Pages

Ads 468x60px

Saturday, April 23, 2011

hipokritnya!

 

Assalamualaikum.. Salam petang Sabtu readers! =D

Bagaimana kita nak define someone yang hipokrit?

Terngiang-ngiang sebenarnya perkataan tu dalam telinga aku ni.. Ceritanya, semalam kami (tuan tanah, en. Amin, en. Zul, en. Din, en. Man and en. Hafiz) decide nak jalan kaki ke masjid dengan niat menunaikan solat fardhu Jumaat disebabkan ketiadaan khidmat bas selepas pukul 12.30. So, menapaklah kami dari Restu tercinta ke Masjid al-Malik Khalid USM dengan perasaan gembira sebab dapat jawab paper LSP 300 dengan senyuman.. wahaha.. untuk orang-orang luar, tau tak LSP300 tu paper apa? Academic English je.. 1 level sebelum dapat ambil LSP402, English for Scientist and Engineer kalau tak silap.. hehe.. lupa lah! and kalau tak silap gak, 402 ni yang paling tinggi.. (baca dengan nada ketakutan) hehehe…

berbalik kepada topik hipokrit tu, dalam tengah jalan-jalan, bergurau senda bersama tu, en. Amin tetiba cakap aku hipokrit…

ntah apa menda beliau tak puas ati ngan aku, tak tahu lah!

hahaha…

Menurut akak Wiki yang comel, hypocrisy is an unconscious self-contradiction, a state of incongruence between one self’s professed belief or feelings and one self’s ACTUAL belief or feelings…

ATAU

dalam bahasa ibunda LKM400-nya (sumber: Kamus Dewan Online), hipokrasi adalah suatu percanggahan diri secara tidak sedar, keadaan tidak selari antara kepercayaan atau perasaan yang diakui oleh seseorang dan kepercayaan atau perasan SEBENAR orang tu..

Jadi, senang citer, orang hipokrit adalah orang yang cakap lain, buat lain la… kan?

Aku orang yang macam tu ke?

Betul ke kawan-kawan?

Adakah perubahan ke arah yang lebih baik itu dikatakan 1 hipokrasi? Or you rather love to remain in ignorance forever? ikut sangat la ‘ignorance is bliss’ tu.. huhu..

Usaha ke arah lebih baik tu mesti ada… tapi kita manusia, sekali dah perangai tu ‘berkerak’ dalam diri, konfem susah nak tanggal.. mesti ada tertunjuk sekali-sekali.. time2 macam ni la fungsi sahabat sejati diperlukan.. tegur kat mana yang boleh ditegur… (mesti banyak kali ‘ter’tunjuk.. kan? sebab tu korang perasan.. huhu..)

Firman Allah SWT,

…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..”

(Surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

so, sahabat-sahabat..

Berubahlah… aku tak mahu hanya bercakap… aku nak jadi seperti Nabi SAW, dakwah melalui tauladan.. Ubah diri sendiri dulu baru tegur orang… Diri sendiri pun tenggelam-timbul, macam mana orang nak terima.. betul tak sahabat?

P/S: aku tau ko gurau je Min.. Post ni pun bukan nak sentapkan ko.. Just apa yang ko sebut tu, terkesan je.. and tak salah kalo kita sama2 cermin diri sendiri.. Kan2? hehe…

0 comments:

Post a Comment