Pages

Ads 468x60px

Saturday, January 22, 2011

awasi setiap tindakan kita~

Assalamualaikum.. Berjumpa lagi kita.. (hehe... bajet cam pengacara tv tuh..!) hmm.. lamanya xjenguk blog... nampak cam takde pelawat je.. sedih2..! huk3... takpe lah... yang penting aku tau, ada gak orang baca.. hehe.. Kesibukan melimitkan masa utk update post kat sini. huhu.. Hatta, facebook pun dah jarang bukak... lagipun, ada orang tak suka aku kat facebook tu.. huhu... Sorry ar pada orang yang berkenaan, saya tak berniat nak singgung perasaan awak..

Firman Allah SWT,

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)


Hanya dengan memaafkan je, Allah dah boleh mengampuni dosa kita.. Betapa tingginya darjat yang Allah letakkan kepada orang-orang yang sabar...jadi, aku dengan rendah hati, memohon kemaafan atas kelancangan bicara dan kata-kata sama ada secara terus atau tak..

Kadang-kadang kejujuran boleh menyakitkan, bukan? Hmm... Aku hanya menyatakan pendapat aku secara terbuka di FB n blog, tapi aku tak sangka yang kenyataan aku boleh menyakitkan hati sesetengah pihak.. Yelah, kita pun bukan perfect... sekali-sekala mesti ada kesilapan yang akan dilakukan.. yang penting, kita ambil pengajaran dari apa yang dah berlaku dan jangan ulang silap yang sama... =)

Laman-laman sosial yang sepatutnya menyambung tali silaturrahim, sebenarnya juga mampu memutuskannya.. Kalau kita lihat, dah makin ramai pasangan yang bercerai-berai hanya kerana cemburu dengan status, komen yang di'post' di laman masing-masing... people are getting crazier about this social networking site thing, and i don't blame it 100% on them, since the promotion about it especially by the gov, totally huge.. Hampir semua department dekat kerajaan ada FB sendiri.. Hatta, PM pun ada FB beliau.. Style xstyle kerajaan kita... =) 

Mungkin ada orang akan kata ini cerita lama, buat apa aku nak ungkit-ungkit... kn? Yelah, lama dah kerajaan buat FB sendiri, sekarang baru aku nak kecoh.. ini bukan kecoh, sahabat! ini kesedaran... kalau tak silap aku, ada keluar berita pasangan suami isteri bergaduh sebab komen kat FB.. and aku mula nampak keburukan FB dah mengatasi kebaikannya... 

Ya.. aku pun ada fb.. aku pun guna fb.. Potensi FB, dan risikonya berkait rapat dengan bagaimana kita menggunakannya... ada orang yang menggunakannya utk berhubung kembali dengan rakan lama, ada yang meluaskan kenalan utk tujuan perniagaan, itu potensi.. kebaikan yang tersedia kepada pengguna laman-laman sosial yang mengerti akan peluang yang ada... on the other hand, ada yang menggunakannya utk meluahkan perasaan, mendedahkan aib orang dan aib sendiri (aku tak tuju pada siapa-siapa, k..).. Aku sangat tidak setuju!

Sabda Nabi SAW, 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).

Begitu kasihnya Allah pada kita, sedangkan kita dengan bangga menceritakan pada dunia tentang perbuatan yang kita sepatutnya tutup rapat, rahsiakannya dari pengetahuan orang.. 

Berkenaan aib orang pula, Nabi junjungan kita, Muhammad SAW pernah bersabda,

"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah swt akan menutup keaibannya pada hari kiamat dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudaranya yang Islam, Allah swt akan mendedahkan keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri." (Ibnu Majah)

Peringatan telah diberi.. Bukan oleh manusia biasa, malah dari manusia yang diangkat oleh Tuhan sekalian Alam, menjadi kekasih-Nya... Melihat pada senario sekarang, apakah perasaan Nabi SAW? Pernahkah kita terfikir...


Penekanan serta kesedaran tentang implikasi yang bakal timbul akibat dari perbuatan kita perlu difikir SEBELUM kita melakukan perbuatan tersebut.. 



