Pages

Ads 468x60px

Monday, December 20, 2010

perubahan itu tidak mudah... [part 2]

Tersentak Azam apabila tetingkap aplikasi Skype-nya terbuka dan menderingkan nada, menandakan ada web-call yang menunggu responnya. Tertera nama Myra, mengingatkan Azam pada janjinya untuk berbual dengan gadis yang bergelar kekasihnya sejak 3 tahun lalu. Rakan sekelasnya di sekolah menengah dahulu. Anehnya, rindu yang dinanti tidak menerjah ruang hati Azam sedangkan sudah setahun mereka berjauhan. Azam menarik nafas dalam, cuba membuat nada suaranya kedengaran mesra, lantas menjawab panggilan Myra.
“Hai awak...”
“Hai.. Saya tunggu awak call! Kenapa lambat?” balas Myra. Suaranya kedengaran ceria. Ceria yang ikhlas.
“Err, saya solat tadi.. Maaf..” Azam cuba memberi alasan.
“Oo... Takpe laa kalau macam tu...”
“Awak sihat?” Azam cuba berbasa-basi.
“Sihat.. Awak macam mana? Rindukan saya?”
“Saya pun sihat.. Rindu? Emm... Siapa yang kenal awak and takkan rindukan awak?” Azam cuba menggunakan ayat-ayat romantik agar perasaan sebenarnya tidak diketahui.
“Tak habis-habis ayat poyo awak! Hehe...” Myra menegur walaupun kesannya dirosakkan oleh ketawa manja yang dilepaskan di akhir bicaranya.
“Awak... Sebenarnya, saya ada kerja sikit... Nanti kita sembang lain ya?”
“Awak tau kan saya tak boleh selalu Skyping.. Tapi takpe laa, nanti saya call awak lagi..” balasnya merajuk.
Thanks...”
Miss you sayang!”
Pantas tangan Azam mematikan sambungan. Tak sanggup rasanya dia membalas ucapan penutup Myra sebentar tadi. Azam dibebani rasa bersalah. Bersalah kerana menipu Myra dan perasaannya sendiri. Tanpa sedar, dia mengeluh lagi. Selang beberapa ketika, azan Isyak berkumandang.
“Suara Razif tu... Boleh pulak dia azan sesedap ni... Hari tu, aku ajak pergi karaoke, tak nak...” Azam mengomel dalam hati. Mendengar suara Razif, Azam bagaikan terlupa seketika tentang masalahnya. Lagi sekali, suara Razif mempamerkan sihirnya. Hati Azam bagaikan tergerak untuk ke surau. Berjemaah. Azam terpandang baju Melayu segaknya yang ditempah khas sempena Aidilfitri lepas.
Over sangat la pulak... Nampak sangat baju baru.. Pakai t-shirt je laa...” fikirnya.
Kakinya digagahkan. Sampai di pintu surau, Azam terlihat papan tanda yang mengatakan,
”KANAN DIDAHULUKAN, KIRI DIKEMUDIANKAN”
Azam mendahulukan kaki kanannya dan menghalakan langkahnya ke tempat wuduk. Selesai berwuduk, dia melabuhkan punggungnya di suatu sudut, separuh berharap agar Razif tidak perasan akan kehadirannya. Matanya tercari-cari kelibat Razif. Razif, yang ketika itu sedang memberi salam usai solat sunat, bertentang mata dengannya lantas melemparkan senyuman.
*****
“Imam tu orang Arab, ke?” Azam memulakan bicara setelah Razif selesai solat sunat.
“Orang Iran..,” balas Razif pendek.
“Bukan orang Iran pegang mazhab Syiah ke? Boleh ke kita berimamkan dia?” tanya Azam kehairanan.
“Tiada salahnya, Zam... Menurut Imam Besar Al-Azhar Sayyid Tantawi dan Yusuf al-Qaradhawi, solat kita sah kerana kita sama-sama menyembah Allah, Tuhan yang Esa.. Bukannya Syiah menyembah tuhan yang lain... Betul? Lagipun, kita tak nampak dia itu Syiah yang bagaimana... Kalau golongan yang melampau, kita harus elakkan... Wallahu’alam..,” terang Razif.
