Pages

Ads 468x60px

Thursday, December 30, 2010

indahnya kasih jika disertai keikhlasan...

Assalamualaikum...! Salam ukhuwah untuk semua... Pastinya sesiapa yang bergelar rakyat Malaysia sedang bergembira ketika ini kerana kejayaan skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 dengan menewaskan Garuda dengan agregat 4-2.... 

Tapi, bukan itu yang kubicarakan pada post kali ini... Awal pagi tadi, aku ada menerima satu artikel dari sahabat merangkap pensyarah Kimi'A' di KMPk (matrik perak) dahulu... Aku berasa terpanggil untuk berkongsi cerita ini dengan sahabat-sahabat sekalian kerana artikel ini ternyata sangat menyentuh hati... Mungkin ada yang telah membacanya, ada juga yang bosan dengan cerita-cerita seperti ini.. Tetapi aku merasakan ia sebagai satu tanggungjawab untuk menyebarkan perkara yang baik dan menghalang perkara yang buruk...

Terkadang kita merasakan bahawa adakala perbuatan yang kita rasa 'biasa-biasa' sahaja kepada sesorang tetapi apabila dibalas, dia membalasnya dengan penuh luar biasa... Terkadang kita menilai sesuatu perkara itu sebagai kecil sahaja, tetapi di mata mereka yang menerimanya terasa amat berharga... Walaupun kita tak  meminta untuk dibalas, balasan yang diberikan sangat hebat....

Cerita ini diambil dari koleksi cerita-cerita motivasi dan aku telah menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu kerana ia sebenarnya di'post'kan dalam bahasa Indonesia... Ceritanya bermula begini:

Aku dilahirkan di kawasan kampung di sebuah pergunungan yang sangat terpencil. Orang tuaku mencari nafkah untuk membiayai keperluan kami dua beradik dengan membajak tanah, menjadi petani yang bekerja di bawah terik mentari yang menyengat. 

Suatu hari, aku sangat menginginkan pakaian yang ketika itu menjadi trend di kota. Aku nekad mencuri wang dari laci bapaku untuk membelinya. Ternyata, bapaku menyedarinya lantas bertanya kepada kami. Kami dihadapkan ke tembok dan ayah melentur-lenturkan rotannya.

"Siapa yang curi duit ayah?" Suaranya menggegar. Langsung aku hilang keberanian untuk berbicara. Senyap. Tiada pengakuan. 
"Baiklah. Ayah rotan kamu berdua sampai ada yang mengaku!" Ayah mengangkat tinggi rotan tua itu. Tiba-tiba, adikku berpaling dan mencengkam tangan ayah.
"Saya yang ambil duit ayah," kata adik perlahan. Menunduk.
"Masuk bilik, kak.." bisik adik padaku. Aku melangkah perlahan meninggalkan ruang hukuman. Tanpa sedar, airmataku berlinangan mendengar libasan rotan bertubi-tubi tetapi adik tidak mengeluarkan sebarang suara. Aku terduduk mengenangkan betapa pengecutnya aku ketika itu. Ayah sangat marah. Ayah hampir kehabisan nafas ketika dia menghentikan hukuman kepada adik.
"Sudah pandai mencuri! Tak tahulah nak jadi apa nanti...!" Ayah nampak sangat kecewa.

Malam itu, aku dan ibu merawat luka-luka adik. Berbirat belakangnya, berdarah tetapi dia langsung tidak menangis. Apabila ibu beredar, tangisku berhamburan. Adik menutup mulutku dengan tangan kecilnya.
"Dah laa kak... Tak payah nangis... Perkara dah jadi pun.. Kalau akak nangis, makin sakit luka saya ni..." Dia cuba berseloroh. Aku tidak akan pernah melupakan senyumannya ketika itu. Dia berusia 8 tahun dan aku 11 tahun.

Aku berjaya menamatkan pengajian di sekolah tinggi dan ditawarkan tempat di universiti tempatan. Pada masa yang sama, adikku tamat sekolah menengah dan ingin masuk ke sekolah tinggi. Orang tua kami kelihatan amat bangga. Malam itu, ayah duduk di halaman sambil menghisap rokok tembakaunya. Aku mendengar dia berkata lirih, "Anak-anak kita anak yang baik... Mereka akan mengubah hidup mereka..." Ibu menyapu airmatanya lalu berkata, "Tidak mungkin kita dapat menampung pendidikan mereka sekaligus..." Serentak itu, adik maju ke hadapan ayah.
"Saya tak nak bersekolah... Dah cukup banyak buku saya baca..." kata adik. Lagi sekali kemarahan ayah tidak terbendung.
"Kau cepat sangat mengalah! Tak payah kau fikirkan soal duit.. Jika perlu ayah akan mengemis untuk sekolahkan kau berdua!" Ayah menengking.

Keesokan harinya, kami digemparkan dengan kehilangan adik. Dia meninggalkan secebis pesanan di bawah bantalku.
Universiti tidak mudah menerima pelajarnya... Akak sangat bertuah... Pergilah kak. Saya akan bekerja untuk mengirim duit pada akak....
Aku menangis semahu-mahunya. Bantal yang aku gunakan untuk meredam suara tangisanku hampir basah dek airmata yang mencurah-curah. Adikku baru berusia 17 tahun. Akhirnya, aku hampir menamatkan pengajian berkat biaya yang ayah pinjam dan duit kiriman adikku yang bekerja sebagai buruh kasar. Pengangkat simen dan batu-bata di kawasan pembinaan.

