Pages

Ads 468x60px

Thursday, July 26, 2012

University Ramadhan [Recess]

 

Assalamualaikum!

Adehhh.. Tak dapat jugak nak achieve target satu post satu hari aku ni… Macam-macam cobaan… Most of it, tidur la… Mengantuk amat kot, taktau apasal… And ada hari yang tak sempat update pun, rushing nak pi lab. alahai…

so, hari ke-6 Ramadhan guys… how is it so far? jawab dalam hati je la ye… XD

all right.

Eh2… Korang perasan tak, bulan puasa ni je yang kita aware and bersemangat waja nak kira tarikh dalam bulan Islam. Macam hari tu, aku on the way la nak pergi berbuka dengan member2 budak Geofizik neh. Untuk pengetahuan, dorang ni intern jugak. Tapi style intern buat fieldwork, so selalu takde kat sini laa… So, dah dorang kembali tu, dorang ajak la berbuka kat luar. Mewah2 sikit, tapi tak kisaaaah la… Aku memang save untuk perabih kat diorang (baca nada sarcasm sikit, LOL!)… Dalam sembang2 tu, aku tersalah la sebut hari keberapa Ramadhan… Aih! Offendednya kemain… Ok la kan… At least, kenal jugak bulan Islam… HAHA!

alahai…

Aku sendiri pun jarang la tengok kalendar semata-mata nak tau berapa Safar ke, berapa Jamadil-Akhir ke.. Sebab tak guna sangat… Tulis kat kalendar pun kecik je… Halus je, bak kata Harith Iskandar. Kalau ada event2 Islam, baru semangat… Sebab nak tau cuti ke tak… Hidup as student ni, memang mencari cuti. Bila dah cuti, kebosanan… Baru kenal erti lost. WAHAHA!

Point aku takde benda sangat sebenarnya. Takde pun nak kata wajib tau berapa haribulan Islam sekian2 hari… Just pada aku, at least la, at least amek tau sekali-sekala takde bebannya… Sekian agama, sekian pegangan ada tarikh-tarikh istimewa… Apalah salahnya kalau kita suka untuk mengambil tahu hal-hal macam tu… Okay?

P/S: oh2! tiket bas raya sudah pun dibeli. big thanks to Pateh yang membantu! HAHA! *tiket dah habeeeeesss!* (inside joke, sorry kalau tak paham…)

Sunday, July 22, 2012

University Ramadhan [Lesson 2]

 

Assalamualaikum.

Hello3! >_<

I intended to write what to post each day in this Ramadhan after having my sahur but then, baru hari kedua dah tak reti nak bangun.

Lagi sayang tidur daripada keberkatan sahur yang disebut Nabi SAW dalam sabdanya,

“ Bersahurlah, kerana dalam sahur itu ada keberkatan.”

Riwayat al Bukhari dan Muslim

Apa pun yang lepas usahlah dikenang. Azam nak bangun sahur for the rest of this Ramadhan perlu ada.

Memanglah kadang-kadang kita tak perlu sahur pun. Still ada energy walaupun tak sahur. (sebab duk makan dari berbuka sampai la nak tidur, sapa takde energy.. kan?)

Oh! Aku taknak cerita pasal berkat sahur weh. Korang boleh baca tulisan Dr. Asri Zainal Abidin (Dr. Maza) kat website dia: http://drmaza.com/home/?p=1208

Beliau lagi bertauliah untuk menerangkan hal-hal macam tu. Hehe..

Kalau ingat kecik-kecik dulu, bangga woh tak sahur. Nampak gagah dan cool dan bajet dan stuff.. Haha.. Sekarang tak sahur, rasa rugi amat. Ramadhan ni, kita kena grab suma amalan-amalan yang mendatangkan pahala walau sekecil mana pun bentuk amalan tu.. Sebab amal2 yang besar macam terawih dengan tadarus tu takut tak konsisten pulak. Bukan nak kata boleh tolak ansur dengan amal2 besar tu cuma pokoknya, kita kena ambil suma peluang yang ada untuk menambah pahala di bulan yang mulia ni.

P/S: Harap ni first and the last la tak sahur.

Saturday, July 21, 2012

Universiti Ramadhan [Lesson 1]

 

Assalamualaikum!

