. Jangan ingat lelaki sama lelaki tak boleh kena tipu dengan syaitan... Kita, sebagai manusia ni, elakkanlah dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kita ke arah maksiat. Sebab, kita tak tau sama ada kita mampu atau tak melawan apabila digoda...” Razif mengakhiri bicaranya dengan senyuman.
“Oh, I see! Okay...”
Razif hanya tersenyum.
*****
Usai solat maghrib, Azam terus menerpa ke laptopnya yang sedia terpasang. Cursor di arah ke icon Chrome, lantas ke laman sesawang Facebooknya. Tiada yang menarik, dia membuka profile page ‘Nur Mujahadah’ atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Humaira, yang pada pendapatnya lebih menarik dari nama yang digunakan Jannah di laman sosial paling terkenal itu. Jannah, yang dikenalinya kerana dia merupakan rakan sekuliah dan mengambil jurusan yang sama di sini, entah kenapa begitu menawan di matanya. Sinar matanya, suaranya malah tebaran tudung labuh dan jubahnya apabila disapa bayu sangat mempesonakan, tapi Azam mengakui bahawa semua itu dinikmati secara curi-curi dan jarang sekali kerana Jannah sangat membataskan pergaulannya. Azam jarang melihatnya selain di dewan kuliah, jauh sekali berdua-duaan dengan lelaki. Malah, usaha Azam untuk mendekatinya juga sia-sia. Ternyata, bukan Azam berputus asa bahkan menyemarakkan lagi keinginannya untuk mengenali Jannah dengan lebih dekat.
Tak sampai lima minit matanya melilau di page ‘Nur Mujahadah’, dia menyerah. Bukan sahaja dia tidak mendapat petunjuk tentang cara terbaik untuknya mendekati Jannah, malah dia tidak melihat sebarang post atau komen tentang maklumat peribadinya. Wall-nya dipenuhi dengan risalah-risalah, notes, dan maklumat yang dikongsi tentang agama.
“Sama je macam Razif!” keluhnya kasar. Facebook ini bukannya tempat ustaz-ustazah berceramah, itu pada pandangannya. Azam melemparkan pandangannya ke langit, yang diselubungi jubah gelap berbintang. Dia melepaskan keluhan berat sekali lagi. Tidak puas dengan itu, dia menghayunkan penumbuknya ke atas meja. “Jannah...” Dia menzikirkan nama itu berulang kali.

1 comments: