Pages

Ads 468x60px

Friday, April 29, 2011

luahan seorang Islam..

 

Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua!

Hope you guys in pink of health, hendaknya.. (mcm wat surat xrasmi PMR! Embarrassed smile)

Emm.. Tak larat dah nak tengok tv.. Hidang berita macam rakyat ni orang tak sekolah.. Sumpah menyumpah.. Macam aku KECIK-KECIK dulu…

“Ko amek selipar aku ke?” kawan aku tanya.

“tak.. aku tak amek…” aku jawab.

“Sumpah?” kawan aku balas.

“Tak baik main sumpah-sumpah.. nanti kena makan sumpah, baru tau..” kena sound free…

Budak2 pun tau sumpah tak leh wat main2.. ni depa senang je nak sumpah dgn nama Allah la, Rasulullah la..

ingat nama tu sekadar di lidah je ke?

korang carry sampai hari pengadilan tau tak? lidah pun takde function time tu..

latest news, dah batal dah upacara angkat sumpah mereka2 yang berkenaan.. sebab ada rusuhan antara puak yang menyokong and puak yang bangkang..

please la.. aku merayu kat para ulama’ penyuluh cahaya Islam, penerang jalan kebenaran.. put aside your political views for a while, jangan layan kejap arahan-arahan orang atas, bukak balik kitab2 yang kalian belajar.. jernihkan kembali keadaan ni, biar umat tau mana yang salah mana yang betul.. kami, umat Islam yang kurang mengerti hukum agama need guidance..

we have been thought that selain al-Quran dan Hadith Nabi SAW, kata2 dan pandangan seorang ulama’ juga penting dalam mencorak kehidupan agama.. kalau yang arif pun bertelagah, macam mana kami nak pilih jalan yang betul..

rasa macam dah berkurun tak tengok tv.. so, semalam agak terkejut gak bila terbaca online paper yang memaparkan laporan yang media2 dah tayang video tu kat tv.. pe benda ni? apa motif kalian? saje nak racun minda budak2?

perghh.. pandai selit agenda YAHUDI sambil plan agenda politik sendiri.. kan?

P/S: now, apa motif USM WiFi block manga Naruto dengan alasan perkataan naruto tu ada digunakan utk laman web porno? dh tayang kat tv macam menda tu tak salah dah pun..

aku nak baca Naruto lah! 

NarutoVsiIsLaM

bebelan Jumaat…

 

Assalamualaikum! Salam Jumaat readers-ku~ Open-mouthed smile

Pagi ini, saya melaporkan cuaca hujan di kompleks RST menyebabkan saya berasa amat mengantuk.. tetapi malangnya, tak boleh sebab ada keje skit kat pejabat.. huhu..~ mengapakah??? Smile with tongue out

Emm.. Sunyi je cube aku nih… Ramai balik.. Almaklumla.. Exam tinggal 1paper je lagi, tu pun nun 6 haribulan.. Jumaat depan!!

tapi kenapa aku rasa cam tak nak balik?

bukan tak nak kot..

tak boleh…

banyak lagi tugas2 yang perlu di-settle-kan..

(sembang macam org penting je.. bla ah! Hot smile)

Emm… Of course la, bila dah ada tanggungjawab, kena la utamakan kerja dulu sebelum kepentingan diri sendiri.. kan2?

tak nak bebel panjang..

off to breakfast! (kelaparan, padahal semalam ada orang belanja ikan 3 rasa dah~~)

 Smile with tongue out

P/S: saya sayang orang yang belanja saya ikan 3 rasa! Winking smile

Sunday, April 24, 2011

3 paper lagi!

 

Assalamualaikum.. Morning sume!! =D

What a beautiful day, today…! Malangnya, saya tak dapat menikmati weekend yang best ini kerana exam saya masih berbaki 3 paper yang sangat menyeksakan hati dan perasaan… Kenapakah ini terjadi…???

C++: programming… gile minat ah! aku ni memang dipanggil computer geek oleh sahabat2 kat sini (walaupun bukan la hebat mana pun…) minat sangat programming.. mengapa C++ menjadi begitu menyakitkan…? aku sedih.. ni paper ISNIN..

103: vibrations, waves, and optics… pun best gak.. antara chapter yang aku minat la kalo kat matrik dulu.. (take note: dulu chapter, sekarang dah jadi whole new course! nampak beno la kesusah-pahaman tu~ ini paper SELASA..

SHE: last paper, hubungan etnik… 6/5.. thus, i have 10 days to read all those notes yang kelasnya langsung aku tak pernah masuk.. err, except for first and last classes.. hehe.. dengar kata, abang coco nak wat tusyen SHE ye, kawan2? macam best jek.. ni pun minat gak.. macam belajar sejarah, tapi mengenangkan banyak yang kena baca tu yang sakit sikit.. =D

apa2 pun, teman kena ambik balik ati Pak Jabit tu.. bengkeng beno le die skarang..~

eh?

pengaruh2! hehe…

apa2 pun, usaha kena ada..! tak mau mengalah sekerat jalan… kerajaan bagi JPA bukan suh poco2, kita nak bako…~

apa ni?

pengaruh lagi! maaf2…

duit yang di-spend (nota: pelajar2 LKM400 akan sakit mata baca ni.. hehe..) kat kita bukan sikit2.. beribu-ribu lemon tuu..

err, ALL THE BEST!!!

ALL IZ WELL!! (pengaruh gak…)

P/S: ALL IZ WELL tu petikan dari citer 3Idiots… ulang2 tengok pun tak boring… wee~ nanti aku nak wat 1 post pasal citer tu.. insyaAllah.. tunggu ye! =D

Saturday, April 23, 2011

hipokritnya!

 

Assalamualaikum.. Salam petang Sabtu readers! =D

Bagaimana kita nak define someone yang hipokrit?

Terngiang-ngiang sebenarnya perkataan tu dalam telinga aku ni.. Ceritanya, semalam kami (tuan tanah, en. Amin, en. Zul, en. Din, en. Man and en. Hafiz) decide nak jalan kaki ke masjid dengan niat menunaikan solat fardhu Jumaat disebabkan ketiadaan khidmat bas selepas pukul 12.30. So, menapaklah kami dari Restu tercinta ke Masjid al-Malik Khalid USM dengan perasaan gembira sebab dapat jawab paper LSP 300 dengan senyuman.. wahaha.. untuk orang-orang luar, tau tak LSP300 tu paper apa? Academic English je.. 1 level sebelum dapat ambil LSP402, English for Scientist and Engineer kalau tak silap.. hehe.. lupa lah! and kalau tak silap gak, 402 ni yang paling tinggi.. (baca dengan nada ketakutan) hehehe…

berbalik kepada topik hipokrit tu, dalam tengah jalan-jalan, bergurau senda bersama tu, en. Amin tetiba cakap aku hipokrit…

ntah apa menda beliau tak puas ati ngan aku, tak tahu lah!

hahaha…

Menurut akak Wiki yang comel, hypocrisy is an unconscious self-contradiction, a state of incongruence between one self’s professed belief or feelings and one self’s ACTUAL belief or feelings…

ATAU

dalam bahasa ibunda LKM400-nya (sumber: Kamus Dewan Online), hipokrasi adalah suatu percanggahan diri secara tidak sedar, keadaan tidak selari antara kepercayaan atau perasaan yang diakui oleh seseorang dan kepercayaan atau perasan SEBENAR orang tu..

Jadi, senang citer, orang hipokrit adalah orang yang cakap lain, buat lain la… kan?

Aku orang yang macam tu ke?

Betul ke kawan-kawan?

Adakah perubahan ke arah yang lebih baik itu dikatakan 1 hipokrasi? Or you rather love to remain in ignorance forever? ikut sangat la ‘ignorance is bliss’ tu.. huhu..

Usaha ke arah lebih baik tu mesti ada… tapi kita manusia, sekali dah perangai tu ‘berkerak’ dalam diri, konfem susah nak tanggal.. mesti ada tertunjuk sekali-sekali.. time2 macam ni la fungsi sahabat sejati diperlukan.. tegur kat mana yang boleh ditegur… (mesti banyak kali ‘ter’tunjuk.. kan? sebab tu korang perasan.. huhu..)