Hai3! It’s first day of Ramadhan, everyone! I am certainly excited. ><

Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih memberikan aku kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Sudah semestinya kita semua berharap yang Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik dari sebelumnya.

All right! I know it is quite a gap in my blog timeline. and to be frank, aku tak tau nak tulis apa sekarang. Okay, takpe. I will let my finger dancing on the keyboard for a while before i take a nap after syuruk nanti. Heh.

Korang dah tengok Dark Knight Rises? Please jawab ya or tak je. Aku taknak spoiler sebab aku tak tengok lagi. and aku taktau sempat tengok ke tak, sebab ini dah masuk Ramadhan and aku pun nak pakai duit untuk praktikal sekarang ni.

Serius dilemma weh! Aku dah save duit lama dah nak tengok Dark Knight Rises ni. Final kot dalam siri Batman versi Christopher Nolan. alahai.

Takpe lah. Buat apa aku bebankan otak korang dengan masalah kewangan aku kan? LOL.

Tapi nak cerita sikit lah.

Ada sesetengah orang sanggup jugak tu berhabis (takde la berhabis sangat, 12 hengget je tiket wayang. 8 hengget kalau pakai student card) untuk wayang or benda yang diorang minat even diorang ada banyak benda lagi yang memerlukan duit. Aku taknak judge korang, itu duit korang. Jangan marah aku pulak. Aku pun kadang2 buat benda sama weh. heh. *gelak nervous*

Tapi apa yang sebenarnya kita fikir time mengabihkan duit free2 macam tu?  And bila memerlukan duit, memang takleh berhenti mengeluh.. Kan?

Betul. Kadang-kadang kita tak fikir panjang pun. Memang takleh tahan diri. Pikir seronok aje.

Kadang-kadang aku fikir jugak, macam mana benda macam ni pun boleh jadi masalah besar untuk aku. Padahal dunia hari ini menyaksikan bahawa separuh dari populasi dunia hidup dengan kurang 2.50 dolar sehari. (lebih kurang 7 ringgit..) [sumber: World Bank Development Indicator 2008]

Agak-agak apa dalam fikiran mereka yang dalam situasi macam tu. Itu tahun 2008. Sekarang dah 2012. 7 ringgit tahu? Average belanja makan student USM Penang sehari pun 15ringgit… (err, ini based on aku la.. taktau la orang lain. diorang ada motor, boleh cari tempat makan murah kot. Haha!)

Tapi 7 ringgit. Tahun 2012, 7 ringgit boleh dapat apa je?

that is something for us to ponder.

P/S: dengan roh Ramadhan kali ini, moga kita dapat mengawal diri dari pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang keji. InsyaAllah.

2nd P/S: aku nak letak gambar yang tunjuk anak-anak africa tu, tapi one thing that you should know about me is that aku takleh tengok gambar-gambar macam tu. sebak!

Wednesday, January 11, 2012

Mahasiswa dan Masa Depan Negara


Assalamualaikum. 

Suara mahasiswa menggegar lagi. Menggesa agar Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU)terus dimansuhkan. Biarkan pandangan mahasiswa didengari. Tapi itu isu lama. Err.. Dua-tiga minggu lepas, so lama la kan? Haha!

Tapi yang aku nak sembang kat sini pasal ada pulak suara-suara dari mahasiswa sendiri tak bersetuju malah ada yang sampai mencela pejuang hak mahasiswa ini sebagai tak sedar diri, tak tau bersyukur dan sebagainya.

Ada juga yang memekik (baca: menaip di Facebook dengan a hell lot of exclamation mark), mahasiswa patut fokus kat pelajaran, masa depan lagi penting, tak perlu sibuk-sibukkan dengan politik lagi dan macam-macam. 

Ini just nak bagi korang clearkan otak dan fikir betul-betul. 

Kau sure ke masa depan kau terjamin kat tangan pemimpin Malaysia yang ada sekarang?
Sampaikan kau dah rasa selesa dan tak nak ambil tahu langsung?

“Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019. “Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi.”
 
Komen kat atas tu disuarakan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem, bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.

Kau faham apa yang dimaksudkan dengan hutang negara mencecah 100 peratus KDNK tu? Malaysia bankrup la! Muflis… Hancuss…