Pages

Ads 468x60px

Thursday, August 25, 2011

Raya dengan Gajet?


Assalamualaikum!

Hai semua… Yes! Baru berkesempatan tuan rumah nak post something hari ni…

Sebenarnya, tuan rumah nak bawakan satu scene di hari raya… Biasanya petang sebab kalau pagi raya, semua pakat pi masjid…

***

BUDAK 1 duduk di sofa mengadap phone dengan earphone terselit di telinga. BUDAK 2 dan 3 mengadap televisyen di ruang tamu. Para ibu di dapur menyediakan air sebab ada tetamu yang baru sampai.

NENEK: Budak2! Meh la jumpa orang-orang yang datang ni…

AYAH: Tak boring-boring duk ngadap tv tu! Raya2 ni, cer la bersembang ngan orang sikit… bukan selalu dapat jumpa macam ni!

BUDAK 2 dan 3 pun bangun, mata tak lepas dari tv… Lepas salam ngan semua orang, sambung tgk tv balik…

***

Haa~ Readers pernah terjumpa situasi macam ni? Kot-kot readers yang perangai macam ni…? Sori la kalo kena batang idung sendiri ye…


aku pun lebih kurang macam ni suatu ketika dahulu… 

*Ecehh!*

Tangan tak lepas phone… Kadang-kadang siap boleh main PES kat laptop, sedangkan guests semua tengah mencari anak teruna paling hensem dalam kampung ni… wahaha!

*lagi2 puji diri sendiri! patut la makin surut trafik kau!!!*

Tapi, kita kena admit jugak, budak-budak sekarang kan advance… umur lima-nam belas, tangan pegang HTC, iPhone… aku ni nak memiliki Vivaz Pro pun kena pikir 2-3 kali… cehh!

*mengadu nasib pulak!*

kalau nak quote FB Berita Harian, anak muda sekarang dilabel ‘anti-sosial’. Malu nak mengaku, tapi ada betulnya dah kalau budak sekarang lebih memilih bertemankan FB or Twitter berbanding sepupu-sepapat di hari raya ni…

kalau dulu, time aku buat perangai macam ni, mak aku akan bagi satu jelingan maut ala-ala Ziana Zain… kena paham la, maksud dia:

“Pi bercampur ngan orang tu! Hidup ngan mesin je… nak jadi robot ke apa?”

and aku pun pi la ke dapur, sebab mak aku suruh bawak keluar air sirap bandung yang menyegarkan tekak tu…

*semacam je tuan rumah promot air? kita still puasa la, ngek!*

P/S: satu channel tv duk iklan Canon EOS 600D, satu lagi duk brainwash aku dengan Samsung Galaxy S2… arghh!

2 comments: