Pages

Ads 468x60px

Saturday, August 27, 2011

Cerita Seram Kedai Gunting Rambut

 

Assalamualaikum semua!

3 hari lagi! 3 hari lagi!

*excited lebih-lebih pulak tuan rumah ni*

eh! eh! elok sikit… bukan nada excited tu… sila baca dengan nada sedih ye… Lagi beberapa hari Ramadan akan meninggalkan kita… kat sini pun duk hujan je sejak beberapa hari lepas bagai menangisi pemergian Ramadan…

tapi hari ni tak hujan so, tuan rumah menyempatkan diri ke kedai gunting rambut. Rambut aku dah macam rambut Justin Bieber tak pakai conditioner dah… untuk mengelakkan status teruna hensem kampung dirampas orang lain, laju je aku ke kedai…

*shaddap la!*

sampai je kat kedai, tu dia!!! beratur orang duk menunggu… okeh! memang sampai tengah hari la jawabnya… tapi berbekalkan keazaman, kesungguhan serta rasa takut sebab bapak aku dah menunggu dengan gunting kebun kalau aku tak balik dengan rambut pendek, aku tunggu la jugak…

sambil-sambil tunggu tu, ada la pakcik ni… err… panggil atuk lebih sesuai kot… atuk ni tegur aku…

sesi ice breaking dah settle… dia tanya, dah kawin ke belum… aku cakap la belum sebab tengah belajar lagi… dia pun kata something yang membuat aku telan air liur banyak-banyak kali…

“ore mudo supo mu ni molek nikoh awal… dop la payoh mano nati…”

atau dalam bahasa bakunya:

“orang muda macam kau ni elok kawin awal…takde la payah sangat nanti…”

dengan pantas aku tanya kenapa… bab-bab kawin ni memang sensitif sikit… dia pun cerita la, dia ada ilmu batin sikit-sikit… katanya, ada ayat-ayat yang kena praktis and ada tok guru datang malam-malam untuk latihan… kalau dah kawin, boleh la ajar… dalam hati aku, “lambat lagi! lambat lagi!”

ok tuk! turn atuk dah sampai… pi la gunting rambut tu… bagi ringan sikit kepala… banyak sangat atuk pikirkan tu…

P/S: seram tak? bagi aku, seram woo! haha!

0 comments:

Post a Comment