Firman Allah SWT,

…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..”

(Surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

so, sahabat-sahabat..

Berubahlah… aku tak mahu hanya bercakap… aku nak jadi seperti Nabi SAW, dakwah melalui tauladan.. Ubah diri sendiri dulu baru tegur orang… Diri sendiri pun tenggelam-timbul, macam mana orang nak terima.. betul tak sahabat?

P/S: aku tau ko gurau je Min.. Post ni pun bukan nak sentapkan ko.. Just apa yang ko sebut tu, terkesan je.. and tak salah kalo kita sama2 cermin diri sendiri.. Kan2? hehe…

Tuesday, April 19, 2011

sebiji epal dan seorang isteri..

 

Assalamualaikum readers.. Selamat petang!

Hari ini aku nak bercerita.. Tiba-tiba rasa nak kongsi satu cerita. Mungkin ada yang dah pernah baca, ada yang tak, ada yang lupa, ada yang buat-buat lupa.. Yang dah baca, refresh memory korang.. ini olahan aku sendiri tau… (padahal tukar ayat sikit-sikit je.. hehe..)

Macam ni kisahnya..


Pemuda itu melepaskan pandangannya jauh menyusuri sungai di hadapannya. Sungai jernih yang tenang itu bagaikan menyegarkan mata yang keletihan dek buku-buku yang baru dikaji sebentar tadi.

Sedang fikirannya melayang dipenuhi fakta-fakta dan rumusan fizik yang memeningkan, terasa getaran aneh di bahagian abdomennya. Baru dia teringat yang sejak pagi dia belum makan. Keroncong perutnya semakin kuat.

Sabda Nabi S.A.W, “Tuhanmu telah berfirman:’Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk beribadah kepada-Ku, maka akan Aku penuhi hatimu dengan rasa kaya dan akan Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan.”

(Hadith riwayat Imam al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a)

Mata pemuda itu meliar ke kiri kanan, mencari buah-buahan yang boleh dimakan. Spontan, bibirnya mengucap syukur apabila terpandang epal yang hanyut dibawa arus sungai.

“Masih elok," gumamnya.

****************

Terkumat-kamit bibir membaca 3 Qul, seperti lazimnya dilakukan sebelum tidur. Entah kenapa dia gelisah. Tidurnya tidak lena.

Dia terjaga di suatu padang yang menghijau. Tiada pohon kelihatan, hanya padang rata. Di kejauhan, dia terlihat seorang tua berjalan perlahan ke arahnya.

“Assalamualaikum..,” sapa orang tua itu.

“Waalaikumussalam warahmatullahi ta’ala wabarakatuh,” jawab pemuda itu seiring dengan sunnah Rasul S.A.W.

“Ketahuilah anakku bahawa Nabimu pernah bersabda,

Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak untuknya.”

(Hadith riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Orang tua itu hilang dalam kepulan asap, meninggalkan gema suara yang mengulang-ulang hadith yang sama.

Azan subuh yang mengegar jiwa-jiwa yang merindukan belaian kasih Tuhan membuatkan pemuda itu terjaga.

“Astaghfirullah.. Maksud apakah mimpiku tadi? Adakah aku telah termakan rezeki yang haram?” Pemuda itu tertanya-tanya. Keliru. Hampir tidak khusyuk solat subuhnya pagi itu lantaran kekusutan dan rasa ingin tahu tentang maksud mimpinya malam tadi.

Pemuda itu mengambil keputusan untuk berehat di tepi sungai, tempat kegemarannya. Sambil berbaring merenung langit, dia leka dibuai keinginan untuk mengetahui maksud perkataan si tua dalam mimpinya itu. Matanya, tiba-tiba terlihat sekelompok awan yang berbentuk epal.

Maka, teringatlah dia akan epal yang dimakan semalam. Tidak dibeli dari tuannya, tidak juga menjadi haknya yang sah kerana tiada orang yang memberi.

“Alangkah malang nasibku kalau dibakar api neraka Allah kerana sebiji epal..” Pemuda itu menangis hiba, takut dengan azab Allah S.W.T. Pantas, pemuda itu bangun lalu berjalan ke arah hulu sungai, berharap agar bertemu dengan tuan epal itu.

