Pages

Ads 468x60px

Saturday, October 15, 2011

Berjimat itu seksi?

 

Assalamualaikum!

This is merely a rough translation of the article that I read just now.

“ Hampir 18% dari kaum lelaki di US menggunakan kupon pada temujanji pertama mereka. Manakala 18% dari mereka lagi berkongsi bill pada first date mereka. Ini menunjukkan kelakuan seperti ini semakin diterima oleh pasangan mereka dengan statistiknya, 73% mengatakan ‘akan keluar lagi pada temujanji seterusnya walaupun si lelaki menggunakan kupon pada temujanji pertama…”

Ini pulak dari saya sendiri…

Ini di US, komuniti yg digambar amat mementingkan status dan appearance… Kalau la difikirkan, malu kot first date pakai kupon… Nampak beno kedekutnya! tapi dah dalam keadaan ekonomi dunia sekarang, mindset yang sebegitu nampaknya sudah tidak relevan lagi… sebarang urusan harus dilakukan dengan penuh jimat cermat, teliti…

Bagaimana pulak dengan Malaysia? orang Melayu..? no offence tapi biasanya orang Melayu la yang ada masalah malu tak bertempat ni… Jatuh standard lah, tak cool lah… Macam-macam…

Tapi rasanya ada je yang si lelaki siap suruh pasangannya lak yang bayor semua…

P/S: gegirls! manusia macam ni korang panggil apa ye?*

Monday, October 10, 2011

Respon: Kenapa takut sangat filem seram?

 

Lambakan filem seram dalam industri perfileman negara menjadi satu trend yang cukup membimbangkan. Memang diakui bahawa ‘viewer’s demand’ menjadi salah satu punca tetapi apakah atas alasan ini, penggiat seni seharusnya menyempitkan idea dan buah fikiran mereka untuk mengaut keuntungan atas trend penonton semata-mata dan tidak cuba menghasilkan filem-filem yang ‘melawan arus semasa’ dan mendiamkan mulut-mulut pengkritik?

Seharusnya filem dan media seharusnya menjadi pemangkin kepada gaya pemikiran masyarakat Melayu yang dilihat masih berada di takuk lama; pontianak, pocong, saka dan sebagainya, sedangkan untuk menuju ke arah negara maju, gaya pemikiran seperti itu seharusnya dilempar jauh ke belakang dan dilupakan.

Jika ingin menggunakan alasan filem seram Melayu lebih mengetengahkan unsur mistik dan budaya lama masyarakat Melayu, satu persoalan harus timbul dalam fikiran. Mengapa budaya yang menunjukkan orang Melayu ini sangat paranoid yang harus menjadi jajaan orang-orang perfileman? Mengapa tidak diketengahkan sisi masyarakat Melayu yang suatu ketika menjadi identiti seperti seni silat?

Sepatutnya kisah-kisah kepahlawanan seperti Hikayat Merong Mahawangsa itu diperbanyak, bukannya mengulang-ulang kisah pontianak memburu darah, orang minyak mencemar si dara dan sebagainya.

Di sudut lain pula, usahlah melagukan alasan bahawa filem bergenre seram ini membawa mesej ‘jangan sesekali menyekutukan Allah’ atau ‘tipu daya syaitan itu nyata’ walhal kenyataan itu hanya diletakkan hanya 5 saat sebelum kredit tamat filem tersebut. Tiada kesannya berbanding hantu-hantu yang hampir 2 jam ditayangkan.

Rasanya tidak wajarlah saya ingatkan yang ‘orang yang kreatif itu sentiasa mencari jalan untuk mengubah persepsi orang terhadap sesuatu’ kerana saya pun tidaklah mampu mengarah jauh sekali menjadi produser. Saya hanyalah seorang Melayu yang tidak lagi mampu menonton filem seram.

 

P/S: Ini merupakan respons peribadi kepada artikel Berita Harian ‘Kenapa takut sangat cerita seram?’ [LINK]