Suatu hari, aku sedang berada di bilikku. Peperiksaan hampir tiba dan aku perlu mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba, rakan sebilikku memanggil. Katanya ada seorang pemuda kampung datang mencariku. Pantas aku berjalan keluar dan ternampak adikku berdiri di kejauhan. Seluruh badannya kotor, pakaiannya berdebu.
"Mengapa kau tak cakap kau adikku?" tanyaku.
"Saya takut akak malu ada adik macam saya.. Nanti akak kena gelak.." Dia menjawab sambil tersenyum. Mataku mulai bergenang.
"Aku tidak peduli apa orang kata... Engkau adalah adikku, dan tetap adikku walau bagaimana sekalipun penampilanmu..." Aku menyapu debu-debu di badannya lantas memeluknya. Dia mengeluarkan sesuatu dari sakunya dan berkata," Ini untukmu kak.. Sebagai penguat semangat di kala minggu peperiksaan yang menjerihkan." Di tapak tangannya, dia menghulurkan seutas rantai perak yang amat cantik. Sekali lagi, airmataku jatuh membasahi pipi.

Tidak lama kemudian, tiba masa untuk aku menikah. Suamiku seorang pengarah sebuah syarikat dan menawarkan jawatan pengurus kepada adikku. Tetapi adikku tidak mahu. Alasannya, mahu menjaga ibu dan ayah. Aku cuba membawa mereka tinggal bersamaku di bandar. Adikku malah menjawab, "Kakak jagalah keluarga akak saja. Biar saya jaga ibu dan ayah di kampung..."

Suatu hari, adik cuba membaiki kabel elektrik. Dia terjatuh dan terkena kejutan. Dia terpaksa ditahan di wad untuk dirawat. Kakinya patah.
"Kalau kau terima tawaran abang kau hari tu, takkan jadi begini..." Aku mengomel.
"Akak fikirlah, kalau saya terima mesti abang malu... Saya ni budak tak sekolah... Takkan layak jadi pengarah..." Dia menjawab dengan serius.
Aku tersentak. Kulihat mata suamiku juga bergenang dengan airmata.
"Kau tak sekolah sebab aku...." rintihku perlahan.
"Tak payah ungkit perkara lama... Kalau akak terus macam ni, makin sakit kaki saya..." Dia menjawab sambil tersenyum.

Pada usia 30 tahun, adikku menemui jodohnya. Pada majlis penikahannya, juruacara majlis bertanya padanya tentang orang yang paling disayanginya.
"Kakakku!" jawabnya spontan. Lantas dia menyambung dengan cerita yang ternyata sudah hilang dari ingatanku.
"Pada suatu hari ketika kami masih di sekolah rendah, sarung tanganku hilang, sedangkan hari itu sangat sejuk. Kakakku telah memberikan padaku sarung tangannya. Jarak antara rumah dan sekolah sangat jauh dan hari sangat dingin. Sampai di rumah, aku lihat tangan kakak menggigil dengan kuat sehingga tidak dapat makan dengan betul. Sejak hari itu, aku bersumpah yang aku akan lindunginya sampai bila-bila..." Dia mengakhiri ceritanya dengan senyuman.

Tepukan bergema dalam dewan itu. Aku merasakan pandangan hadirin menyesakkan dada dan menyukarkan aku untuk berkata-kata. 
"Aku merasakan tiada sesiapa boleh menggantikan adikku di atas muka bumi ini. Dia adikku dan aku bangga menjadi kakaknya. Aku hidup hari ini kerana ihsannya, kerana usahanya, kerana kasihnya padaku yang sungguh aku rasakan bagai mentari yang bersinar menghapuskan kegelapan..." Aku mengeluarkan kata-kata dengan tersekat-sekat.

Di hadapan hadirin yang ramai, airmataku bercucuran ibarat sungai menerima hujan. 





P/S: Menangis kerana kasih yang diredhai ALLAH! Jangan menangis jika itu hanya mengundang kemurkaan-Nya...

Wednesday, December 29, 2010

frustrated!

assalamualaikum...

first of all, let me use full english for this post as my LSP300 class was started today and i'm still getting into mood... =)

it's a bit shocking actually to see and to know the level of fluency needed in this class... frankly, i'm not much a spoken english-user... if they told me to write in english, then i know... not to say i'm best, but i can... =)
illustration only


still, i need to face this 'ultimate challenge' since i must pass this course to graduate... damn i'm afraid of fooling myself in front of these people.. but then, it's now or never... right?

and.. speaking of challenge.. the truth is i feel like these semester is going to be tougher than last sem... with just plus-minus 4month to complete the syllabus, and i dare say the course that i take this sem is god-knows-how-tough kinda things.... 

lastly, Malaysia is playing their final game tonight! let us wish only the best for Malaysia team!

P/S: if the spirit that Malaysian shows tonight, how they become 'one' because of football can be the same related to Palestinian's issues, i think the Palestinians can have a brighter future, inshaAllah! =) 

Monday, December 27, 2010

kembali dan menang!

assalamualaikum! selamat pagi dunia...!

dengan ini saya merasmikan post terbaru saya dengan statement, SAYA SUDAH KEMBALI!!!
haha... kembali ke mana? ke USM lahhh... menyambung perjuangan yang meletihkan tapi harapnya, berbaloi... ini juga post pertama saya setelah kembali... hehe... kerinduan pada Pulau Pinang akan terubat? sama-sama kita tengok nanti...



by the way, kerinduan kami pada Khalel sudah terubat bila semalam kami layan bola MALAYSIA vs INDONESIA kat sana.... dengan nasi goreng cina and teh tarik, aku stay depan layar hampir sepanjang perlawanan, yang menyaksikan HARIMAU membaham GARUDA 3-0! wahaha~~~ Pakcik aku siap mesej lagi... pesta gol katanya... sangat meriah! haha~~

ada komen-komen yang mengatakan, penyokong Malaysia ini hipokrit... Sokong bila menang, boo bila kalah... pada aku, penyokong Malaysia ada sebab yang kukuh kenapa mereka (or kami?) bertindak macam tu... Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penyokong Malaysia telah dihadiahkan, tidak lain hanya kekecewaan semata-mata.. Dan kekalahan terakhir Malaysia di tangan Indonesia hari tu (kena 5-1) hanyalah menambahkan lagi kecewa kami...

dah menang ni, kami bersorak laa sekali sebab lama dah kami tunggu Malaysia menang... wee~

P/S: betul ke mata Markus (keeper Indon) tu kena laser? takde semangat fair play betul laa sapa yang wat tuh...

Thursday, December 23, 2010

virus mula menular!

Assalamualaikum.. Selamat petang untuk semua! =)

Hari ini tergerak hati aku, ceyy.. tergerak kunun... hehe... Aku pergi lepak-lepak kat kedai kopi, saje nak jumpa member-member kalo dorang ada kat sana.. Biasanya memang dorang kat sana, main carrom.. =)
Sekali takde la pulak... Tapi dah alang-alang aku nak duduk, nak jugak try 'teh-beng' kampung ni.. dah lama aku tak layan.... hehehe... sedang aku syok-syok tu, aku terdengar makcik-makcik bersembang... (bukan saja-saja tau, TER-dengar!)

macam ni laa perbualannya-yang aku ingat sikit-sikit.... hehe.. untuk pengetahuan, aku dah siap translate persembangan ini dari loghat kelate ke melayu baku...

makcik 1: kau tau tak, hari tu anak si polan tu ada pergi ujibakat bintang kecil...
makcik 2: laa, ye ke? cane? dapat tak?
makcik1: tak dapat.. tu yang aku dengar si polan tu komplen.... dia kata juri tu pilih kasih... dia pilih budak yang tak pakai tudung... anak dia pakai tudung, tak dapat....
makcik 2: eleh... ntah-ntah, memang anak dia nyanyi tak sedap...
makcik 1: tu aku tak tau.. aku mana pernah dengar.... yang aku nak cerita, sekarang ni dia dah suruh anak dia jangan pakai tudung pulak... 
makcik 2: astaghfirullah... macam tu pulak jadinya....

aku yang tengah mendengar, istighfar dalam hati je ar.. kalau kuat-kuat, kantoi pulak... huhu...
tapi, korang nampak situasinya? nampak apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita?

susah woo, kalo macam ni mentaliti kita.... semata-mata kerana pertandingan yang entah apa-apa tu, seorang ibu sanggup menyuruh anaknya mengingkari perintah Allah..




P/S: sejuk hati dengar lebih 30 000 pelajar dpt straight A... be wise! =)

Wednesday, December 22, 2010

cuti dan plan...

Assalamualaikum... Peace buat semua! =)

Aku mulakan post kali ini dengan statement... "CUTI DAH NAK ABIS!!" waahhh!! sedar tak sedar, dah nak balik kampus semula... Perasaan bercampur-baur... Teruja + taknak balik + semangat + risau + etc...! Dah tak reti aku nak explain... Hehe... Seperti biasa, sebelum cuti hari tu dah ada plan nak wat apa masa cuti and bila dah abis cuti, akan ada plan yang tak terlaksana (ehem2...)..

Aku tak nak cerita plan yang dah jalan... aku nak cerita plan yang tergendala nih.. Translate novel. Bukan untuk upah, nak suka-suka je... Aku ingat nak publish kat sini. Nak jugak belajar-belajar kan.. Mana tau boleh jadi sumber pendapatan.. Hehe... Korang mungkin tertanya-tanya novel apa... Hmm... Nak bagitau ke taknak ye... kalo nak tau, tanya je la yek... Hehe.. Masalahnya, time start cuti hari tu, aku mulakan pulak minat baru... Tulis cerpen.. (walaupun tak seberapa... huk3..) Banyak masa aku abis nak cari idea, sampai terlupa plan aku yang asal...

Sampai situ dulu la yek! Selamat malam semua!

P/S: sapa pernah menjalankan kerja2 translate nih? susah tak? peace out! =)

Tuesday, December 21, 2010

Cinta dan percintaan!

Assalamualaikum.. Salam ukhuwah untuk semua!
Cadangnya aku nak rehat dari post-ing blog ini untuk beberapa ketika, memberi ruang untuk hati dan juga fikiran untuk bertenang dan meng-clear-kannya dari beberapa masalah yang melanda sejak beberapa hari ini... Ternyata, beberapa blog yang aku review, membuatkan aku nak juga post something.. =)

Kali ini, aku nak bawakkan satu cerita, satu kisah yang diadaptasi dari kisah benar yang dialami oleh member aku...
Starting-nya berbunyi begini....