Langkahnya terhenti apabila dia terpandang ladang epal yang cukup luas. Pemuda itu menuju ke sebatang pokok, yang mana dahannya terjuntai betul-betul di atas sungai.

“Inilah pokoknya..,” katanya dalam hati.

Pemuda itu melabuhkan punggungnya di perdu pokok itu sambil menunggu jikalau tuan empunya kebun datang menjenguk. Dengan izin Allah SWT, maka pemuda itu tertidurlah dengan nyenyaknya akibat dibuai angin lembut.

Waktu hampir asar, baru pemuda itu terjaga. Langkah dihala ke tebing sungai, menyempurnakan wudhuk. Tanpa dia sedari, sepasang mata asyik memerhatikan lagaknya.

Usai solat Zohor, pemuda itu kembali ke bawah pokok itu sebelum dia disapa oleh seseorang.

“Assalamualaikum, anak muda.”

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh…” sahut pemuda itu seraya berpaling. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat orang tua di hadapannya itu adalah si tua yang sama di dalam mimpinya.

“Aku lihat engkau ini seperti hilang arah. Kenapa, nak?” tanya pak cik itu sambil tersenyum.

“Apakah pakcik tuan ladang ini? Apakah pokok epal ini pakcik yang punya?” tanya pemuda itu.

“Ya. Alhamdulillah atas rezeki yang Tuhanku kurniakan.” Jawapan ringkas.

“Jika aku ingin bercerita, sudikah pakcik mendengarnya?” tanya pemuda itu lagi.

“Silakan. Aku ada sepanjang hari untukmu.”

“Ada seorang pemuda yang mengabdikan seluruh hidupnya kepada ilmu. Pada suatu hari, dia sedang asyik menela’ah buku-buku di pinggir sungai yang sungguh menenangkan. Hingga pada suatu ketika, dia tersedar yang dia sangat lapar. Rezeki Allah untuknya, dia terlihat sebiji epal dihanyut arus sungai. Dia ambil lalu makan. Keesokan harinya, dia tersedar yang epal yang dimakannya itu haram dan setiap yang haram itu akan dibakar neraka Allah SWT. Dia mencari tuan kepada epal itu untuk minta dihalalkan dengan apa cara sekali pun. Ketahuilah pakcik, pemuda itu adalah saya dan tuan epal itu adalah pakcik.” Pemuda itu mengakhiri bicara dengan tangisan.

“Kuhalalkan epal itu untukmu jika kamu setuju untuk bekerja denganku selama 3 bulan..,” kata pakcik itu.

********************

Selama tiga bulan pemuda itu bekerja di ladang pakcik tersebut, langsung dia tidak melupakan cintanya terhadap ilmu. Buku sentiasa di tangannya tatkala ada masa kelapangan.

Pada suatu hari, pakcik itu menjemput pemuda itu ke rumahnya.

“Anakku, mahukah engkau mendengar satu cerita?” tanya pakcik itu.

“Silakan jika tuan sudi..”

“Di sebuah kampung, hidup seorang gadis bisu, pekak dan buta. Dia hidup bersama ayahnya yang tua. Dia anak yang baik. Menjaga ayahnya dengan baik. Menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dengan baik. Ibunya telah meninggal dunia lama dulu. Kini ayahnya juga mulai sakit-sakit dan ayahnya risau akan keselamatan anaknya jika dia meninggalkan dunia ini tanpa mencari seorang suami untuknya. Ketahuilah anakku yang ayahnya itu adalah aku.. Dan aku mahu engkau menjadi suaminya.” Pakcik tua itu mengakhiri ceritanya dengan airmata.

“Dengan lafaz bismillah, aku sudi..,” ucap pemuda itu.

Dengan majlis kecil-kecilan, maka telah sahlah pemuda itu menjadi suami kepada anak tuan ladang epal.

Kaki pemuda itu menggeletar tatkala melangkah ke dalam kamar tidur pengantin, melihat wajah isterinya buat pertama kali.

