Pages

Ads 468x60px

Saturday, August 27, 2011

Cerita Seram Kedai Gunting Rambut

 

Assalamualaikum semua!

3 hari lagi! 3 hari lagi!

*excited lebih-lebih pulak tuan rumah ni*

eh! eh! elok sikit… bukan nada excited tu… sila baca dengan nada sedih ye… Lagi beberapa hari Ramadan akan meninggalkan kita… kat sini pun duk hujan je sejak beberapa hari lepas bagai menangisi pemergian Ramadan…

tapi hari ni tak hujan so, tuan rumah menyempatkan diri ke kedai gunting rambut. Rambut aku dah macam rambut Justin Bieber tak pakai conditioner dah… untuk mengelakkan status teruna hensem kampung dirampas orang lain, laju je aku ke kedai…

*shaddap la!*

sampai je kat kedai, tu dia!!! beratur orang duk menunggu… okeh! memang sampai tengah hari la jawabnya… tapi berbekalkan keazaman, kesungguhan serta rasa takut sebab bapak aku dah menunggu dengan gunting kebun kalau aku tak balik dengan rambut pendek, aku tunggu la jugak…

Thursday, August 25, 2011

Raya dengan Gajet?


Assalamualaikum!

Hai semua… Yes! Baru berkesempatan tuan rumah nak post something hari ni…

Sebenarnya, tuan rumah nak bawakan satu scene di hari raya… Biasanya petang sebab kalau pagi raya, semua pakat pi masjid…

***

BUDAK 1 duduk di sofa mengadap phone dengan earphone terselit di telinga. BUDAK 2 dan 3 mengadap televisyen di ruang tamu. Para ibu di dapur menyediakan air sebab ada tetamu yang baru sampai.

NENEK: Budak2! Meh la jumpa orang-orang yang datang ni…

AYAH: Tak boring-boring duk ngadap tv tu! Raya2 ni, cer la bersembang ngan orang sikit… bukan selalu dapat jumpa macam ni!

BUDAK 2 dan 3 pun bangun, mata tak lepas dari tv… Lepas salam ngan semua orang, sambung tgk tv balik…

***

Haa~ Readers pernah terjumpa situasi macam ni? Kot-kot readers yang perangai macam ni…? Sori la kalo kena batang idung sendiri ye…

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #2

 

Assalamualaikum!

 

hp

Amacam Pateh Adnan? hehe~

P/S: agak-agak boleh kena tindakan copyright tak dengan Warner Bros? =p

Monday, August 22, 2011

Header baru lagi?

 

Assalamualaikum!

Hai semua… Just a quick post before disconnect broadband… hehe…

I bet semua tengah menghitung hari menunggu raya… kan3?

sabar-sabar la ye… Sekarang ni kita masih dalam mode hari-hari terakhir Ramadhan, jadi kita ada satu target untuk diburu… Malam Lailatul Qadar… di samping bersedia untuk hari lebaran, ingatlah untuk kumpul semula semangat beribadat sebagaimana di awal Ramadhan hari tu…

on unrelated note, perasan tak header baru tu? hehe…

just nak tau je komen korang… aku baru belajar-belajar je guna GIMP ni… software dah berkurun dah install, sekarang baru nak memahirkan diri…

bagi sesiapa yang tak tau, GIMP ni serupa je dengan Photoshop, tapi GIMP ni free software… jadi result dia mungkin tak sepower Photoshop la… tapi aku berpuas hati je…

okey guys! feel free to drop your comments…

P/S: edit gambar bagi nampak macam ada tattoo Death Eater haram ke? just an idea… =p

Friday, August 19, 2011

K-Pop in da house!


Assalamualaikum…
Hai semua…! Readers pekabo? Harap-harap sihat la hendaknya ye, menjelang Syawal ni… Aku takde idea sangat ni sebenarnya nak tulis apa… Kepala otak terasa berdengung je bahana disuap dengan K-Pop sepanjang hari ni…

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #1

 

Assalamualaikum…

Tertarik kat benda ni bila blogwalking kat [arcx13]… so, aku pun nak try…

Tuesday, August 16, 2011

jersi as baju raya?


Assalamualaikum!

Hai-hai! Bertemu lagi kita ye?

Sapa yang dah settle preparation raya? Tahun ni, entah kenapa aku agak terlambat dalam preparing baju-baju raya aku… *take note: kata ganda tuh!* petang tadi baru pergi shopping, tu pun sikit-sikit je…

tapi bukanlah niat post ni nak mendedahkan macam mana rupa baju aku tu… *sengih-sengih* rupa itu eksklusif untuk mereka-mereka yang bertandang je nanti…

dalam post kali ni, aku nak tanya je:
“Apa pandangan korang kalau sorang tu beli jersi Arsenal yang latest sebagai baju raya dia?”
Pelik kan taste dia? itu la adik aku… Macam-macam perangai! Berkeras pulak tu nak jersi as baju raya dia… Lantak ko la brader… asal kau bahagia sudah!

Time raya la time kita nak shopping baju-baju cool tanpa risaukan harga… tapi kalau ada kesedaran sivik yang tinggi, jangan la mencekik duit mak bapak sampai kering pulak…
16082011554

but i cannot put the blame entirely on him… dah shopping pun kat Rantau Panjang… memang bersepah la jual jersi-jersi *made in thailand* yang tak jauh beza dengan yang ori…
16082011552

Kalau tahun-tahun sebelumnya, aku hanya perlukan sepasang baju melayu (tak jugak tiap-tiap tahun tukar), and sehelai t-shirt, tahun ni aku kena beli sepasang jeans baru… aku pun tak paham, kenapa la jeans lama aku semuanya mengecik… sebab washing machine kot… ye! sebab washing machine… *lalala…*

pape pun, berhemah la dalam berbelanja… okeh?

habis je urusan kat RP tu, hari dah makin gelap… memang kena berbuka kat luar… so, pilihan kami: KFC… senang, cepat dan memang teringin… *lagi nak salahkan washing machine!*

Quarter Chicken with Black Pepper sauce KFC sangat best… *promot KFC nampak?* tak la… nak tolong readers je…

P/S: kenapa rasa macam teringin jugak kat jersi Arsenal tu ye? huhu… tambah-tambah yang away tu… kaler cyan… cun lah!

Movie Feveret @ MyW0RL4

 

Assalamualaikum semua!

Tengok tajuk tuh! Ada rasa keliru tak?

Ini la first time tuan rumah join segmen… and blogger bertuah itu ialah en. Ikmal Hisyam!

YEAY! *tepuk tangan*

Segmen ni diwujudkan supaya para bloggers yang join boleh share tentang movie feveret mereka… (ayat baku sudah!)

Sapa-sapa yang kenal aku, mesti tau movie-movie feveret aku… kan3..?

dah tentu lah Harry Potter!!!

tapi aku tak nak sembang pasal Harry Potter la… hehehe~

ada satu lagi movie best yang aku ada jugak sebut dalam blog aku ni…

movie yang dimaksudkan ialah…

YES MAN!

 

movie ni diperkenalkan oleh en. Amin Nor Qarim… dia memang trusted informer la kalo bab-bab movie ni… tambah pulak, aku memang minat Jim Carrey…

sapa yang tak tengok lagi, korang memang terlepas satu masterpiece lah!

komedi + romantik + drama… suma yang korang cari dalam satu movie… mana nak cari..? ye tak?

sapa-sapa yang nak copy movie ni, boleh roger2…! haha~

P/S: ada satu lagi movie yang terbaik bagi aku… tapi tu di segmen yang lain la ye!

Tak nak tido?

 

Assalamualaikum…

Hai-hai… Sebelum baca lebih lanjut, diingatkan bahawa post ini hasil kebosanan melampau… Maaf kalau kemerepekannya menjengkelkan hati sesiapa…

*menyusun sepuluh jari, mintak maap*

Ada ketikanya kita ada benda-benda penting yang nak kena buat, tapi time-time macam tu la nak menguap seluas serombong kapal… masa-masa begini lah, 4 tips untuk tak nak tido sangat berguna…!

1. Pergi tandas, basuh muka. No biggie, dah biasa orang buat…

2. Agak-agak tahap kuapan tu dah tak boleh ditahan-tahan lagi, try take a walk. Do some stretching. Kalau tak berkesan jugak, try sprinting pulak…

*sayup-sayup* hoi! tak lawak la bro!

In short, try la berpeluh sikit. yang boleh buat mata tu terbukak. kalau dah tak nak tido, tapi duk melingkar je atas tilam sooner or later, konfem tertutup jugak mata tu..

3. Kalo nak tido, biasa orang kira biri-biri kan? Instead of that, try kira girls berbikini berlari-lari anak di tepi pantai… di tambah dengan efek slow motion, mata korang akan serta merta terbeliak. tapi warning ye, tips #3 ni tak digalakkan sama sekali… sebab aksi ini boleh mendatangkan side effect sepeti lemah daya ingatan, suhu badan meningkat secara mendadak serta menggigil. Reminder jugak: tips #3 ini jugak berkesan untuk lelaki je… untuk perempuan tak boleh ye!

rasanya perempuan tak perlu pun tips-tips macam ni… aku sentiasa kagum dengan kebolehan perempuan control masa tido dorang… boleh tido lambat, tapi bangun awal tanpa kesan-kesan macam mata sembab, merah dan sebagainya… agaknya memang anugerah untuk bakal ibu la kan? ability macam tu memang diperlukan di waktu-waktu kecemasan macam bila anak meragam tengah-tengah malam, or suami ke meragam… okeh, aku dah melalut!

4. kalo tak nak berjalan di dunia realiti, try berjalan kat dunia maya… yes! i’m referring to blogwalking… tapi pilih la blog-blog yang interesting, serta contentnya yang menarik dan refreshing… nak contoh? err… try arcx13 (panda garang), patehadnan pun best jugak, tak pun mr. right… tak lupa jugak la ydpfaizal…

*kena sekeh* tak sapa nak baca ko promot blog la!

agak-agak tips aku ni membantu tak? aku pun tak try semuanya lagi.. tambah-tambah tips #3 tu… =p

P/S: tido untuk hidup, bukan hidup untuk tido… betul ke apa aku tulis ni?

Monday, August 15, 2011

new looks and thank you!

 

Assalamualaikum!

Hai peeps! Ada perasan pape tak?

Bagi yang setia tu, mesti perasan punya lah! hehe~~ Blog saya dah bertukar wajah! lebih simple, senang nak load and putih!

Header tu pun baru tuh! BARU try2 nak pakai… so, feel free to comment ye!

Aku juga ada check2 stat, saja nak melihat prestasi semasa dan kualiti promosi blog ini… Alangkah terkejutnya bila:

cats

YEAH!!

Blog Pateh Adnan dapat no 1 tuh…!

Haha… Aku tak berapa paham sangat apa function referring URLs tuh… tapi dengarnya macam Pateh Adnan dah tolong memperkenalkan blog ini kat readers beliau…

So, sekalung terima kasih kat beliau… *tepuk tangan*

Kat AtinChoco ngan Ms. Mulan Jacob pun, saya ucap thanks jugak! =)

P/S: lagi sekali saya nak ulang feel free to comment wajah baru blog ini!

Sunday, August 14, 2011

awak sangat tak sweet!

 

Assalamualaikum!

Hai guys! Thanks sbb sudi meramaikan trafik saya, yg mana grafnya semakin merudum nih… hehe… my bad!

Ok! Enough with chitchat… err… Mcm mana nak mula nih? err.. Korang pernah tak came across FB profile yang cukup menggelikan?

K… Aku tak pernah lagi… Tapi ada la yang ber-share2 story dengan aku and selaku blogger yang sentiasa mahukan post-post yang bukan hanya bualan kosong semata, memang story ni boleh jadi modal la…

Annoying kan bila news feed kita disemakkan oleh wallpost2 yang memualkan (amek… bahasa baku terus!) macam:

Awak tau, saya macam rindu la kat awak… Padahal saya baru je sampai umah dari date ngan awak…”

Tak pun, macam ni:

Sye slh… xptut sye wat cmtu… Maafkn sye ye..? :,,( “

 

Orang-orang macam ni diibaratkan macam letak bullseye kat dahi sendiri… nak aje di-starlite dahi anda itu! Ditambah pulak kalau yang guna bahasa alien mana entah macam:

syew slh… xptut syew uat cmtue… awk maafkn syew an?”

