Pages

Ads 468x60px

Friday, July 29, 2011

the best Ramadhan!

 

Assalamualaikum guys! Salam petang Jumaat…

So, kalo ikut tajuk obviouslah kali ni tuan rumah nak sembang pasal Ramadhan iaitu bulan yang kita wajib pose kecuali bagi orang2 yang dikecualikan… =)

sehari dua lagi nak masuk ke bulan Ramadhan, i must say that suasananya mulai terasa ditambah dengan perang iklan kurma, biskut raya, perkakas elektrik dan perabot raya kat tv-tv.

it’s a bit awkward though… seingat aku, last aku menjalani Ramadhan sepenuhnya kat umah time aku form 5… rasa macam dah berkurun… heh…! lepas tu, puasa kat matriks, kampus… dengan sahabat2 terbaik yang penah aku ada… sampai dah lupa macam mana adat istiadat menyambut Ramadhan kat umah ni… hehe…

tapi, aku tak rasa yang Ramadhan kali ini akan jadi kurang enjoyable walaupun member2 takde di sisi… huhu…

malah, aku rasa Ramadhan kali ini advantage bagi aku untuk manfaatkan sepenuhnya tanpa risaukan study dan sebagainya…

insyaAllah!

macam ustaz dalam al-Kuliyyah kat TV3 cakap tadi, anggaplah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terakhir dan manfaatkan sepenuhnya!

Ya Allah masukkanlah kami ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan selamat dari berbagai penyakit, hindarkan kami dari berbagai kesibukan dan hindarkan pula dari rasa cepat mengantuk.”

manfaatkanlah bulan yang mana di awalnya keberkatan, di pertengahannya keampunan, dan di akhirnya kebebasan dari api neraka.

ANAK

P/S: oh! ada orang dah beli baju raya ye? Winking smile

Sunday, July 17, 2011

Harry Potter… It’s finally comes to an end

 

Assalamualaikum…

Wahhh… tak sampai sehari, dah buat second post…. nampak beno tak sabar nak kongsi story ngan korang… hehe… bragging? gloating? tak de laa… saja nak promot je… hehe… i noticed that readers enjoy baca post2 yang light je… yang heavy2 diabaikan… buat penat aku menaip jek… haha…

okeh2…! finally tercapai jugak harapan aku nak tengok Harry Potter TDH Part 2 kat cinema… cinema plak nun kat KL… haha~ nak grand2 je kan…? =p

ringkasnya, aku sangatla seronok lepas bangun dari seat no M09, Hall 1, GSC Tropicana Mall, Petaling Jaya tuh.. hehe… damn near cried bila depa start tunjuk credit… lepas ni dah takde movie HP dah… huk3… kena cari obsession untuk movie lain pulak… ngee~ =D

tapi aku nak cakap 1 je ar… sori la Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, even the lovely Bonnie Wright… hehe… tapi Alan Rickman (playing Severus Snape) memang terbaik! huhu… I’m touched bila dia meraung peluk mayat Lily, nampak miserable gila… menjadi siot dia bawak watak Snape tuh! fuhh~ kalo aku tengok sesorang time tu, dah berkotak dah tisu kat depan… =D

I thought you’re going to keep her safe… (sobbing)”

-Severus Snape-

Herannya, dalam movie takde sebut pun story pasal Ariana or Dumbledore’s involvement dalam Dark Arts dengan Grindelwald… nak jugak tengok camne Dumbledore nangis… haha…

unforgettable scene:

Masa Minerva McGonagall transfigured patung2 knights dalam castle jadi idup (Piertotum Locomotor!)…

I always wanted to use that spell… (dengan muka gembira gila)”

-Minerva McGonagall-

aku gelak tak ingat dah time tu… haha! tambah lak riak muka Molly… pehh! jadi rilek je suasana, walaupun time tu nervous gila… almaklum la Voldemort dah kat boundary dah… =D

P/S: thanks kepada Amin Nor Qarim and family atas semuanya! =) hepi siot stay ngan korang walaupun sekejap…

thanks Keretapi Tanah Melayu Berhad!

 

Assalamualaikum! Hai guys!

16072011494

Fuhh! 12 jam dalam train dari KL Sentral ke Tanah Merah, Kelantan betul2 makan tenaga dalaman aku… haha… dah la tak dapat tiket kelas pertama… mmg tido duduk je la ak malam tadi.. sakit leher aku! nasib baik dapat gak berjalan2, aktifkan kaki ‘Gu Jun Pyo’ aku ni.. haha~ kalo tak, jadi air batu free jek… =p

 

kalo sapa2 yang tak penah naik KTM tu, korang nak tau x?

nasik goreng plain + teh susu panas berharga RM 6.50 tau! tapi kalo dah kelaparan, takpe la… tak berkira sangat… =p

16072011500

ni kira first experience aku naik train, not bad la… actually, best jugak! tambah2 kalo naik siang… dapat tgk bukit2, sungai… kalo aku dapat Canon EOS 600D idaman tu, full dah rasanya memory kad… hehe… aku naik malam… so dapat tgk kabus je la menyelubungi bukit bukau tu… =D

by the way, it’s fun though… hehe…

dah la pagi tu, aku baru tengok Harry Potter… terasa macam naik express Hogwarts lak.. hehe.. tapi malangnya, kat KL Sentral tu aku tak tau macam mana nak cari platform Nine and Three-Quarters… =p

dalam train KTM pun ada troli makanan gak… for a moment, i thought i can find some Butter Beer ngan Chocolate Frog… paling koman pun, dapat la BertieBott’s Every Flavor Beans… haha! gila pengaruh… ish3…

P/S: kalo ada rezeki lagi, nak naik first class pulak… ada katil! =0

Wednesday, July 13, 2011

history is not to be forgotten…

 

Assalamualaikum…

> Dah tengah malam bro… Pahal tak tido lagi??

Takleh tido la brader… Huhu…

Gila gedik! takleh tido pun letak kat blog… haha!

opss! sori la guys… post ni bukan semata2 nak bagitau aku takleh tido jep… aku nak story kat korang apa yang aku wat bila takleh tido… hehe…

ok? ready? jauhkan kanak2 bawah 18 tahun dari monitor korang… ok?

settle?

haha… gaya mau saspen! wat lawak kering plak tuan rumah… maaf la guys… tuan rumah pening sikit…

ok2… balik semula kat story asal…

tadi aku mendapat la ilham nak bukak wikipedia… cari topik untuk post blog… habuk2 dah start nak menebal balik dah kat dashboard ni…

so, Makcik Wiki bagitau la something yang very interesting, yet sangat2 sedih…

13 July 1878

apalah yang menarik sangat kat tarikh yang dah berkurun lama ni kan? hmm…

Treaty of Berlin or Perjanjian Berlin berlaku pada tarikh ni…

apa yang sedih sangat?

Perjanjian Berlin yang menyusuli Perjanjian San Stefano ( 3 Mac 1878) ini dah menyebabkan empayar Uthmaniyah, kerajaan Khilafah Islamiyyah yang terakhir, kehilangan wilayah yang sekarang ni dikenali sebagai Romania, Serbia dan Montenegro… dan juga menjadi titik tolak kemaraan cengkaman kuasa Eropah terhadap empayar Turki…

so, hari ni genap 133 tahun dah…(betulkan kalo silap)

133 tahun dah Romania, Serbia dan Montenegro BUKAN lagi salah sebuah wilayah Islam…

boring ye readers baca sejarah hari ni? huhu… entah2 ada yang baca tajuk pun dah out dah… sekadar tinggal stats je…

aku sekadar berkongsi… kalau ada yang baca, tambah pengetahuan korang… and semoga ada yang berkongsi ngan yang lain pulak… ni sejarah ummah kita, saudara kita…

chiao!

P/S: orang yang melupakan sejarah ialah orang yang akan mengulanginya…

Friday, July 1, 2011

after an adventure with Harry Potter…

 

Assalamualaikum!