“Assalamualaikum…” Bergetar suaranya memberi salam, terlupa akan hakikat yang isterinya seorang yang bisu dan pekak.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..” Halus suara membalas salam, membuat si pemuda terkedu.

“Abang terkejut?” tanya si isteri.

“Mahukah abang mendengar satu cerita?” tanya si isteri lagi.

“Dah tentu… Silakan..”

“Di sebuah kampung, pasangan suami isteri telah mendapat seorang anak perempuan yang sihat. Si suami bekerja sebagai petani dan si isteri pula memenuhi tugasnya sebagai ibu sepenuh masa. Tatkala, si anak mencecah umur 6 tahun, si ibu meninggal dunia akibat sakit. Si ayah lah yang menjaga anak itu sampai dia dewasa. Dari kecil, si ayah selalu berpesan: Jadilah engkau bagai si buta, dari melihat perkara-perkara yang dikeji Allah SWT… Jadilah engkau bagai si tuli, dari mendengar perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT… Jadilah engkau bagai si bisu, dari berkata sesuatu yang menyakiti saudara-saudaramu kerana Nabi SAW pernah bersabda:

Seseorang hamba yang berkata tentang perkara yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh timur dan barat.”

(Hadith riwayat Muslim)

Ketahuilah wahai suamiku, akulah anak kepada si petani itu.” Senyuman menghiasi wajah putih bersih si isteri.

Si suami tersenyum dan berkata,” Aku bersyukur kerana mendapat isteri yang bisu, tuli dan buta sepertimu..”


Macam mana?

Thanks sebab sudi baca.. Kalo ada salah silap, tegur-tegur la.. =)

P/S: Hmm.. Masih ada ke pemuda macam dalam cerita tu? Pemuda yang jaga waktu solat, cinta akan ilmu, jujur.. Masih ada ke gadis yang buta, tuli dan bisu macam tu? Pemudi yang tak pernah pandang lelaki yang bukan mahramnya, tak pernah tengok aurat orang.. Jaga orang tua.. Wahh.. Bertuahnya badan kalau ada.. =D

Friday, April 15, 2011

meeting 1pagi..!

 

Assalamualaikum.. salam awal pagi readers or walkers yang sudi berjalan-jalan kat blog saya yang serba kurang ini…

tatkala diri ini menaip post ini, dengan badan berpeluh-peluh kerana baru balik dari meeting.. meeting apa? ya~ korang pasti tak nak tau.. sebab akan menimbulkan kejelesan yang melampau.. (bajet eksklusif sangat! hee~)

kugagahkan jua menaip kerana terlanjur berjanji untuk mempromotkan link blog seseorang kat post ni.. hehee.. macamlah blog aku ni popular sangat! follower pun tak sampai 100~ huu.. aku mengaku la lama gak tak pedulikan your daily perspective ni.. dah tak daily dah.. hehe..

beliau yang saya maksudkan adalah Cik Fadzlin Kamila, salah seorang kawan saya dalam MPDR.. seorang yang hyper-aktif dan sangat perasan comel! tapi, blog dia sangat comel! (kata nak promot~) hehe… nak link? amek! INI LINK-NYA! and jangan lah sesiapa berharap untuk add dia sebagai friends dalam fesbuk kerana beliau telah memboikot laman sesawang itu berikutan peristiwa kena hack.. (aku pun tak boleh detect camne boleh jadi macam tu..~ seriusly, pelik.. dua2 akaun pulak tu..)

15042011340

inilah cik fadzlin a.k.a markonah tu…

lama dah tak meeting sampai awal-awal pagi camni.. huhu.. biasanya lepas meeting, kami akan ber-rombongan ke kedai tomyam or mamak berdekatan untuk makan tengah malam yang dah serupa dengan makan tengah hari..

tapi dah memandangkan kawan aku sorang ni, En. Hafiz ‘Ilmi (mr. right) sudah ditegur oleh ahli keluarganya kerana penambahan aksesori terutamanya di kawasan pipi dan perut, beliau memutuskan untuk balik ke bilik, walaupun kelaparan.. hehehe~~

15042011341

ngantuk+lapar=tekanan perasaan =)

aku rasa takat tu je la..~ ngantuk tapi banyak lagi nota tak belek. t.e.r.i.m.a.k.a.s.i.h blogspot dan facebook kerana berjaya divert perhatian aku..

