Pages

Ads 468x60px

Saturday, January 1, 2011

how to spend the last day of 2010?

Assalamualaikum! Salam tahun baru! Kepada sesiapa yang still tak perasan, template aku telah pun ditukar... Semata-mata sempena tahun baru.... =)

31.12.2010: Hari terakhir 2010, hari terakhir kami berumur 19! Macam mana agaknya kami spend hari ini yek? Nak tau tak? Kalau korang tak nak tau pun, aku kena bagitau jugak... Sebab tu laa purpose aku buat blog, nak bercerita! wee~~

0600: Aku terjaga pagi tu, dengan agak keletihan sebab meeting pada malamnya berlanjutan sampai pukul 1pagi.. Lepas settle perkara-perkara yang wajib semua, aku lepak je laa kat bilik sebab memang takde plan nak bersuka-ria pun...

1000: Then, en. Hafiz 'Ilmi meng'call' aku untuk turun ke bilik mesyuarat... That's the first time I'm touching his VAiO! haha~ Very big screen! Kinda great for gamers, I think... =) 

1130: Dorang ajak gi lunch.. Aku ingat nak gi KFC, sebab jalan yang sama... Rupanya, kat belakang KFC tu ada kedai makan masakan kampung yang agak sedap arr... haha~ Dah settle kat situ... Time balik plak kitorang melintas depan Baskin-Robbins, masing-masing dah menjerit nak makan desert! haha~~ Eskem kami ditaja oleh en. Epul! terbaik! haha~~ =)
Kami tak lama-lama kat situ sebab nak kena solat Jumaat.. Makan pun kena laju jek... hehe...

happy dapat makan free!

en Epul wat muka manja... tau arr duit banyak!

style!

makan-makan sampai aku tak dapat makan...

abis!


1430: Habis solat Jumaat, kami (aku and en. Amin) telah ditinggalkan oleh en. Imran, en. Epul and en. Zul... Tak kisah, kami boleh jalan... Kami memang selalu disisihkan! (terngiang-ngiang lagu Insan Hina, nyanyian en Hadi Nasution...) Dah jalan nak dekat sampai Aman Damai dah, en. Amin cakap beliau teringin nak pergi Queensbay... Nak beli kasut basketball baru katanya... Aku tak kisah, aku memang suka berjalan... Baru aku perasan, yang aku tak cocok lagi... Tak besh nih, jalan takde duit... Last sekali, sampai kesudah tak keluar duit... en. Amin pun sama... Window shopping je lahh... adess... Haa...! Kami ingat nak stay sampai malam, tapi en. Amin nak tengok geng dia main basketball kat Bakti Permai.. 

1730: Sampai kat Bakti, ramai gak orang main walaupun gerimis.... en. Amin dah dissolve dengan dunia dia dah... haha~ tapi sempat ar dia ajar aku main.. So, that day I learn to play new games... Selama ni, duk main dalam komputer jek... Main betul-betul, HANCUR! haha~~ bola ntah kemana, aku dah kemana... Tapi, at the end of the day... Aku dah boleh main sikit-sikit... nak tau? Aku telah dihadiahkan oleh en Amin, kasut basketball lama dia... Dia takleh pakai, katanya.. Besar... Takpe, Amin! Aku pakai... haha~ Dengan kasut tu, aku dunk kat Bakti tu nanti!!! wahaha~~~

1900: Balik! Letih! Bajet tak nak keluar dah... Dorang ajak pulak dinner kat Seagate... Tepi laut tuh... Bawak Nikon en. Amin, bajet nak photoshoot... Sekali ujan daa.... Abis dinner, desert kat Nasi Kandar Makbul... Aku tak ingat dorg makan apa.. Tapi, aku order jus mango je... Kenyang, aku tibai tomyam tadi... =) 

2250: Balik... Sampai Restu, dengan mata merah... Lepas settle perkara-perkara wajib suma, aku dunk atas katil n terus senyap.... Tak dengar dah pape... haha~ letup-letup mercun pun aku tak dengar.... 

THE END!

0 comments:

Post a Comment