Pages

Ads 468x60px

Sunday, December 25, 2011

Movie dan Mentaliti

 

Assalamualaikum.

ehem.. ehem! tuan rumah kembali lagi! haha.. lama tak nampak kan? sekarang mahasiswa USM dalam mode study week, so aku pun dapatlah mencuri-curi masa sikit utk mengupdate blog tersayang ini. tambah pulak, malam ni ada ilham baik punya…

baru-baru ni aku ada menonton wayang bersama rakan-rakan (skematik linguistik kat situ!), in fact that week aku tengok 2 movie yang pada aku memang terbaik.

Mission Impossible: Ghost Protocol dengan Sherlock Holmes: A Game of Shadows.

both of them are the best in their own perspective.

kalau macam MI tu, dah tentu-tentu la dari segi action, gadgets, and TOM CRUISE! haha! mmg aku lelaki, tapi aku minat Mr. Cruise. ada sapa-sapa nak bantah?

SH pulak, confirm la scriptnya! twist of plot dia memang mengagumkan. haha! walaupun aku rasa aku kena tengok dua-tiga kali jugak SH ni sebab susah nak faham English dia ni..

post ini bukan nak menyediakan link download movie or spoilers. benci spoilers. jahanam mood aku nak layan movie tu betul-betul.

adalah menyedihkan bila mendengar komen someone, “movie bangang, aku tak paham pape. lame!”

tak. kau yang lame.

dah kau masuk hall tu, lepas tu kau sandar and nak movie tu cerita semua benda kat kau satu-satu. taknak pikir langsung. macam mana nak paham?

oh! ada pulak yang backup dengan berkata, “hey, chill la! have fun la tengok movie. kata nak release tension. kenapa kena berpikir-pikir pulak?”

pada aku, ni mentaliti orang yang taknak maju. orang maju akan mahukan otaknya berjalan tiap-tiap masa, waima time berhibur pun. kalau tak, otak akan jadi tumpul. daya pemikiran lembap. taknak la aku nak letak link-link research yang berlambak-lambak pasal otak ni kan. korang takkan klik pun kalau korang tergolong dalam orang-orang seperti ini. haha!

emosi pulak tuan rumah ni kan?

bukan apa. bila satu movie tu punya la banyak benda kau boleh belajar tapi kau tak dapat, tak ke rasa macam kau dah membazir tiket tu? 12 ringgit Malaysia kot! boleh support makan aku utk sehari dah.

akhir kata, bye. Majulah movie berkualiti untuk Malaysia! wee~

P/S: nak belajar English – British slang? tengoklah Sherlock Holmes! haha!

Monday, December 12, 2011

Gerhana: Petunjuk dari Yang Esa

Assalamualaikum!

First sekali nak clarify, post ini hanyalah translation kpd artikel dalam blog iloveAllah.com (penulis: Mariam Anwer)

Dua Petunjuk Penting

Penciptaan matahari dan bulan adalah salah satu dari tanda kebesaran Allah SWT. Tak diragukan lagi bila takde dua jasad ini, dunia boleh jadi huru-hara.

"Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi."

(Surah al-Furqan: ayat 61)

Allah SWT memperlihat kekuasaanNya dalam mengawal alam semesta ini dengan menjadikan gerhana matahari dan bulan.

 

Kejadian gerhana ini merupakan salah satu tanda Hari Kiamat dan fakta yang ia berlaku agak kerap harus diberi perhatian. Korang mungkin tak tau yang gerhana ini berfungsi sebagai peringatan kepada kita dari Allah SWT, untuk muhasabah diri, bertaubat dan kembali kepadaNya.

Firman Allah SWT:

"Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu? Maka (jawabnya: Hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut). Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama."

(Surah al-Qiyamah: ayat 6-9)

“Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak.”

(Surah at-Takweer: ayat 1-2)

Apabila kejadian ini berlaku, kita tidak seharusnya hanya memberi publisiti atau mengajak orang ramai melihat atau memerhati keadaan tersebut.

Umat Islam seharusnya berjaga-jaga dgn gerhana.

Diceritakan pada suatu hari Nabi SAW keluar dgn tergesa-gesa, memikirkan yang Hari Kebangkitan telah pun tiba apabila gerhana berlaku semasa hayatnya. Ini menunjukkan bahawa bagaimana Nabi SAW begitu berjaga-jaga tentang akhirat sedangkan seorang Nabi itu sudah tentunya maksum, yakni tiada dosa dan Allah sudah pun menjanjikan syurga kepadanya.

