Pages

Ads 468x60px

Wednesday, January 11, 2012

Mahasiswa dan Masa Depan Negara


Assalamualaikum. 

Suara mahasiswa menggegar lagi. Menggesa agar Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU)terus dimansuhkan. Biarkan pandangan mahasiswa didengari. Tapi itu isu lama. Err.. Dua-tiga minggu lepas, so lama la kan? Haha!

Tapi yang aku nak sembang kat sini pasal ada pulak suara-suara dari mahasiswa sendiri tak bersetuju malah ada yang sampai mencela pejuang hak mahasiswa ini sebagai tak sedar diri, tak tau bersyukur dan sebagainya.

Ada juga yang memekik (baca: menaip di Facebook dengan a hell lot of exclamation mark), mahasiswa patut fokus kat pelajaran, masa depan lagi penting, tak perlu sibuk-sibukkan dengan politik lagi dan macam-macam. 

Ini just nak bagi korang clearkan otak dan fikir betul-betul. 

Kau sure ke masa depan kau terjamin kat tangan pemimpin Malaysia yang ada sekarang?
Sampaikan kau dah rasa selesa dan tak nak ambil tahu langsung?

“Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019. “Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi.”
 
Komen kat atas tu disuarakan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem, bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.

Kau faham apa yang dimaksudkan dengan hutang negara mencecah 100 peratus KDNK tu? Malaysia bankrup la! Muflis… Hancuss…