Aku duduk menghadap laptop-ku dan secawan nescafe panas. Niat dihati ingin mengedit cerpen yang telah dikarang olehku sejak kelmarin. Dalam aku merenung ke arah bukit-bukau yang menghijau untuk mencari idea, seseorang menepuk bahuku sambil menyapa mesra.
"Assalamualaikum, bro!" Dari raut wajahnya, nampak agak keletihan.
"Waalaikumussalam! Hah, kau rupanya... Dari mana ni?" balasku.
"Dari court laa... Ada training..." jawabnya agak mengah.
"Oh.. Okay..," balasku pendek sambil berpaling semula ke monitor.
"Kau dah ada makwe?" Hampir tersedak aku mendengar pertanyaan itu. Tidak pernah dia membangkitkan persoalan itu sebelum ini. 
"Ada... Kenapa?" tanyaku kembali. Kehairanan.
"Takde pape... Saje nak tau.. Best tak couple?" Wajahnya yang sebelum ini kemerahan kerana panas, bertambah merah.
"Ada laa pasang-surutnya... Kenapa dengan kau ni? Tak pernah-pernah tanya pasal ni..." Aku menutup lid laptop dan berpaling kepadanya.
"Aku ada minat sorang perempuan ni. Tapi bila aku ajak couple, dia tak nak.. Tak sedia, katanya..." luahnya, terus terang.
Dengan lagak seperti Doktor Cinta, aku memberi cadangan.
"Dah dia tak sedia, nak buat macam mana... Bagi la dia ruang..." cadangku. Dia menghela nafas, berat.
"Lagipun, dia cakap belum bersedia. Secara positifnya, dia dah consider kau dalam hatinya. Just nak tunggu dia terima kau je...." komenku.
"Kalau dia tolak? Tak ke letih je aku tunggu..." balasnya.
"Kata sayang... Tunggu kejap pun tak boleh ke?" selorohku.
"Kalau dia tolak, dia yang rugi... Bunga bukan sekuntum, my brother!" Aku melepaskan ketawa kecil.

Bicara kami tentang isu itu, berakhir di situ. 

Aku berkesempatan bertemu member aku tu di kampus, lantas aku bertanya padanya tentang masalah itu. Dia jawab, ada hikmah juga aku tak janji apa-apa dengan girl yang aku minat dulu... Sekarang, aku dah jumpa orang yang tau hargai aku... Girl yang dulu tu, lepas aku dah jarang contact dia, dia lak yang kejar aku... Dia kata dia tak nak terima aku dulu, just nak uji je...

Terkejut aku... Tapi aku tak komen apa-apa laa.... Komen korang???

P/S: Nama watak tidak didedahkan kerana menghormati mereka. Peace out! =)

Monday, December 20, 2010

perubahan itu tidak mudah... [part 2]