15042011339

orang meeting, kami snap gambar.. abis meeting, hapa-bende pun tak tau! wee~

sekian, thanks kerana membaca!

p/s: sangat teruja+risau tentang projek last MPDR ni.. =D

Wednesday, April 13, 2011

a very good day..! and how i wish yours too.. =)

 

assalamualaikum.. a very pleasant evening I wish to all.. =D

hmm.. pleasant? in what circumstances do you guys consider as a pleasant.. day?

A day that I can spend with my DEAREST friends.. that’s me define a pleasant day.. hehee~

hepi semacam je hari ni???

yup, tuan tanah blog ni memang hepi sesangat dan sesangatlah hepi kerana dapat bersuka ria bersama GENG GILO MPDR (amek saiz font: 24!hehe~ merah lagi!) yang dianggotai oleh En. Hafiz ‘Ilmi (mr.right), En. Vicknesvaran (VshnuNarav), En. Aman, En. Din, Cik Ezza, Cik Dyla, dan Cik Yat.. =)

ramai pulak akan heran, minggu study pun kluar brpoya2 kaa??

sebenarnya, plan nak pergi buat passport je… almaklumlah, ada pulak trip ke Vietnam time cuti nanti anjuran, dah tentulah, MPDR terchenta! ngee~~ Pejabat Imigresen tu pulak di ceruk Georgetown sana, dekat bulatan yang ada buah pinang besi, and menara jam tu.. dekat pulak dengan Padang Kota..

dah nama pun urusan kerja.. and dengan pejabat kerajaan pulak, dah tentu2lah akan beratur panjang.. so, lepas amek nombor giliran suma, ternyata banyaklah masa akan terbuang begitu sahaja kat pejabat itu… =)

kami pun keluarlah beramai2 dari situ sambil berharap, pasport ni akan siap sblum petang.. tengok2 keliling, macam cun lah pulak nak amek profile pic FB yang baru.. dah 2 minggu dah tak bertukar.. heheh.. and, bila sorang dah start……………

dengan kamera fon masing2 di tangan, upacara snap-men’snap’ ( apa bahasa aku pakai??? warghh…!!! ) pun berlangsung.. dari depan pejabat imigresen tu, sampailah tepi laut kat Kota Cornwallis tu.. jalan kaki! pukul 10 or 11 lebih..! korang bayangkan lah betapa teriknya mentari dunia masa tu…

geng gilo

215605_1809931340779_1614863504_1784248_4911807_n

216911_1809932060797_1614863504_1784252_1426752_n

setelah beberapa purnama kat situ (ecehh~ nak tunjuk yang lama jugak la kami kat situ..) kami pun bergeraklah semula ke pejabat dengan harapan barisan orang2 yang menunggu dah makin sikit.. malang la pulak, kerana giliran kami dah terlepas.. =) nasib baik akak imigresen yg cantik molek (kipas sket…!) kasi kami chance.. dlm pukul 12, siap antar borang, cap jari, tinggi, ujian ke-ensem-an dan ke-cute-an (saja tambah!)…

memandangkan sudah menjadi polisi Jabatan Imigresen Malaysia bahawa siapnya pasport itu dalam masa sejam setelah menghantar borang, maka sejam jugalah kami kena memikirkan cara untuk menunggu tanpa rasa bosan.. =)

take note, bahawa ahli2 GENG GILO MPDR ni sume GILO KAMERA.. oleh yang demikian itu, kami menyambung aktiviti snap2 gambar.. hehee~ dah ghupe tourist dari Aprika Utara dah kitorang ni.. err.. dorang je.. aku dari Korea! wee~~ =D

sampai ke bangunan yang macam takde function pun kitorang masuk.. tapi seriously said, bangunan paling style penah aku masuk.. Colonial punya style.. kalau ikut sejarahnya, bangunan tu menempatkan pejabat lawyer pertama kat Penang ni dulu.. Logan apa-ntah-namanya tu datang dari Scotland kot, and practised law kat Singapore sebelum pindah ke Penang..

