Pages

Ads 468x60px

Tuesday, January 11, 2011

da tunang da! =)

Assalamualaikum! =)

Senyum lebar aku sejak dua tiga hari ni.. sebab apa? ini yang nak diceritakan dalam post kali ini... agak lama jugak aku senyap pasal berita pertunangan aku, sebab aku tau dorang mesti tak percaya... then dua tiga hari lepas, aku decide nak publish kat facebook.. meaning, aku tukar status relationship laa... betul sangkaan aku, macam2 respon aku dapat.. ada yang wish tahniah (ntah jujur, ntah ikhlas, aku pun tak tau... haha!), ada yang tak pecaye... ada yang kata aku tipu.. siap suruh aku sumpah lagi.. haha.. macam2 ragam korang... komen yang paling aku like, "alah.. nak taw gak.. ang ni da mcam celeb taw... mesti nak taw juga..aduh.. tpi gitaw aku serius??? betul tunang ni..??".. STYLE lahh komen nih....! haha~~
68 komen tuh! haha...


elok je lepas aku tukar status tu, aku terbaca satu artikel mengenai hukum menghebahkan pertunangan hasil sumbangan seorang saudara..


Para ulama terbahagi kepada 2 golongan dalam membahaskan perkara ini. Satu golongan mengharuskan penghebahan berita pertunangan, manakala satu golongan lagi mengatakan sunat menyembunyikan pertunangan.

1. HARUS menghebahkan pertunangan:



Saya menaqalkan(dengan ringkasan) fatwa Doktor Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi yang merupakan anggota majlis fatwa Kuwait seperti berikut:


Soalan: Apakah hukum merahsiakan pertunangan dengan tujuan perkahwinan?.Adakah di sana terdapat hadith yang menggesa agar dirahsiakan pertunangan?

Fatwa:

Maka tidak ada halangan dalam mengisytiharkan pertunangan secara syarak, bahkan ianya adalah lebih utama(untuk diisytiharkan), kerana (hukum) asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus, dan tidak datang nas yang menghalang (dari berbuat sedemikian). Manakala pernikahan, ianya adalah diperintahkan oleh Allah swt melalui hadith-hadith yang banyak. Di antaranya adalah sabda Nabi s.a.w: (Hebahkanlah pernikahan ini, dan adakan ianya di masjid-masjid, dan palulah duf-duf(alat muzik seperti kompang)) Riwayat Al-Turmidzhi dan selainnya. Dan tidaklah aku ketahui sesuatu hadith yang menghalang dan mencegah dari menghebahkan pertunangan.


Begitu juga apa yang disebutkan di dalam laman web islamqa yang dikelolakan oleh Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid, yang menyebutkan di dalam salah satu fatwa yang terdapat di dalam laman tersebut berkenaan khitbah syar'iyyah(pertunangan menurut syarak).Antaranya, terdapat di dalam petikan fatwa tersebut:




Mengenai perbuatan sebahagian kaum Muslimin yang mengiklankan pertunangan serta menzahirkan kegembiraan(dengan mengadakan majlis),serta perbuatan memberi hadiah, adalah merupakan adat yang harus pada asalnya,dan tidak diharamkan ia, melainkan perbuatan-perbuatan yang diberi petunjuk oleh syarak akan keharamannya.



Demikianlah terdapat beberapa ulama yang menyentuh mengenai hukum keharusan dihebahkan pertunangan.Manakala di bawah ini saya bawakan pandangan yang sebaliknya.



2. Sunat menyembunyikan pertunangan:


Setakat yang saya ketahui, terdapat qaul di dalam mazhab maliki yang menyatakan bahawa hukum menyembunyikan pertunangan adalah sunat, seperti yang disebut di dalam kitab Al-Syarhu Al-Kabir oleh Sidi Ahmad Al-Dardir,menyebutkan :



Terjemahan: (Dan) sunat (memendekkannya) iaitu khutbah(nikah) (dan mengiklankannya) iaitu pernikahan, berlawanan dengan pertunangan, maka hendaklah disembunyikan.(jilid 2: m/s 216)



Dan juga di dalam kitab Manhul Jalil Syarah 'Ala Mukhtasar Khalil oleh Sheikh Muhammad Alisy, menyatakan:

Terjemahan: Manakala pertunangan, maka disunatkan agar menyembunyikannya sepertimana khitan.(Jilid 3: m/s 257)