Tersentak Azam apabila tetingkap aplikasi Skype-nya terbuka dan menderingkan nada, menandakan ada web-call yang menunggu responnya. Tertera nama Myra, mengingatkan Azam pada janjinya untuk berbual dengan gadis yang bergelar kekasihnya sejak 3 tahun lalu. Rakan sekelasnya di sekolah menengah dahulu. Anehnya, rindu yang dinanti tidak menerjah ruang hati Azam sedangkan sudah setahun mereka berjauhan. Azam menarik nafas dalam, cuba membuat nada suaranya kedengaran mesra, lantas menjawab panggilan Myra.
“Hai awak...”
“Hai.. Saya tunggu awak call! Kenapa lambat?” balas Myra. Suaranya kedengaran ceria. Ceria yang ikhlas.
“Err, saya solat tadi.. Maaf..” Azam cuba memberi alasan.
“Oo... Takpe laa kalau macam tu...”
“Awak sihat?” Azam cuba berbasa-basi.
“Sihat.. Awak macam mana? Rindukan saya?”
“Saya pun sihat.. Rindu? Emm... Siapa yang kenal awak and takkan rindukan awak?” Azam cuba menggunakan ayat-ayat romantik agar perasaan sebenarnya tidak diketahui.
“Tak habis-habis ayat poyo awak! Hehe...” Myra menegur walaupun kesannya dirosakkan oleh ketawa manja yang dilepaskan di akhir bicaranya.
“Awak... Sebenarnya, saya ada kerja sikit... Nanti kita sembang lain ya?”
“Awak tau kan saya tak boleh selalu Skyping.. Tapi takpe laa, nanti saya call awak lagi..” balasnya merajuk.
Thanks...”
Miss you sayang!”
Pantas tangan Azam mematikan sambungan. Tak sanggup rasanya dia membalas ucapan penutup Myra sebentar tadi. Azam dibebani rasa bersalah. Bersalah kerana menipu Myra dan perasaannya sendiri. Tanpa sedar, dia mengeluh lagi. Selang beberapa ketika, azan Isyak berkumandang.
“Suara Razif tu... Boleh pulak dia azan sesedap ni... Hari tu, aku ajak pergi karaoke, tak nak...” Azam mengomel dalam hati. Mendengar suara Razif, Azam bagaikan terlupa seketika tentang masalahnya. Lagi sekali, suara Razif mempamerkan sihirnya. Hati Azam bagaikan tergerak untuk ke surau. Berjemaah. Azam terpandang baju Melayu segaknya yang ditempah khas sempena Aidilfitri lepas.
Over sangat la pulak... Nampak sangat baju baru.. Pakai t-shirt je laa...” fikirnya.
Kakinya digagahkan. Sampai di pintu surau, Azam terlihat papan tanda yang mengatakan,
”KANAN DIDAHULUKAN, KIRI DIKEMUDIANKAN”
Azam mendahulukan kaki kanannya dan menghalakan langkahnya ke tempat wuduk. Selesai berwuduk, dia melabuhkan punggungnya di suatu sudut, separuh berharap agar Razif tidak perasan akan kehadirannya. Matanya tercari-cari kelibat Razif. Razif, yang ketika itu sedang memberi salam usai solat sunat, bertentang mata dengannya lantas melemparkan senyuman.
*****
“Imam tu orang Arab, ke?” Azam memulakan bicara setelah Razif selesai solat sunat.
“Orang Iran..,” balas Razif pendek.
“Bukan orang Iran pegang mazhab Syiah ke? Boleh ke kita berimamkan dia?” tanya Azam kehairanan.
“Tiada salahnya, Zam... Menurut Imam Besar Al-Azhar Sayyid Tantawi dan Yusuf al-Qaradhawi, solat kita sah kerana kita sama-sama menyembah Allah, Tuhan yang Esa.. Bukannya Syiah menyembah tuhan yang lain... Betul? Lagipun, kita tak nampak dia itu Syiah yang bagaimana... Kalau golongan yang melampau, kita harus elakkan... Wallahu’alam..,” terang Razif.
“Oh, begitu... Aku baru tau..,” balas Azam pendek. 
“Permasalahan perbezaan pendapat dan mazhab ni memang menjadi salah satu punca perpecahan ummah pada hari ini... Pada ketika kita patut merisaukan saudara-saudara kita di Palestin yang mana darah mereka sedang dihirup oleh musuh Islam, kita pula sibuk berdebat mazhab mana yang betul dan mana yang salah...” Razif berkomentar agak emosi. Isu Palestin sentiasa membuatkannya sebak, Azam tahu itu.
Suasana hening menyelubungi kedua sahabat itu seketika, sedang para jemaah bergerak keluar dari surau itu.
“Azam, kau tak nak balik bilik ke?”
“Azam?” Panggilnya sekali lagi apabila Azam dilihat tidak memberi  respon.
“Ya?” Azam tersentak. Razif kembali duduk.
“Kau ada masalah ke Zam? Cerita laa...”
“Malu laa Zif... Dari apa yang kau cerita tadi, ummah ni menanggung masalah yang lagi berat dari masalah aku...” luah Azam.
“Kalau kau nak tanggung dua-dua masalah tu, lagi takde faedahnya, Zam... Kau selesaikan masalah kau dulu sebelum kita sama-sama usaha untuk selesaikan masalah ummah ni.. Bagaimana?” cadang Razif.
“Betul juga tu... Tapi aku tak tahu nak mula dari mana...”
“Hmm... Mulakan dari ukhti Jannah... Jangan terkejut... Aku tau kau tengah kejar dia...” Razif berkata sambil tersenyum.
“Jannah... Aku rasa aku minat kat dia... Tapi dia tak nak layan aku...”
“Itu muslimah, Zam... Bukan perempuan... Kalau ikut hukumnya, memang dia takkan layan kau kecuali sebagai kawan biasa...” terang Razif.
“Kalau kau nak lebih dari itu, lamarlah dia... Jadikan dia yang halal bagi kau...” sambung Razif lagi.
“Lamar? Maksud kau kahwin?” tanya Azam.
“Ye lah! Kau ingat apa? Lamar Odom, NBA player yang kau minat sangat tu?” balas Razif berseloroh.
“Kita kan student lagi... Kau ni, bagi cadangan, biar la logik sikit!” Azam tertawa.
“Jawapan aku logik laa...” balas Razif ringkas, lantas mendiamkan tawa Azam.
“Maksud kau?”
“Baca ayat yang aku dah highlight tu...”balas Razif seraya menghulurkan terjemahan Qur’annya.
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui.”[1] Azam membaca dengan teliti.
See? Allah dah bagi jaminan... Sebab tu aku berani cadangkan nikah kat kau...” Senyum Razif melebar.
“Myra bagaimana...?” bisik Azam lebih pada dirinya sendiri.
“Apa, Zam?” tanya Razif.
“Eh? Err... Aku sebenarnya dah ada makwe, Zif... Myra namanya...” terang Azam.
“Itu mengubah segalanya, Zam... Kalau kau ada berjanji dengan dia, kau kena penuhi... Kecuali kau terus terang dan putuskan segala hubungan kau... Kalau kau stay dengan Myra and kau lamar pulak Jannah, itu tak ubah kau seorang hipokrit... Make things clear between kau and Myra.. Then, kau plan laa future kau menurut acuan Al-Quran dan Sunnah...” tegas Razif.
“Okay laa Zif... Minta-minta Allah tetapkan hati aku di jalan-Nya...”
“InsyaAllah, Zam... Jalan agama ini tidak mudah... Cubaan dan godaannya banyak... Kalau kau perlukan bantuan, mintalah pada yang ahlinya...” nasihat Razif.
Kaki kiri Azam melangkah keluar dari surau itu, membawa hati yang dipenuhi keazaman yang membara. Keazaman untuk keluar dari belenggu yang melemahkan hati dan akalnya selama ini. Keazaman yang akan dikongsi bersama Myra, dan sejarah mereka berdua.


