Pages

Ads 468x60px

Tuesday, August 16, 2011

Tak nak tido?

 

Assalamualaikum…

Hai-hai… Sebelum baca lebih lanjut, diingatkan bahawa post ini hasil kebosanan melampau… Maaf kalau kemerepekannya menjengkelkan hati sesiapa…

*menyusun sepuluh jari, mintak maap*

Ada ketikanya kita ada benda-benda penting yang nak kena buat, tapi time-time macam tu la nak menguap seluas serombong kapal… masa-masa begini lah, 4 tips untuk tak nak tido sangat berguna…!

1. Pergi tandas, basuh muka. No biggie, dah biasa orang buat…

2. Agak-agak tahap kuapan tu dah tak boleh ditahan-tahan lagi, try take a walk. Do some stretching. Kalau tak berkesan jugak, try sprinting pulak…

*sayup-sayup* hoi! tak lawak la bro!

In short, try la berpeluh sikit. yang boleh buat mata tu terbukak. kalau dah tak nak tido, tapi duk melingkar je atas tilam sooner or later, konfem tertutup jugak mata tu..

3. Kalo nak tido, biasa orang kira biri-biri kan? Instead of that, try kira girls berbikini berlari-lari anak di tepi pantai… di tambah dengan efek slow motion, mata korang akan serta merta terbeliak. tapi warning ye, tips #3 ni tak digalakkan sama sekali… sebab aksi ini boleh mendatangkan side effect sepeti lemah daya ingatan, suhu badan meningkat secara mendadak serta menggigil. Reminder jugak: tips #3 ini jugak berkesan untuk lelaki je… untuk perempuan tak boleh ye!

rasanya perempuan tak perlu pun tips-tips macam ni… aku sentiasa kagum dengan kebolehan perempuan control masa tido dorang… boleh tido lambat, tapi bangun awal tanpa kesan-kesan macam mata sembab, merah dan sebagainya… agaknya memang anugerah untuk bakal ibu la kan? ability macam tu memang diperlukan di waktu-waktu kecemasan macam bila anak meragam tengah-tengah malam, or suami ke meragam… okeh, aku dah melalut!

4. kalo tak nak berjalan di dunia realiti, try berjalan kat dunia maya… yes! i’m referring to blogwalking… tapi pilih la blog-blog yang interesting, serta contentnya yang menarik dan refreshing… nak contoh? err… try arcx13 (panda garang), patehadnan pun best jugak, tak pun mr. right… tak lupa jugak la ydpfaizal…

*kena sekeh* tak sapa nak baca ko promot blog la!

agak-agak tips aku ni membantu tak? aku pun tak try semuanya lagi.. tambah-tambah tips #3 tu… =p

P/S: tido untuk hidup, bukan hidup untuk tido… betul ke apa aku tulis ni?

0 comments:

Post a Comment