P/S: teguran-teguran yang aku tulis di sini, bukan nak menunjukkan aku ini alim, baik dan sebagainya... ini adalah sebahagian dari usaha aku untuk mengingatkan diri sendiri.. kerana mulutku lebih dekat dengan hatiku berbanding telinga kalian... mulut berbicara, utk mendidik hati... sekian~

Sunday, January 16, 2011

tekanan!

assalamualaikum...~

lamanya tak update blog...(lama kah?) last update, 6hari lepas... dekat seminggu gak, lama ar tuh! wee~~
hmm... ada sebab jugak lama tak jenguk blog ni.. tak tau la kenapa sibuk sangat minggu ni.. dengan letih+tertekan+bengang+fedup, suma ada.. kalo nak list suma keje, rasa macam tak banyak sangat.. aku rasa ada yang tak kena dengan cara aku handle masa.. terus terang cakap, aku bukan reti sangat urus masa ni.. still nak belaja.. bajet join macam2 organisasi dapat la belajar softskill.. akhirnya, jadi beban pulak... tekanan study makin meningkat, self-confidence makin turun... huhu~


terasa macam dah tak boleh spend time nak buat benda-benda yang aku suka buat... nak training basketball pun tak boleh... waa~~~ kecewa personal coach aku, en. Amin... haha! (kepada Amin, aku tengah belajar jump shot guna youtube... kira lulus ar, k?? haha~~) 

FB pun makin bosan... kalo ada yang best pun, mesej-mesej encik Shehdi.. byk share info.. thanks a lot! =)

setakat tu je kot~ 
lab report sedang menunggu! haha~~ selamat sumanya!

P/S: damn gila status2 kat FB tu...~ gelilah siot...! malas sebut nama, so tak payah tanya... wee~~ 

Tuesday, January 11, 2011

da tunang da! =)

Assalamualaikum! =)

Senyum lebar aku sejak dua tiga hari ni.. sebab apa? ini yang nak diceritakan dalam post kali ini... agak lama jugak aku senyap pasal berita pertunangan aku, sebab aku tau dorang mesti tak percaya... then dua tiga hari lepas, aku decide nak publish kat facebook.. meaning, aku tukar status relationship laa... betul sangkaan aku, macam2 respon aku dapat.. ada yang wish tahniah (ntah jujur, ntah ikhlas, aku pun tak tau... haha!), ada yang tak pecaye... ada yang kata aku tipu.. siap suruh aku sumpah lagi.. haha.. macam2 ragam korang... komen yang paling aku like, "alah.. nak taw gak.. ang ni da mcam celeb taw... mesti nak taw juga..aduh.. tpi gitaw aku serius??? betul tunang ni..??".. STYLE lahh komen nih....! haha~~
68 komen tuh! haha...


elok je lepas aku tukar status tu, aku terbaca satu artikel mengenai hukum menghebahkan pertunangan hasil sumbangan seorang saudara..


Para ulama terbahagi kepada 2 golongan dalam membahaskan perkara ini. Satu golongan mengharuskan penghebahan berita pertunangan, manakala satu golongan lagi mengatakan sunat menyembunyikan pertunangan.

1. HARUS menghebahkan pertunangan:



Saya menaqalkan(dengan ringkasan) fatwa Doktor Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi yang merupakan anggota majlis fatwa Kuwait seperti berikut:


Soalan: Apakah hukum merahsiakan pertunangan dengan tujuan perkahwinan?.Adakah di sana terdapat hadith yang menggesa agar dirahsiakan pertunangan?

Fatwa:

Maka tidak ada halangan dalam mengisytiharkan pertunangan secara syarak, bahkan ianya adalah lebih utama(untuk diisytiharkan), kerana (hukum) asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus, dan tidak datang nas yang menghalang (dari berbuat sedemikian). Manakala pernikahan, ianya adalah diperintahkan oleh Allah swt melalui hadith-hadith yang banyak. Di antaranya adalah sabda Nabi s.a.w: (Hebahkanlah pernikahan ini, dan adakan ianya di masjid-masjid, dan palulah duf-duf(alat muzik seperti kompang)) Riwayat Al-Turmidzhi dan selainnya. Dan tidaklah aku ketahui sesuatu hadith yang menghalang dan mencegah dari menghebahkan pertunangan.