 

Merah oo bijik mata…

tak cukup dengan itu dishare pulak gambar berdating dengan caption:

nice camera angle… tak kiss pun nampak macam kiss! =) ”

apakebendenya tu?

Ok la… Ko nak satu dunia tau ko kapel… Tapi kene ingat ar, bukan satu dunia bagi restu kat ko… Contoh macam ni la:

Friend list ko ada dekat 500 orang… Separuh dari tu, bila tgk gambar “kenangan manis” ko tu kot la ada yang terkeluar dari mulut dorang:

Suka la sekarang… nak tengok sampai bila buleh stay…”

Kot la termakbul, mau menangis tak berlagu?

Nak sweet-sweet la agaknye… Kalo dah laki bini, takpe la jugak… Si suami wall kat bini dia:

I love you dear!”

Oh… Setakat tu je, tak berapa nak sweet lagi?

Try ni pulak…

snape lily

Boleh dapat award the sweetest husband ever tu… heh!

P/S: Segala benda yang dalam quotation mark tu hanyalah rekaan tuan rumah semata-mata… Tiada kena mengena dengan sesiapa… Winking smile

Saturday, August 13, 2011

it’s cool to be nerd!

 

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, berkesempatan lagi saya mengepost something kat sini… hehe… kepada yang setia membaca, thanks a lot guys… it means a lot to me! Winking smile

terus ke topik!

bila dengar je perkataan nerd, mesti terbayang di pikiran:

budak berambut belah tepi, spek setebal kanta pembesar lab sains, buku-buku tahap ensiklopedia yang dipikul ke hulu, ke hilir…

kan?

kalau nak cerita, aku pun pernah mengalami zaman-zaman sebegitu… hehe…

sikit pun aku tak peduli pun pasal rupa paras dan penampilan neh… jangan harap la nak pakai jeans.. hatta di hari raya pun! cukup lah dengan seluar sukan, walaupun nak keluar bersukan tu jauh sekali…

kira dah macam hidup dalam dunia sendiri… bukannya takde member kat sekolah… ia lebih kepada member sekadar kat sekolah… lepas sekolah? sorry la derr! aku takleh hangout… Smile

tapi, itu sebuah cerita lama… (dah nampak dah muka-muka skeptikal tuh! haha!)

ye, cerita lama… dulu, aku seorang nerd! haha…

nak tau macam mana aku boleh berubah?

aku ada kawan-kawan yang sangat cool! sampai ke-cool-an mereka itu ter-efek kat aku… haha… at least, itu apa yang aku rasa la…

DSC_0057

disebabkan gambar di atas ada missing member, aku letak lagi skeping…

DSC_0174

P/S: saya sayang kawan-kawan saya! hehe!

Wednesday, August 10, 2011

London!

 

Assalamualaikum peeps!

Lewat betul tuan rumah update, kan? heh…

Bukan apa, baru ada modal nak sembang lama sikit… hehe…

Hmm… First of all, sejak masuk Ramadhan ni, ni la rasanya baru betul-betul ada masa nak online FB ngan jenguk-jenguk Dashboard… and thanks la sebab tak banyak notification pun… hehe… ( a bit of sarcasm kat situ kalau sapa-sapa dapat detect, k? )

malas la nak cerita lebih pasal FB tu, aku pun tak pay attention sangat dalam bulan-bulan posa ni…

bukak internet ni pun sebab nak cari info lebih pasal rusuhan kat London nun… first-first dengar macam tak percaya kot… UK or at least London adalah salah satu part kat dalam dunia ni yang aku rasa tak mungkin berlaku kejadian keganasan…  kalau aku nak picture hidup kat UK tu, muncul Big Ben dengan Thames mengalir tenang across London… or taman dengan burung-burung berkicauan, rilek je dengan masyarakat yang mesra menegur guna loghat UK yang soft and sweet tu…

sekarang ni, dah macam dalam V for Vendetta dah aku tengok…

ok lah! aku nak pi prepare sahur… papai y’alls! haha~ gedik gle! ;-p

P/S: aku nak include gambar tapi rasanya tak appropriate la pulak untuk budak-budak… kang blog aku dilabel blog yang menyebar keganasan… kan senang nak label orang sekarang ni… kan3? huhuh…