[1] Surah An-Nur, ayat 32

Perubahan itu tidak mudah... [part 1]

Mata Azam merenung kaku ke luar jendela, memandang ke langit senja yang membangkitkan perasaan rindunya pada seseorang. Azam mengeluh perlahan. Kedengaran suara dari belakang, menegur.
“Hai, tak baik mengeluh macam tu...” Lembut dan menenangkan. Sifat panas baran Azam bagaikan tak terusik dek teguran-teguran Razif selama ini, sedangkan dulu Azam memang terkenal dengan tangannya yang ringan. Bibirnya menebarkan sengih. Pantas, tangannya mencapai tuala. Maghrib sudah menghampiri, Azam tidak mahu dikuliah percuma lagi hari ini. Giliran bibir Razif pula melebar.
  Selesai mandi, Azam mengatur langkah ke bilik dengan perlahan.
“Harap-harap si Razif dah berambus... Tak payah aku susah-susah bagi alasan..,” hajatnya dalam hati. Hatinya luluh melihat Razif sedang mengucup mushaf Qur’an hijaunya. Razif melintas perlahan tanpa memandang Azam. Azam mengerti. Razif pernah menerangkan sebabnya.
“Aku gerak dulu. Assalamualaikum...” Razif meninggalkan Azam dengan lamunannya.
“Waalaikummusalam...”
*****
“Wei Zif! Aku tengah bercakap dengan kau laa... Tak sopan tau tak pandang orang yang bercakap dengan kita...,” tegur Azam agak keras. Azam berasa keegoannya dicabar dan itulah satu-satu pantangnya. Razif pantas membalas dengan suara rendah tapi jelasnya.
“Kau tu baru lepas mandi, Zam.. Aku nak mengelakkan dari terpandang aurat kau...”
“Aku ni lelaki lah! Lagipun, aku dah tutup apa yang patut.. Cukup laa..,” balas Azam.
“Aurat lelaki itu dari atas pusat sehingga bawah lutut... Kena jaga betul-betul, Zam..”
“Sama-sama lelaki pun macam tu ke?” Soalnya ingin tahu.
“Ya.. Jangan ingat lelaki sama lelaki tak boleh kena tipu dengan syaitan... Kita, sebagai manusia ni, elakkanlah dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kita ke arah maksiat. Sebab, kita tak tau sama ada kita mampu atau tak melawan apabila digoda...” Razif mengakhiri bicaranya dengan senyuman.
“Oh, I see! Okay...”
Razif hanya tersenyum.
*****
Usai solat maghrib, Azam terus menerpa ke laptopnya yang sedia terpasang. Cursor di arah ke icon Chrome, lantas ke laman sesawang Facebooknya. Tiada yang menarik, dia membuka profile page ‘Nur Mujahadah’ atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Humaira, yang pada pendapatnya lebih menarik dari nama yang digunakan Jannah di laman sosial paling terkenal itu. Jannah, yang dikenalinya kerana dia merupakan rakan sekuliah dan mengambil jurusan yang sama di sini, entah kenapa begitu menawan di matanya. Sinar matanya, suaranya malah tebaran tudung labuh dan jubahnya apabila disapa bayu sangat mempesonakan, tapi Azam mengakui bahawa semua itu dinikmati secara curi-curi dan jarang sekali kerana Jannah sangat membataskan pergaulannya. Azam jarang melihatnya selain di dewan kuliah, jauh sekali berdua-duaan dengan lelaki. Malah, usaha Azam untuk mendekatinya juga sia-sia. Ternyata, bukan Azam berputus asa bahkan menyemarakkan lagi keinginannya untuk mengenali Jannah dengan lebih dekat.
Tak sampai lima minit matanya melilau di page ‘Nur Mujahadah’, dia menyerah. Bukan sahaja dia tidak mendapat petunjuk tentang cara terbaik untuknya mendekati Jannah, malah dia tidak melihat sebarang post atau komen tentang maklumat peribadinya. Wall-nya dipenuhi dengan risalah-risalah, notes, dan maklumat yang dikongsi tentang agama.
“Sama je macam Razif!” keluhnya kasar. Facebook ini bukannya tempat ustaz-ustazah berceramah, itu pada pandangannya. Azam melemparkan pandangannya ke langit, yang diselubungi jubah gelap berbintang. Dia melepaskan keluhan berat sekali lagi. Tidak puas dengan itu, dia menghayunkan penumbuknya ke atas meja. “Jannah...” Dia menzikirkan nama itu berulang kali.

Sunday, December 19, 2010

let-the-lens-do-the-work!

Assalamualaikum! Salam perspektif baru! =)

Aku decide nak tunjukkan kat sini, sedikit tentang kerja atau karya aku (layakkah?)... Hmm.. Pandangan, cadangan atau kritikan amat dialu-alukan... Hehe~


I'm really into green and blue motif...
night scenery..

album cover... Restu boy band??? 
total chaos!
P/S: Sudut pandang kita mungkin berbeza, tapi mata kita perlu tahu membezakan yang benar atau yang salah...


Saturday, December 18, 2010

Tahniah, Malaysia!

Assalamualaikum, selamat malam semuanya...
Malam ini, pada yang mengikuti perkembangan bola sepak negara tentunya, malam yang mendebarkan.. Malam yang ditunggu-tunggu.. Malam kejayaan pasukan bola sepak kita melayakkan diri ke perlawanan akhir piala AFF Suzuki 2010... Terus terang aku cakap, dah lama aku tak berasa teruja tentang bola sepak, terutamanya bola sepak Malaysia ini... Tapi, malam ini, aku betul-betul terpaku depan channel Star Sport.. Berdebar-debar, sejuk kaki tangan (aku rasa, hujan pun effect kat situ..). Akhir perlawanan, 0-0! Malaysia layak dengan kelebihan 2 jaringan di Bukit Jalil.. Sekarang ini, kita tunggu siapa lawan kita.. Sama ada Indonesia atau Filipina, kita gegarkan gawang mereka!! Yeah!!
Mood: semangat membara!! wee...~

-Majulah sukan untuk negara-

P/S: cun gak jersi baru Malaysia!! nak kena sambar satu nih... haha~~~ 

Sweater tu pun cam ensem gak... wee~~




Friday, December 17, 2010

Hang Jebat, ilmu dan kurus!