216564_1809939220976_1614863504_1784295_7077554_n

nota: SAYA SUKA SEJARAH! wahahaaha~~

then lepak kat Oldtown.. First time tu masuk Oldtown.. selalu minum yang tin aje..

nota: SAYA SUKA KOPI! =D

kembali ke pejabat imigresen.. dapat pasport.. snap muka2 teruja sebab first time wat pasport.. then balik.. keletihan.. hehe… tido seround dalam bas.. (Din dua-tiga round kot.. tunduk bertapa cantik je dalam bas tadi.. haha!)

215646_1809945541134_1614863504_1784333_2486104_n

217769_1809944221101_1614863504_1784325_6031101_n

sekian saja cerita saya.. terima kasih kerana membaca! =)thanks JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA! =)

thanks JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA! =)

P/S: kesian kat En. Hafiz ‘Ilmi (mr. right) and Cik Yat sebab tak lepas nak wat passport.. sebabnya? I.C dorang still gambar 12 tahun..! =)

eh2, silap…

=(

haa~ baru betul… 

Tuesday, April 12, 2011

study week di wad hospital…

 

Assalamualaikum.. Selamat petang la reader2 ku yg setia..

ingat tak post aku yang sebelum ni? ala.. yang mama aku sakit tu.. Alhamdulillah.. mama dah pun keluar dari wad semalam, tapi still perlukan rehat.. tak boleh buat kerja-kerja berat lagi..

sapa yang betul2 baca blog ni, and baca semua post aku mesti tertanya-tanya.. kenapa kejap2 aku panggil mama, and ada certain post, aku panggil umi… =)

biarla itu menjadi misteri..

kena minta kebenaran dulu kalo nak citer bab2 tu.. hehee~ tapi aku rasa korang pun boleh agak dah..

sekarang ni dah study week.. maka sudah pastinya, USM menjadi sunyi-sepi kecuali bunyi bas komuter tua cuba mendaki bukit RST ni.. sangat bosan.. huhu..

tapi, dah memandangkan banyak lagi nota, buku, tutorial yang belum terbelek dan aku mengimpikan CGPA yang hensem semester ni.. bertapalah aku dalam bilik.. kat meja study.. depan laptop.. hee~~

P/S: all da best, guys! aal iz well! =)

Sunday, April 10, 2011

how to spend your weekends?

 

Assalamualaikum.. Selamat malam sume…

Sorry kpd yg lama mnunggu or buat2 menunggu (untuk mengamek ati..) sebarang update dri aku.. Serious said, aku TERPAKSA sort balik priority keje, n malangnya update blog jatuh ke tangga terakhir..

ulang suara: TANGGA TERAKHIR! hehee~

Nasib badan la, sapa suh pegang tanggungjawab.. betul? hehe… bru student tu, call mak ayah pun tak sempat.. apa punya anak la ni… teruk2

sekarang ni, study week.. next week, start exam.. wallaweh! cepat benor masa berlalu.. tapi memandangkan aku ini anak kelate.. kalo enggak penuh ilmu di dada, masakan sampai ke USM terchenta kan?? haha~ ku terus tabah menempuh peperangan ini, insyaAllah..

hari ini sangat bermakna… sebab?

sapa nak aku citer, angkat tgn macam saya~~~~

wahaha~

takpe la.. aku citer gak..

pagi ni, dekat pkul 8 camtu kami gerak p Ulu Paip.. nak baiki paip? salah tekaan anda! Ulu Paip adalah nama sebuah air terjun (betul ke sebuah?) kat KULIM, KEDAH.. best hangout ngan member2.. tapi aku tak brapa nak feeling sangat.. sebab niat aku nak p tu dah bertukar… aku nak p melawat mama.. masuk wad sebab tekanan darah naik, n sesak nafas..

sangat bertuah sebab dapat member2 yang memahami.. konvoi 3 kereta melawat! hehe…

pkul 5 lebih baru balik…

sangat letih.. n sangat berharap mama cepat sembuh… doakan mama aku ye?

P/S: how to spend your weekends? bukan melawat orang sakit.. tapi buatlah perkara2 yang bermanfaat kepada anda dan orang2 yang anda sayang… terima kasih!