Di dalam web Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, ada menyebutkan mengenai gesaan agar tidak melampau dalam menghebahkan pertunangan. Teksnya adalah seperti berikut:

"Another matter that must be given serious consideration is the publicising of an ‎engagement. An engagement is an pact between a man and a woman to be ‎married, and the process of getting to know each other better. Over-publicising the ‎engagement, as have often been the case recently, should not take place. This is ‎because an engagement is only a pact, and may or may not actually lead to ‎marriage. Therefore, over-publicising the engagement may lead to embarrassment ‎for the family in the event that the couple does not end up marrying. In addition, ‎publicising the engagement also opens a path for those who are jealous and ‎envious to sabotage the union.




The Prophet Muhammad (s.a.w.) himself reminded all to: “Keep the engagement a ‎secret, and announce the marriage.” (Reported by Ahmad from Abdullah ibni ‎Zubair (r.a.) and corroborated by Albani in ‘Irwa’ al- Ghazali’). 






Berkemungkinan, sandaran dalil bagi golongan ini(yang tidak menggalakkan dihebahkan pertunangan) adalah hadith yang biasa berlegar dikalangan umat Islam seperti yang dipaparkan di dalam laman web yadim tersebut. Yang benar, hadith tersebut berbunyi sebegini:


( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )




Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).


Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho'ifah(no 2494) dan Dho'if Al-Jami' Al-Saghir(no 922).

Manakala hadith yang disebutkan di dalam laman web Yadim tersebut adalah hadith Riwayat Ahmad daripada Abdullah Ibn Zubair r.a, dan dihasankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa' Al-Ghalil ((إرواء الغليل ,dengan lafaz a'linu an-nikah(hebahkan pernikahan) dan tanpa penambahan lafaz akhfu al-khitbah(sembunyikan pertunangan). Iaitu hadith tersebut berbunyi:


أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( أعلنوا النكاح ) روى أحمد عن عبد الله بن الزبير رضي الله عنه والحديث حسنه الألباني في إرواء الغليل :1993






Berbalik pada pendapat golongan ini,yang menggalakkan (sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain,sepertimana yang saya naqalkan dari laman web islamweb.net, yang menyebutkan:
قال الخرشي في شرح خليل: وأما الخطبة بالكسر فيندب إخفاؤها كالختان وإنما ندب الإخفاء خوفاً من الحسدة

Terjemahan: Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain).


Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum(bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:

قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان ، فإن كل ذي نعمةٍ محسود ) رواه الطبراني وصححه الألباني في صحيح الجامع:943


Terjemahan:



Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya) . Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami' (no 943).


Demikian yang mampu saya kongsikan mengenai pendapat-pendapat ulama terhadap isu ini.Walaubagaimanapun, menurut pandangan saya, setiap pihak mempunyai dalil masing-masing dari sudut tertentu(walaupun kedapatan dalil yang digunakan adalah hadith dhoif, bagi golongan yang menggalakkan disembunyikan pertunangan) .

Berdasarkan apa yang saya pelajari, sikap menolak terus hadith-hadith dhaif dari digunakan dalam perbahasan fiqh(bukan sebagai hujjah seperti mana maklum, tetapi sokongan) adalah tindakan yang merugikan khazanah ilmiah Islam itu sendiri.

Kesimpulan bagi perbahasan ini(menurut pandangan saya, moga-moga Allah mengampuni diri ini andai melakukan kesilapan), bagi individu-individu yang bertunang yang bebas dari kedengkian orang lain terhadapnya, bolehlah menghebahkannya ataupun tidak(bergantung kepada pilihan,kerana hukumnya adalah mubah/harus) , manakala bagi mereka yang yakin akan ada orang yang dengki dan bakal melakukan perbuatan tidak baik terhadap mereka,dan dibimbangi seandainya pertunangan tersebut putus,maka akan menjejaskan maruah mana-mana pihak, adalah dianjurkan untuk menyembunyikan pertunangan mereka, sebagai langkah berhati-hati dan menjaga kemaslahatan bersama.

Wallahua'lam bisshowab.


P/S: untuk dalil-dalil yang disertakan, aku hanya menyediakan terjemahan saja.. sapa2 yang nak baca dalam bahasa arabnya, bleh klik pada link yang aku dah sediakan...

0 comments:

Post a Comment