Assalamualaikum! Salam sejahtera! Salam aspirasi, menjunjung transformasi..! (tiada maksud apa-apa, okay.. Hanya terkenang detik ketika Minggu Siswa Lestari saja..)

Malam tadi, terdetik hati aku untuk mengalih saluran televisyen dari AXN ke TV3, untuk menonton siaran Buletin Utama, dan ternyata aku tidak rugi.. Terpaku mataku di kaca TV melihat kekecohan dalam Dewan Parlimen, lantas teringat aku pada kisah pertarungan Tuah dan Jebat.. Entah apa sebabnya, aku juga tidak tahu..


Mudah benar si Jebat melatah, ketika Sultan Melaka menitahkan agar abang Tuahnya dibunuh, begitu juga keadaannya ketika sidang Parlimen yang disiarkan malam ini. Mudah benar Jebat derhaka terhadap Rajanya, apabila abang Tuahnya dicuit walau sedikit.. Sama juga keadaannya dalam sidang Parlimen yang disiarkan malam tadi.. Wow, terus-terang aku kagum dengan perpaduan yang ditunjukkan oleh ahli dewan pembangkang, begitu 'satu' membela ketuanya yang digantung...

Di sini, aku tak kisah siapa benar, siapa salah.. Atas sebab apa penggantungan dan kerelevanannya digantung, aku tidak peduli... Malah, aku sebenarnya tak nak ambil tahu sangat.. Dunia politik yang kotor! Tipu menipu, cantas mencantas.. dah biasa sangat dah.. Entah, aku nak cakap lebih-lebih takut masuk jail pulak.. Tapi yang penting, ilmu kena ada untuk jadi pemimpin.. pemimpin yang baik untuk membangunkan rakyat yang baik.. itu saja!

Bercakap pasal ilmu, ingat pulak masa khutbah jumaat tadi.. khatib menyeru jemaah jangan meremehkan ilmu, sebab ilmu tu makanan rohani.. Tak ramai yang nak mendengar khutbah, menghadiri majlis ilmu terutamanya dalam kalangan belia.. Lebih suka memekak dengan gitar, sumbat telinga dengan lagu-lagu melalaikan.. Kalaulah rohani itu dijelmakan, boleh dilihat, dah tentu-tentu hidupnya tak lama... Kena tiup angin pun dah melayang, sebab kurus sangat. Sebab apa? Kita tak bagi makan.. Makanan fizikal, tak payah cakap! Sebut je.. McD, KFC, nasi kandar (teringat Khaleel, wee~~) tapi kalau nak hadir majlis ilmu seminggu sekali pun, liat...

And, bercakap pasal kurus.. Entah kenapa aku rasa badan aku makin berat sejak-sejak cuti ni.. Hehe.. Ada siapa-siapa kenal wakil penjual jus mate5 tak..? Peace out! 

P/S: bagaikan ada cermin depan aku nih, semua yang aku tulis sebenarnya berbalik pada aku.. perubahan itu tidak mudah, tapi jangan ditinggalkan.. buat sedikit-sedikit dan insyaAllah, hasilnya kita akan menjadi manusia yang lebih baik.. =)

Thursday, December 16, 2010

impian menghantui perasaan~ [part2]

Assalamualaikum, selamat pagi bloggers...
Salah satu perangai buruk aku, bila aku nak something, aku memang kena dapatkan...

>Hari tu, aku follow parents aku g shopping brg skola adik2 aku.. dalam dorg duk pilih2, aku merayap ar... then aku nmpk selai baju nih... "Macam ensem jek.." kataku dalam ati. Kalo aku pkai konfem lagi ensem... melayan perasaan ar aku sorg2.. tak plak ak terpikir nk belek tanda harga, sbb dompet aku mmg bersawang time tuh.... harap2, xde sapa sambar lg bju tu... huhu... tpi, aku tgk byk jenis... so, aku tak takut sangat...

ensem x?? wahaha~~ yg ak duk berkenan tu, sbijik cmni.. tpi nmpk cm pnas kn? xpe ar.. dewan kuliah USM pun sejuk kaw-nye...
> lagi satu, aku teringat yang aku xde kasut... kasut yg ak pkai dlu dah dikebas oleh abahku.. so, ak kne mencari yang baru... huhu... nasib baik, aku telah dikenalkan kepada AirJordan (Nike) oleh Amin Nor Qarim.. (bru aku perasan, si Amin ni mmg bwk pengaruh dlm idup aku... haha.. nasib Amin tu dak baik... xde pengaruh buruk, k?) the problem is, mana aku nak cari AirJordan kat Kelate nih.. huhu.. hajat di hati nak survey Rantau Panjang, tapi xsempat lagi... hehe.. barang-barang kat sana murah n of course, pirate (malu2).. LANTAK ar!!! aku yg nak pkai!! wahaha~~~ (kalo jumpe, bleh ak show off kt Amin.. beliau pun teringin gak tu..)
cam xbape cun je.. pendapat korang?
by the way, memang banyak yang aku nak... tapi, aku kena sedar yang tak semua yang aku hendakkan itu aku mampu mendapatkannya... be alert, be smart! chiao!

