Pages

Ads 468x60px

Wednesday, September 21, 2011

Berat badan: Antara Rupa dan Kesihatan

 

Assalamualaikum…! Morning everyone…

Bila kali terakhir korang pi timbang berat korang? Or korang memang ada weighing scale sendiri kat rumah? Adakah korang takut untuk makan kerana takut berat badan naik? Or adakah korang melantak tak ingat dunia sebab korang tak peduli pun pasal bentuk badan korang?

*nak kena tuan rumah ni… boleh tanya soalan-soalan sensitif pulak pagi-pagi buta macam ni…*

Erkk! Tenang kawan-kawan…! Hehee… Aku bukan tanya sebab busybody atau apa-apa, tapi ini ada satu cerita mau story kat anda-anda semua…

Benda ini memang dah lama dah nak dimasukkan ke dalam archive blog aku yang tak seberapa ini, tapi disebabkan limit masa dan prioriti-prioriti kerja yang lebih memerlukan perhatian, aku terpaksa tangguh dulu.

okeh! dari segi rupa, memanglah dunia mengiktiraf bahawa orang yang slim and slender dan cukup ukuran itu cantik, menawan dan sempurna. orang kategori 3G pula akan dipandang sinis bila memasuki butik-butik baju seperti… err… seperti… sorry guys! aku tak tau pulak brand-brand baju yang fofuler..

*itu semua propaganda media je tu…!*

tuan rumah tak nak sembang pasal pengaruh media terhadap cara pemikiran manusia sekarang. itu mungkin di lain post, ok?

Dari segi kesihatan pula, ramai yang berpendapat bahawa orang yang kurus ini sihat manakala yang risiko untuk orang berbadan besar untuk mendapat penyakit-penyakit yang “confirm mati” lebih tinggi.

Jangan pesimis begitu kawan-kawan!

Berapa ramai antara kita ada kawan 3G? Berapa ramai pulak yang pasangan diorang lagi baek dari kita yang so-called hensem or cantik ni?

kalau korang tanya aku, ramai juga. sampai ada yang kata, macam mana la budak hot macam tu boleh sangkut dengan si dia ni…

mungkin ada yang kata itu jodoh dia, kan?

see? that’s my point. bila sampai hal jodoh, hang gemuks kaa hang kurus keding kaa, akan ada la pasangan hidup yang Tuhan tentukan untuk anda.. bila sampai hal cinta, hang huduh kaa hang cute kaa, ada la yang berkenan dengan anda..

yang penting self-esteem kena ada. yakin dengan diri sendiri kena ada. baru orang respek sama kita maa!

habis dari segi rupa, dari segi kesihatan pulak. memang lah ajal maut di tangan Tuhan, tapi kalau dah makan tak ingat dunia dah tentu-tentu lah ibarat menempah maut. diabetes atau dalam bahasa coolnya, sweet pee (kencing manis), darah tinggi, obesiti.. semua tu sinonimlah dengan orang ‘gems’. tapi, jangan kata orang kurus ni tak boleh kena penyakit-penyakit tu pulak.

yang penting, sentiasa amalkan gaya hidup sihat dan makan biar teratur.

P/S: diet bukan untuk cantik, tapi untuk sihat.

Thursday, September 15, 2011

WW: Penat woo!

 

Assalamualaikum! Morning evryone!

Wahh… Dekat seminggu tak update pape, tetiba buat WW pulak… Memang menguji kesabaran, kan? Hahaha…

Gambar semalam tu kan menunjukkan rimau (ke puma?) yang kuyu keletihan, nak menceritakan yang aku ni sangat letih! Baru opening week semester baru tapi aku dah jalan kaki boleh katakan ke seluruh kampus… Bas? Harapan laa… Adik-adik *wahh! adik2 tuu…* first year ramai gilaa tahun ni… bagi depa naik dulu la..