Begitu juga apa yang disebutkan di dalam laman web islamqa yang dikelolakan oleh Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid, yang menyebutkan di dalam salah satu fatwa yang terdapat di dalam laman tersebut berkenaan khitbah syar'iyyah(pertunangan menurut syarak).Antaranya, terdapat di dalam petikan fatwa tersebut:




Mengenai perbuatan sebahagian kaum Muslimin yang mengiklankan pertunangan serta menzahirkan kegembiraan(dengan mengadakan majlis),serta perbuatan memberi hadiah, adalah merupakan adat yang harus pada asalnya,dan tidak diharamkan ia, melainkan perbuatan-perbuatan yang diberi petunjuk oleh syarak akan keharamannya.



Demikianlah terdapat beberapa ulama yang menyentuh mengenai hukum keharusan dihebahkan pertunangan.Manakala di bawah ini saya bawakan pandangan yang sebaliknya.



2. Sunat menyembunyikan pertunangan:


Setakat yang saya ketahui, terdapat qaul di dalam mazhab maliki yang menyatakan bahawa hukum menyembunyikan pertunangan adalah sunat, seperti yang disebut di dalam kitab Al-Syarhu Al-Kabir oleh Sidi Ahmad Al-Dardir,menyebutkan :



Terjemahan: (Dan) sunat (memendekkannya) iaitu khutbah(nikah) (dan mengiklankannya) iaitu pernikahan, berlawanan dengan pertunangan, maka hendaklah disembunyikan.(jilid 2: m/s 216)



Dan juga di dalam kitab Manhul Jalil Syarah 'Ala Mukhtasar Khalil oleh Sheikh Muhammad Alisy, menyatakan:

Terjemahan: Manakala pertunangan, maka disunatkan agar menyembunyikannya sepertimana khitan.(Jilid 3: m/s 257)

Di dalam web Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, ada menyebutkan mengenai gesaan agar tidak melampau dalam menghebahkan pertunangan. Teksnya adalah seperti berikut:

"Another matter that must be given serious consideration is the publicising of an ‎engagement. An engagement is an pact between a man and a woman to be ‎married, and the process of getting to know each other better. Over-publicising the ‎engagement, as have often been the case recently, should not take place. This is ‎because an engagement is only a pact, and may or may not actually lead to ‎marriage. Therefore, over-publicising the engagement may lead to embarrassment ‎for the family in the event that the couple does not end up marrying. In addition, ‎publicising the engagement also opens a path for those who are jealous and ‎envious to sabotage the union.




The Prophet Muhammad (s.a.w.) himself reminded all to: “Keep the engagement a ‎secret, and announce the marriage.” (Reported by Ahmad from Abdullah ibni ‎Zubair (r.a.) and corroborated by Albani in ‘Irwa’ al- Ghazali’). 






Berkemungkinan, sandaran dalil bagi golongan ini(yang tidak menggalakkan dihebahkan pertunangan) adalah hadith yang biasa berlegar dikalangan umat Islam seperti yang dipaparkan di dalam laman web yadim tersebut. Yang benar, hadith tersebut berbunyi sebegini:


( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )




Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).


Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho'ifah(no 2494) dan Dho'if Al-Jami' Al-Saghir(no 922).

Manakala hadith yang disebutkan di dalam laman web Yadim tersebut adalah hadith Riwayat Ahmad daripada Abdullah Ibn Zubair r.a, dan dihasankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa' Al-Ghalil ((إرواء الغليل ,dengan lafaz a'linu an-nikah(hebahkan pernikahan) dan tanpa penambahan lafaz akhfu al-khitbah(sembunyikan pertunangan). Iaitu hadith tersebut berbunyi:


أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( أعلنوا النكاح ) روى أحمد عن عبد الله بن الزبير رضي الله عنه والحديث حسنه الألباني في إرواء الغليل :1993






Berbalik pada pendapat golongan ini,yang menggalakkan (sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain,sepertimana yang saya naqalkan dari laman web islamweb.net, yang menyebutkan:
قال الخرشي في شرح خليل: وأما الخطبة بالكسر فيندب إخفاؤها كالختان وإنما ندب الإخفاء خوفاً من الحسدة

Terjemahan: Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain).


Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum(bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:

قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان ، فإن كل ذي نعمةٍ محسود ) رواه الطبراني وصححه الألباني في صحيح الجامع:943


Terjemahan:



Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya) . Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami' (no 943).


Demikian yang mampu saya kongsikan mengenai pendapat-pendapat ulama terhadap isu ini.Walaubagaimanapun, menurut pandangan saya, setiap pihak mempunyai dalil masing-masing dari sudut tertentu(walaupun kedapatan dalil yang digunakan adalah hadith dhoif, bagi golongan yang menggalakkan disembunyikan pertunangan) .

Berdasarkan apa yang saya pelajari, sikap menolak terus hadith-hadith dhaif dari digunakan dalam perbahasan fiqh(bukan sebagai hujjah seperti mana maklum, tetapi sokongan) adalah tindakan yang merugikan khazanah ilmiah Islam itu sendiri.

Kesimpulan bagi perbahasan ini(menurut pandangan saya, moga-moga Allah mengampuni diri ini andai melakukan kesilapan), bagi individu-individu yang bertunang yang bebas dari kedengkian orang lain terhadapnya, bolehlah menghebahkannya ataupun tidak(bergantung kepada pilihan,kerana hukumnya adalah mubah/harus) , manakala bagi mereka yang yakin akan ada orang yang dengki dan bakal melakukan perbuatan tidak baik terhadap mereka,dan dibimbangi seandainya pertunangan tersebut putus,maka akan menjejaskan maruah mana-mana pihak, adalah dianjurkan untuk menyembunyikan pertunangan mereka, sebagai langkah berhati-hati dan menjaga kemaslahatan bersama.

Wallahua'lam bisshowab.


P/S: untuk dalil-dalil yang disertakan, aku hanya menyediakan terjemahan saja.. sapa2 yang nak baca dalam bahasa arabnya, bleh klik pada link yang aku dah sediakan...

Saturday, January 8, 2011

Albi Nadak (قلبي نادك)

Assalamualaikum! 

Just nak post lirik Albi Nadak versi font Arabic, sebab ada permintaan dari seorang kawan ni... Enjoy la yek! =)

Albi Nadak (Arabic)


ليك, انا ملك ليك

تعالى قرب ضُميني محتاج إليك
ليك وروحي فيك
ياحب عمر انا عمري كله هاعيشه ليك
هواك هو الحياة
وانت اللى انا بعشق هواه
كان قلبي مناه
اجمل ملاك يكون معاه
ياه قلبي نادك واتمناك تبقى انت ويايا
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك
ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك
ايه, أحتاج لايه
لو كنت جنبي معايا دايما قولي ايه
ياه ده انا من زامن
محتاج لقلب يحس بيّه واحس بيه
هواك والحاية
وانت لى انا بعشق هواه
كان قلبي موناه
اجمل ملاك يكون معاه
ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك
ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا
ياه بعد السنين, بعد السنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك


P/S: kalau ada post-post saya yang menyinggung perasaan, saya minta maaf sangat2... saya hanya berkongsi... yang baik itu dari Allah, yang buruk itu berpunca dari kekurangan saya sendiri... 

Wednesday, January 5, 2011

hakikat percintaan dan perkahwinan!

Assalamualaikum! Selamat semuanya...! =)

Gatal serta keterujaan tangan ini membawaku ke hadapan monitor, bermain-main dengan keyboard untuk post kali ini yang aku rasa agak panjang dari kebiasaan..