impian menghantui perasaan~

waktu: tengah malam buta..
keadaan: tak boleh tidur, layan adamaya, and ber-fb...

dalam duk layan2 fb, tangan pulak gatal membuka website dslr reviewer.. lantas memarakkan keinginan aku untuk memiliki sebijik kamera.. ak duk usha Nikon D7000, and beristighfar aku sekejap (bila tengok harga..! haha...) 

cun! baru gambar tu... huhu.. tak dapat bayang camne first time aku touch si dia nanti (kamera tu, k!)... 

aku ingat lagi first-time aku pegang dslr... hmm... credit to: Amin Nor Qarim!! haha... korang mesti ingat aku perasan.. yup... memang aku newbie, and a lot to learn.. but member-member aku semua cakap pics yang aku snap, semua lawa-lawa.. haha~~ tak tau dorang membodek ke ikhlas ke, tapi i've fell in love... with photography! and damn, i wanna be serious in this thing! haha~~

p/s: nape aku xleh attach gambar???!!! warghhh!!!

Wednesday, December 15, 2010

selepas 3jam depan monitor (bukan direct, k? ada selang2nya.. penjagaan mata! hehe..) boleh dikatakan blog ini telah siap di-touchup...! yess!!! haha~~ a bit proud right there... of course, it's nothing compared to those pro-bloggers, but still, why can't i admired myself right??? hehe...

lagu dah ada, agar korang semua tak bosan.. insya-Allah, akan bertukar-tukar.. (boleh ke?? xde efek, kn? hehe.. )
 badge untuk promot fb dah ada.... (err, kenapa aku explain kat sini? korang boleh tengok sendiri kan!!! haha...)
harapnya ada visitor la yek...

mungkin korang ada cadangan untuk aku tentang skop yang patut aku fokuskan untuk blog ni.. there's nothing much I can say, since frankly, I am not much a talker, to begin with....

-be true to yourself and u will see the world being true to u-
Assalamualaikum dan salam sejahtera pelayar2!!! =)
Post ni sekadar nak menampakkan yang blog ini aktif aje... hehe.. malu kot wat blog tapi postnya sikit...
takde apa yang nak aku tulis sebenarnya. Hmm... Lagi 5hari result sem 1 nak keluar.. flying colours ke? flying pinggan mangkuk ke nanti? tu aku xtau.... yang aku tau, aku kena terima je... nak cakap yang aku dah usaha sehabis baik, aku sedar yang aku boleh buat lagi baik dari itu....

"Baru sem 1!" Ada someone cakap kat aku... tapi kalau sem1 dah flunk, sem2-3 nanti, yang subjeknya lagi berat, macamana ekk??? nak bayangkan pun dah tak sanggup... huhu...

Wednesday, December 8, 2010

layakkah aku...
aku bertanya padamu...
layakkah aku?
wajah seindah bidadari kayangan..
sifat sehalus puteri impian..
layakkah aku?
meski untuk angan..
meski untuk mimpi..
layakkah aku memilikimu?

Tuesday, December 7, 2010

Happy New Year!

Diam tak diam, dah nak masuk tahun baru dah... Apa yang dah aku capai tahun ni? Hmm... Kalau fikir2 balik, tak banyak pun... Settle matrik, pointer cukup makan... Alhamdulillah dapat jejak USM... Baru abis exam sem 1, tak konfiden langsung bleh lulus... Aku pun tak tau lah... hehe... (bleh gelak lagi? Adoi!!) Kalo dulu, memang tak teruja pun tahun baru.. peduli la Masihi ke, Hijriyah ke... sbb pada aku, aku lagi suka biarkan hidup ni mengalir macam air.. Let it flow freely, kata tok nenek aku kat London nun... tapi baru-baru ni (takde la baru sangat sebenarnya..), aku ada baca satu novel ni... korang pun pernah dengar rasanya... Novel Ayat-ayat Cinta, bukan nak bicara tentang cinta, tapi nak bawakan satu ayat yang diangkat dalam novel tu..

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu mengubahnya sendiri”
[Surah Ar-Raad, ayat 11]

Hmm... Nampaknya aku dah silap, kan? Hidup ini sebenarnya perlukan perancangan and MESTI disertai dengan usaha.. mesti jalan laa, kata org... jangan plan aje and tunggu hasilnya... plan tu mesti ada supaya tindakan kita tak lari dari matlamat yang kita nak capai... tapi aku  takde la tulis atas kad manila macam Fahri (watak Ayat2 Cinta) tu... ada dalam kepala aje... malu jugak kalau orang tau.. heh...
Sekarang ni, persoalannya berkesan ke tak???? Kalau tengok balik, banyak tindakan aku dah lari dari matlamat sebenarnya... lagi pentingkan berseronok dari manis kejayaan masa hadapan... nak aku petik kata2 Thomas Carlyle:

“seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melalui jalan yang sulit.. seseorang yang tanpa tujuan, tidak akan membuat kemajuan walaupun dia berada di jalan yang lurus..”

Maksudnya kat sini, memang akan ada kesusahan kalau nak mencapai kejayaan... and tak guna melarikan diri...
Perancangan dah sempurna, usaha dah jalan... baru datang tawakkal kepada Allah... baru boleh serahkan segala pada takdir Allah.... =) 

Selamat Tahun Baru... Many happy returns!!                                                                                                                
-thanks 4 reading-