*see? abang senior anda ni sangat baik…! wee~*

Hari-hari yang mendatang jugak sure memenatkan, tapi kita tak boleh kalah dengan kepenatan itu… betul?

bak kata orang tua-tua, bersusah dahulu senang-senang kemudian…

P/S: sikit je post ni, tak tau nak sembang apa lagi…

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #3

 

Assalamualaikum!

babai!

P/S: kata wordless… haha… gambar ini akan diterangkan esok… so, tunggu…~

Friday, September 9, 2011

60 sen, oh 60 sen!

 

Assalamualaikum…

Hai readers…! Pastinya korang dah dengar cerita hangat terbaru negara kita sekarang sebab cerita ni bersangkut paut dengan golongan kita jugak, muda-mudi yang amat bergantung hidup pada telefon bimbit atau lebih mesra dipanggil henfon…

YES! Aku merujuk kepada tindakan kerajaan meluluskan pengenaan 6% cukai kepada simpack dan tambah nilai prepaid yang akan dilaksanakan bermula 15 September ini. Ini bermakna akan ada penambahan 60 sen bagi mereka yang selalu topup 10 macam aku ni…

*tuan rumah nak cakap dia kaya la tuu…*

eh! sikit pun takde niat macam tu… bagi aku senang topup 10 terus, takde banyak-banyak kali pergi ke kedai tu…

Anyway, dengan perasaan ingin tahu kes sebenar, aku bukak lah portal berita online bhairan.com.my. ironinya, laporan pasal cukai ni betul-betul bawah laporan ‘RAKYAT MULA TERIMA KESAN BAIK INISIATIF ETP’.

wadahel?

ni nak mintak pandangan korang… agak-agak, ‘kesan baik’ sangat ke kalau luahan-luahan macam ni kat serata wall FB tu?

tpup tax fb

 

fb 2

 

Ada nampak macam rakyat suka ke dengan ni?

Boleh kata tiap-tiap hari ada berita pasal pelabur masuk or ekonomi negara kukuh jika dibandingkan dengan US atau Eropah and yang lagi best, kedudukan negara sebaris dengan negara maju… (rujuk bhairan.com.my, tak ingat berita bila…)

apa relevannya cukai ni dikenakan kepada rakyat…? cerita la sikit…

kalau tak silap, dah muncul dah FB page ‘Kami bantah cukai or something like that…’. aku tak sempat like lagi…

so, what say you?

P/S: mengkritik untuk membangunkan, bukan untuk menjatuhkan…

Monday, September 5, 2011

Photo Editing Contest by Eien Razak & Dayah Jelita


Assalamualaikum…

First of all, biasanya aku tak berapa minat nak join contest-contest blogger ni sebab aku buat blog bukan nak hadiah-hadiah tu… just nak share buah fikiran dan pendapat aje… tapi lepas aku survey beberapa peserta dan mood aku sekarang memang tengah semangat mengedit gambar, aku join la jugak… heheh~
kalo tak tercalon untuk menang pun, leave a comment pun dah cukup… boleh la aku improve mana yang tak cantik… ye tak?

*banyak cakap pulak tuan rumah neh! nak join ke tak???*

-klik kat banner untuk terus ke blog penganjur-

SEBELUM:

DSC_0510

SELEPAS:

hari bapa

alamak! lepas dah letak sebelah2 macam ni, serupa je aku tengok… takpe la… penat dah aku taip… heheh… join je la…

gambar ni aku sempat snap time kami (aku dan cubemate) pi bersiar-siar kat Bukit Bendera… kalau tak silap aku, time ni tengah beratur tunggu cable car naik naik bukit tu… so, ni lah dia… dah lama dah pic ni diedit and diperam, menunggu post yang sesuai… sesuai la kot nak masuk contest ni…

*sudah la tu tuan rumah… dorang tak lalu baca dah kemerepekan kau tu…*

untuk tagging pulak, aku pilih Selekeh's Story [Natasya] sebab aku nampak dia ni macam berminat jugak edit-edit ni... =) 

P/S: can’t wait! by the way, thanks PATEH ADNAN sebab tag aku… =)