Menjelang hari pembukaan tayangan the last part of Harry Potter ni, aku terjumpa satu artikel yang sangat menarik… hehee..~

Dah 14 tahun sejak buku pertama Harry Potter ada kat shelf2 kedai buku, dah 10 tahun sejak budak2 meraung2 kat kaunter tiket pawagam nak masuk tengok Harry Potter and the Philosopher’s Stone… dari budak2 dalam HP tu kecik, comel dan innocent sampai la dah jadi hot, ensem dan bermasalah… haha… rasa sedih pulak bila mengenangkan dh xkan ada rasa teruja menunggu episod baru dalam pengembaraan dunia sihir HP tu… Smile

kepada kita-kita yang membesar sama-sama ngan Hermione, Ginny n Cho Chang ni, (motif sebut nama pompuan jek??? haha~) mesti akan terkenang-kenang saat gelak guling2 time Hermione gelakkan Ron’s first attempt doing magic…

isi perut buat backflip each time Harry main Quidditch…

meluat gile kat Draco sampai rasa nak sekeh2 jek…

meleleh air mata bila kita pun macam sama ada kat pengebumian Dumbledore… Smile

tapi, apalah gunanye baca buku kalo xde pengajaran di sebaliknya… kan3? dalam artikel yang aku baca tu, ada list 10 benda yang kita boleh amek sebagai pengajaran bersama…

1. wat baik kepada budak yang tak popular. kalo sesapa yang setia and baca semua siri HP, kita akan sedar macam mana budak yang mula2 freaky gila bertukar menjadik geng yang paling cool kat skolah… haha… macam Luna Lovegood, Neville… start skola, xde sapa nak kawan ngan dorang… tapi bile start Dumbledore Army, and Harry dah berenti skola, dorang yang jadi macam leader geng tu…. style2!

2. berbaloi tuh jadi feveret cekgu. walopun Harry xpenah salah guna populariti dia dalam kalangan cekgu2, senang idup woo kalo ada cekgu kat belakang and sapot kita… haha~ macam Harry boleh masuk team Quidditch walopun baru first year… kalo budak lain, mau nak dapat???

3. mana ada rules untuk orang invisible. ok… mengaku je lah, jadi invisible memang banyak advantage… haha~ ceroboh library malam2, seludup keluar anak naga bukannya salah kalo dah halimunan… betul x? takde orang buleh cakap ko yang buat pun…

4. guna la buku second hand. bukan takat jimat, almaklum la kita student, banyak mana je duet neh… kn? heheh… kalo guna buku second hand, mana la tau jumpa secret2 yang penting ke… (merujuk pada buku Potion Half-blood Prince)

5. Coklat buleh jadi ubat. kesian Harry sampai pengsan2 kalo jumpa Dementor, tapi makan jek coklat, rasa hangat sampai ujung jari… kalo nak kira dalam dunia kita lak, kot2 kekasih ati merajuk ke, bagi coklat… bersinar2 la balik muka dorang tu…

6. stokin tu penting. bukan je dapat memberi kebebasan untuk house-elf pelik cam Dobby dari keluarga sihir jahat cam Malfoy, tapi stokin jugak menghalang kaki dari kebusukan melampau akibat satu hari suntuk memakai kasut…

7. family tu tak semestinya blood-related. walopun Aunt Petunia tu sedarah sedaging ngan Harry, tapi tu langsung tak halang dia kurung si Harry dalam almari bawah tangga umah untuk 10 tahun lebih… tapi kawan-kawan yang langsung xde kena mengena ngan Harry, dorang stay ngan Harry susah senang… telan Polijus Potion yang rasa macam momok (Crabbe ke Goyle punya? xingat…)… running across the country semata cari a bit of Voldemort’s fragmented soul… dorang la true family…

8. tak salah mengorat adik kawan baik sendiri. Harry penah selamatkan Ginny dari Riddle dalam Chamber of Secret, tapi 4 tahun kemudian baru Harry sedar Ginny tu sebenarnya pompuan… haha! Ron pulak, ok je… mainly sebab dorang pun ada masalah Voldemort kot…

9. Kita boleh pilih sapa kita nak jadi. pengajaran paling penting. lepas ni, kalo la tergagal pape, kita cakap, “ aku pilih untuk gagal je ni!” konfiden tu penting, beb!

10. kadang2 wartawan reka2 je cerita tuh. Rita Skeeter! haha~ suka hati je membelit apa yang orang cakap… jadi, sapa boleh buktikan apa yang kita baca kat paper tu betul?? ;-p

credit to: Maui R. Drilon – Yahoo! News

p/s: tengok trailer HP and the Deathly Hallows-Part 2 ulang2 kali… huhu… tak sabar!