Straight to the point, aku nak kasi cerita sikit kat korang pasal sorang nih... (err, honestly aku tak tau laa dia bagi ke tak aku citer pasal ni.. hehe.. just in case kalo awak baca, saya tak sebut nama awak tau... hehe...) back to the point, aku ada seorang member. member aku ni selalu ada masalah bab-bab relationship ni.. tambah2 kalau dengan lelaki... jadi, seperti biasa, aku laa tempat rujukan dan meminta nasihat... (walaupun aku sendiri dah nekad tak nak kapel ni... wee~)

biar aku citerkan dalam bentuk perbualan, senang sikit korang paham... FYI, ada orang complain yang ada sesetengah post aku susah difahami... sedih aku! nampaknya kena improve lagi skill tulisan aku... harap LKM400 dapat membantu... erk!! dah lari topik lagi... okay2... startnya begini...

di suatu petang yang hening, tade aktiviti... fonku berbunyi, ada orang call katanya.. err.. tak perlu detail kot...
dia: assalamualaikum! 
aku: waalaikumusalam..
dia: awak bz tak?
aku: tak pun... tgh tnggu mlm... nape?
dia: saya prlukn someone arr... nak citer something...
aku: awak ada masalah ke? suara sedih je... 
dia: emm... masalah biasa laa... awak dah kenal saya lama....
aku: mslh dgn dia? baru je baik smula kn?
dia: emm.. dia mcm dh xnk kwn ngan saya je... lama dh kami xkontek... sy xgtau awak, sbb sy ingt dia bz je.. ni dh lme sgt... sy msj, dia xbls.. cmne nak wt... (baca dgn nada nak nangis..)
aku: awak pun tau saya ni kapel pun bercerai-berai, xkn saya nak bagi nasihat kat awak... (baca: nada tenang bagai seorang bapa cuba menasihati anaknya...)
dia: tak... awak dengar pun xpe dah....
aku: hmm... awak tenang je... kadang-kadang lelaki ni, xsuka sangat bila pompuan tu dok push dia sgt2.. lelaki cpat rimas, bosan.... awak buat macam awak tak peduli pun...
dia: saya tak tau saya boleh wat ke tak.... saya sayang dia...
aku: tau laa... kalo dia pun sayang awak, xkn dia wat cmni kat awak.... at least kalo awak ignore je dia.. mybe dia akan curious n start msj awak balik... paling teruk pun, dia msj mintak clash... 
dia: yeke?
aku: ye kot! haha... kalo dah dia mintak tu, bagi je ar... awak pun bukan xlawa... berderet lagi orang nakkn awak tu...
dia: hmm... dh bpe kali dh sy kapel-clash... xpnah kekal...
aku: xyah ar kapel.. stay solo... yakin pada jodoh yang Allah dah tetapkan... satu hari awak mesti jumpa... sekarang ni, maybe awak taknak sorang2... hati awak kata, awak perlukan teman... tapi teman macam mana yang awak nak... semestinya bukan teman yang makin menyusahkan hati awak kan? awak perlukan kawan... bukan pakwe... suami awak akan jadi pakwe awak... percaya laa...
dia: awak tau kan saya sunyi... maybe saya kena tukar penampilan kot...
aku: tukar camne tu?
dia: saya tengok kawan saya suma bahagia.. dorang kata lelaki suka pompuan yang modern.. singkat, ketat dan melekat... huhu...
aku: of course!!! tapi bukan utk buat bini ar... haha... saya nak citer sikit ar... jahat setara mana pun lelaki ni, bila dia nak kawin, dia cari yang at least pandai jaga diri... tutup yang mana perlu ditutup... Allah menjadikan lelaki ni makhluk yang tahu rasa cemburu n adakalanya kuat jugak.. Nabi Adam, ketika mana di awal penciptaannya, dia berseorangan.. dia tension tgk makhluk2 dlm syurga berpasangan.. my point is, lelaki yang betul2 waras akan cemburu bila tau aurat isterinya dipandang oleh orang lain, sbb dia tau isterinya adalah haknya... sama la kesnya ngan awak ni...
dia: sama cmne?
aku: awak kata nak jadi modern sikit... awak ada fikir pasal perasaan bakal suami awak..? insyaAllah satu hari awak akan berkahwin n bakal suami awak orang baik2... bakal suami awak berusaha menjaga kehormatannya, sebab dia sedar dia hanya untuk awak.. tapi awak, semata-mata nak mengejar cinta yang kononnya akan kekal, awak nak dedahkan tubuh awak.. awak tak terpikir awak dah khianati suami sebenar awak??
dia: err... awak selalu ke bagi nasihat kat orang pasal ni? macam pro je..
aku: takde pun... ayat yang saya cakap kat awak, ayat yang sama saya yakinkn hati saya time clash dulu... hehe.... tapi jangan tukar topik sekarang... 
dia: hehe... mana ada... hmm.. 
aku: saya tau memang susah... tapi try.. awak akan terkejut macam mana tenang hati awak nanti... hehe...
dia: ok2... awak tak terpikir nak kapel lagi?
aku: err... dah azan maghrib dah.. saya kena mandi dulu...
dia: ok2. thanks tau... hehe... 
aku: assalamualaikum...
dia: waalaikumusalam..