Sedangkan kita pula dah terbalik. Majoriti dari kita memikirkan bahawa gerhana ini adalah satu fenomena alam yang biasa terjadi, yang mana kita boleh keluar menyaksikannya dengan kamera dan sebagainya. Dengan kata lain, kita menganalisis kejadian ini kepada skop sains dan kagum akan kecantikannya semata-mata dan tidak kepada peringatan hari Kiamat yang dibawa.

Ini adalah tanda-tanda kekerasan hati dan kurangnya kecenderungan kepada kehidupan akhirat. Ia menunjukkan yg kita ini tidak takut kepada Kiamat Allah SWT, tidak peduli kpd syariat dan petunjuk Nabi SAW.

Pada zaman awal Islam, gerhana matahari hanya berlaku sekali saja dalam hayat Nabi SAW.

Dari Al-Mughira bin Shuba,

“Gerhana matahari berlaku pada hari anak lelaki nabi, Ibrahim meninggal dunia. Baginda melihat matahari bertukar gelap… Dalam ketakutan, baginda menyangka Kiamat sudah tiba.”

(Bukhari)

Dari Abu Bakr r.a.,

Gerhana matahari berlaku ketika mana kami sedang duduk bersama baginda Nabi SAW. Baginda bangun tergesa-gesa, lalu ke masjid. Badinda seterusnya menunaikan solat 2 rakaat sehingga gerhana sudah berlalu dan bersabda, “ Matahari dan bulan adalah dua tanda antara tanda-tanda kekuasaan Allah, jika kamu melihat peristiwa seperti ini, bersolatlah mengingati Allah sehingga keadaan itu berlalu.”

Al-Bukhari dan Muslim merekodkan dari Aisha, sabda Nabi SAW:

"Matahari dan bulan adalah dua petunjuk dari petunjuk-petunjuk Allah SWT dan tiada gerhana yang disebabkan oleh hidup atau matinya sesiapa. Jika kamu melihat peristiwa seperti ini, tunduk dan berilah puji-pujian kepada Allah, bersedekah dan solat."

Mereka juga merekodkan dari Abu Musa, terjadinya gerhana matahari dan Nabi SAW bersabda:

"Jika kamu melihat peristiwa seperti ini, lekaslah kamu mengingati Allah, berdoa memohon keampunan Allah SWT.”

Solat sunat Gerhana

Dari Aisha r.ah:

Pada hari berlakunya gerhana, Rasulullah SAW bergegas untuk menunaikan solat gerhana. Baginda memanggil: “Salat-ul-jami’ah” dan memulakan solat.

* Baginda membaca Surah al Fatihah dan Surah al Baqarah hingga ayat terakhir,

* baginda kemudiannya rukuk,

* seterusnya baginda bangun iktidal seraya berkata’ “Sami’Allahu liman hamida (Allah mendengar sesiapa yang memujiNya)” 

* Setelah itu, baginda membaca al-Fatihah sekali lagi dan surah Ali-Imran,

* rukuk kemudiannya iktidal dan menyebut, “Sami'Allah-u-liman hamida (Allah mendengar pujian dari hambaNya)”

* Baginda kemudiannya membuat 2 sujud yang lama.

* dan menunaikan rakaat kedua dengan cara yang sama.

Apabila baginda memberi salam, gerhana sudah pun tamat!

Kemudian baginda mengulangi sabda baginda,

“Keduanya adalah petunjuk dari Allah dan tiada gerhana berlaku disebabkan hidup atau matinya sesiapa. Jika kamu menyaksikannya, bergegaslah menunaikan solat.”

(al-Bukhari)

Menurut hadith ini, solat sunat gerhana mengandungi 2 rakaat: 4 qiam, 4 rukuk, dan 4 sujud.

Tidaklah wajib untuk kita membaca surah Baqarah dan ali Imran dalam solat ini. bahkan kita boleh saja membaca mana-mana surah.

Kita dianjurkan perbanyakkan zikir, doa, sedekah dan melakukan taubat nasuha. Mohon kepada Allah agar menunjukkan kepada kita jalan yang benar dan keselamatan dari azab seksaNya.

Semoga Allah mengampuni kita, merahmati kita dengan ilmu tentang agamaNya dan menjadikan kita umat yang benar-benar menghayati Islam.

Segala puji bagi Allah, yang membawa kita kepada artikel ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Fi Amanillah,

Mariam Anwer

P/S: sekali lagi nak tegaskan, segala kredit bagi artikel ini adalah kepada Mariam Anwer, penulis blog iloveAllaah.com. saya hanya translate kpd bahasa melayu aje.