“Oh, begitu... Aku baru tau..,” balas Azam pendek. 
“Permasalahan perbezaan pendapat dan mazhab ni memang menjadi salah satu punca perpecahan ummah pada hari ini... Pada ketika kita patut merisaukan saudara-saudara kita di Palestin yang mana darah mereka sedang dihirup oleh musuh Islam, kita pula sibuk berdebat mazhab mana yang betul dan mana yang salah...” Razif berkomentar agak emosi. Isu Palestin sentiasa membuatkannya sebak, Azam tahu itu.
Suasana hening menyelubungi kedua sahabat itu seketika, sedang para jemaah bergerak keluar dari surau itu.
“Azam, kau tak nak balik bilik ke?”
“Azam?” Panggilnya sekali lagi apabila Azam dilihat tidak memberi  respon.
“Ya?” Azam tersentak. Razif kembali duduk.
“Kau ada masalah ke Zam? Cerita laa...”
“Malu laa Zif... Dari apa yang kau cerita tadi, ummah ni menanggung masalah yang lagi berat dari masalah aku...” luah Azam.
“Kalau kau nak tanggung dua-dua masalah tu, lagi takde faedahnya, Zam... Kau selesaikan masalah kau dulu sebelum kita sama-sama usaha untuk selesaikan masalah ummah ni.. Bagaimana?” cadang Razif.
“Betul juga tu... Tapi aku tak tahu nak mula dari mana...”
“Hmm... Mulakan dari ukhti Jannah... Jangan terkejut... Aku tau kau tengah kejar dia...” Razif berkata sambil tersenyum.
“Jannah... Aku rasa aku minat kat dia... Tapi dia tak nak layan aku...”
“Itu muslimah, Zam... Bukan perempuan... Kalau ikut hukumnya, memang dia takkan layan kau kecuali sebagai kawan biasa...” terang Razif.
“Kalau kau nak lebih dari itu, lamarlah dia... Jadikan dia yang halal bagi kau...” sambung Razif lagi.
“Lamar? Maksud kau kahwin?” tanya Azam.
“Ye lah! Kau ingat apa? Lamar Odom, NBA player yang kau minat sangat tu?” balas Razif berseloroh.
“Kita kan student lagi... Kau ni, bagi cadangan, biar la logik sikit!” Azam tertawa.
“Jawapan aku logik laa...” balas Razif ringkas, lantas mendiamkan tawa Azam.
“Maksud kau?”
“Baca ayat yang aku dah highlight tu...”balas Razif seraya menghulurkan terjemahan Qur’annya.
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui.”[1] Azam membaca dengan teliti.
See? Allah dah bagi jaminan... Sebab tu aku berani cadangkan nikah kat kau...” Senyum Razif melebar.
“Myra bagaimana...?” bisik Azam lebih pada dirinya sendiri.
“Apa, Zam?” tanya Razif.
“Eh? Err... Aku sebenarnya dah ada makwe, Zif... Myra namanya...” terang Azam.
“Itu mengubah segalanya, Zam... Kalau kau ada berjanji dengan dia, kau kena penuhi... Kecuali kau terus terang dan putuskan segala hubungan kau... Kalau kau stay dengan Myra and kau lamar pulak Jannah, itu tak ubah kau seorang hipokrit... Make things clear between kau and Myra.. Then, kau plan laa future kau menurut acuan Al-Quran dan Sunnah...” tegas Razif.
“Okay laa Zif... Minta-minta Allah tetapkan hati aku di jalan-Nya...”
“InsyaAllah, Zam... Jalan agama ini tidak mudah... Cubaan dan godaannya banyak... Kalau kau perlukan bantuan, mintalah pada yang ahlinya...” nasihat Razif.
Kaki kiri Azam melangkah keluar dari surau itu, membawa hati yang dipenuhi keazaman yang membara. Keazaman untuk keluar dari belenggu yang melemahkan hati dan akalnya selama ini. Keazaman yang akan dikongsi bersama Myra, dan sejarah mereka berdua.


[1] Surah An-Nur, ayat 32

0 comments:

Post a Comment