TAMAT.

apa yang korang tengah fikirkan sekarang...? betul ke tak? setuju ke tak dengan nasihat2 yang aku bagi...? ye ar.. aku tak nak berlagak macam pakar, kehidupan sebenar bukan berlegar pada alam remaja saja.. tempuhi alam perkahwinan, dan kita akan rasa realiti perhubungan sebenar.. masa itu, kita akan sedar, hidup berkapel ni hanya imaginasi... atau ayat yang aku paling minat... latihan perkahwinan yang tak berkesan langsung... =)

sebab apa?
sebab kapel tidak menyediakan platform sebenar untuk menangani masalah2 sebenar dalam perkahwinan... sebab tu, kapel dah bertahun-tahun, bila kahwin tetap bercerai.. bukan doa, tapi itu hakikat yang sebenar... kita kena terima bahawa alasan kapel untuk prepare nanti kahwin, sudah tidak boleh dipakai...
Mungkin ada yang akan mempertikaikan dah kapel pun ada masalah, inikan pulak kahwin dengan orang yang tak dikenali...
Jawapan aku mudah. 
Bila kita tak kenal maka kita tak akan dibutakan dengan sifat-sifat baik yang sengaja ditunjukkan time kapel, sedangkan sifat buruknya sengaja disorok.. bila dah kahwin, terserlah kekurangannya lalu menjadikan si suami kecewa lantas meninggalkan persepsi yang buruk terhadap si isteri.. bermulalah syak wasangka... dari syak wasangka, timbul pula perbalahan.. dan akhirnya, perceraian...
dengan perkahwinan yang hanya di'intiate'kan dengan majlis ta'aruf atau suai kenal, maka hidup berkeluarga mereka dimulakan dengan kosong.. kemudiannya, melakari hidup mereka bersama secara seimbang... sejarah terungkap satu persatu, membuatkan masing-masing boleh bertoleransi antara satu sama lain... at least, begitulah hendaknya... yang penting, hubungan yang mulanya disertai dengan redha Allah akan berterusan menerima keredhaanNya... insyaAllah...

P/S: Maaf tentang penggunaan ejaan dan bahasa yang amat rojak... Saya nak cepat... hehe...~ thanks kerana membaca... Any comments, blh inbox fb or komen je kat bwh ni... =)



Tuesday, January 4, 2011

albi nadak = seruan hatiku...

Assalamualaikum! 
Dah beberapa hari tak post apa-apa... Sangat sibuk, dan tak sempat fikirkan apa-apa content untuk dipost kat kat sini.. Hari tu, ada senior (nama: Raqib Sofian, leh laa search kat FB, k??? haha) tanya pasal lagu kat blog ni... so, aku decide nak post laa liriknya... ye laa... kalau lagu best, xtau lirik, camne nak nyanyi skali.. betul? wee~~ and aku dah cari translationnya skali... kot2 korang nak tau maksud lagu ni...
Albi Nadak by Fares

Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

Translated into Bahasa Melayu

Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

credit goes to: khusyaliey.blogspot.com

P/S: What a beautiful song... =) This is for you, my future wife.. Whoever you might be.... 

Saturday, January 1, 2011

how to spend the last day of 2010?

Assalamualaikum! Salam tahun baru! Kepada sesiapa yang still tak perasan, template aku telah pun ditukar... Semata-mata sempena tahun baru.... =)

31.12.2010: Hari terakhir 2010, hari terakhir kami berumur 19! Macam mana agaknya kami spend hari ini yek? Nak tau tak? Kalau korang tak nak tau pun, aku kena bagitau jugak... Sebab tu laa purpose aku buat blog, nak bercerita! wee~~

0600: Aku terjaga pagi tu, dengan agak keletihan sebab meeting pada malamnya berlanjutan sampai pukul 1pagi.. Lepas settle perkara-perkara yang wajib semua, aku lepak je laa kat bilik sebab memang takde plan nak bersuka-ria pun...

1000: Then, en. Hafiz 'Ilmi meng'call' aku untuk turun ke bilik mesyuarat... That's the first time I'm touching his VAiO! haha~ Very big screen! Kinda great for gamers, I think... =) 

1130: Dorang ajak gi lunch.. Aku ingat nak gi KFC, sebab jalan yang sama... Rupanya, kat belakang KFC tu ada kedai makan masakan kampung yang agak sedap arr... haha~ Dah settle kat situ... Time balik plak kitorang melintas depan Baskin-Robbins, masing-masing dah menjerit nak makan desert! haha~~ Eskem kami ditaja oleh en. Epul! terbaik! haha~~ =)
Kami tak lama-lama kat situ sebab nak kena solat Jumaat.. Makan pun kena laju jek... hehe...

happy dapat makan free!

en Epul wat muka manja... tau arr duit banyak!

style!

makan-makan sampai aku tak dapat makan...

abis!


1430: Habis solat Jumaat, kami (aku and en. Amin) telah ditinggalkan oleh en. Imran, en. Epul and en. Zul... Tak kisah, kami boleh jalan... Kami memang selalu disisihkan! (terngiang-ngiang lagu Insan Hina, nyanyian en Hadi Nasution...) Dah jalan nak dekat sampai Aman Damai dah, en. Amin cakap beliau teringin nak pergi Queensbay... Nak beli kasut basketball baru katanya... Aku tak kisah, aku memang suka berjalan... Baru aku perasan, yang aku tak cocok lagi... Tak besh nih, jalan takde duit... Last sekali, sampai kesudah tak keluar duit... en. Amin pun sama... Window shopping je lahh... adess... Haa...! Kami ingat nak stay sampai malam, tapi en. Amin nak tengok geng dia main basketball kat Bakti Permai.. 

1730: Sampai kat Bakti, ramai gak orang main walaupun gerimis.... en. Amin dah dissolve dengan dunia dia dah... haha~ tapi sempat ar dia ajar aku main.. So, that day I learn to play new games... Selama ni, duk main dalam komputer jek... Main betul-betul, HANCUR! haha~~ bola ntah kemana, aku dah kemana... Tapi, at the end of the day... Aku dah boleh main sikit-sikit... nak tau? Aku telah dihadiahkan oleh en Amin, kasut basketball lama dia... Dia takleh pakai, katanya.. Besar... Takpe, Amin! Aku pakai... haha~ Dengan kasut tu, aku dunk kat Bakti tu nanti!!! wahaha~~~

1900: Balik! Letih! Bajet tak nak keluar dah... Dorang ajak pulak dinner kat Seagate... Tepi laut tuh... Bawak Nikon en. Amin, bajet nak photoshoot... Sekali ujan daa.... Abis dinner, desert kat Nasi Kandar Makbul... Aku tak ingat dorg makan apa.. Tapi, aku order jus mango je... Kenyang, aku tibai tomyam tadi... =) 

2250: Balik... Sampai Restu, dengan mata merah... Lepas settle perkara-perkara wajib suma, aku dunk atas katil n terus senyap.... Tak dengar dah pape... haha~ letup-letup mercun pun aku tak dengar.... 

THE END!