Pages

Ads 468x60px

Wednesday, January 5, 2011

hakikat percintaan dan perkahwinan!

Assalamualaikum! Selamat semuanya...! =)

Gatal serta keterujaan tangan ini membawaku ke hadapan monitor, bermain-main dengan keyboard untuk post kali ini yang aku rasa agak panjang dari kebiasaan..

Straight to the point, aku nak kasi cerita sikit kat korang pasal sorang nih... (err, honestly aku tak tau laa dia bagi ke tak aku citer pasal ni.. hehe.. just in case kalo awak baca, saya tak sebut nama awak tau... hehe...) back to the point, aku ada seorang member. member aku ni selalu ada masalah bab-bab relationship ni.. tambah2 kalau dengan lelaki... jadi, seperti biasa, aku laa tempat rujukan dan meminta nasihat... (walaupun aku sendiri dah nekad tak nak kapel ni... wee~)

biar aku citerkan dalam bentuk perbualan, senang sikit korang paham... FYI, ada orang complain yang ada sesetengah post aku susah difahami... sedih aku! nampaknya kena improve lagi skill tulisan aku... harap LKM400 dapat membantu... erk!! dah lari topik lagi... okay2... startnya begini...

di suatu petang yang hening, tade aktiviti... fonku berbunyi, ada orang call katanya.. err.. tak perlu detail kot...
dia: assalamualaikum! 
aku: waalaikumusalam..
dia: awak bz tak?
aku: tak pun... tgh tnggu mlm... nape?
dia: saya prlukn someone arr... nak citer something...
aku: awak ada masalah ke? suara sedih je... 
dia: emm... masalah biasa laa... awak dah kenal saya lama....
aku: mslh dgn dia? baru je baik smula kn?
dia: emm.. dia mcm dh xnk kwn ngan saya je... lama dh kami xkontek... sy xgtau awak, sbb sy ingt dia bz je.. ni dh lme sgt... sy msj, dia xbls.. cmne nak wt... (baca dgn nada nak nangis..)
aku: awak pun tau saya ni kapel pun bercerai-berai, xkn saya nak bagi nasihat kat awak... (baca: nada tenang bagai seorang bapa cuba menasihati anaknya...)
dia: tak... awak dengar pun xpe dah....
aku: hmm... awak tenang je... kadang-kadang lelaki ni, xsuka sangat bila pompuan tu dok push dia sgt2.. lelaki cpat rimas, bosan.... awak buat macam awak tak peduli pun...
dia: saya tak tau saya boleh wat ke tak.... saya sayang dia...
aku: tau laa... kalo dia pun sayang awak, xkn dia wat cmni kat awak.... at least kalo awak ignore je dia.. mybe dia akan curious n start msj awak balik... paling teruk pun, dia msj mintak clash... 
dia: yeke?
aku: ye kot! haha... kalo dah dia mintak tu, bagi je ar... awak pun bukan xlawa... berderet lagi orang nakkn awak tu...
dia: hmm... dh bpe kali dh sy kapel-clash... xpnah kekal...
aku: xyah ar kapel.. stay solo... yakin pada jodoh yang Allah dah tetapkan... satu hari awak mesti jumpa... sekarang ni, maybe awak taknak sorang2... hati awak kata, awak perlukan teman... tapi teman macam mana yang awak nak... semestinya bukan teman yang makin menyusahkan hati awak kan? awak perlukan kawan... bukan pakwe... suami awak akan jadi pakwe awak... percaya laa...
dia: awak tau kan saya sunyi... maybe saya kena tukar penampilan kot...
aku: tukar camne tu?
dia: saya tengok kawan saya suma bahagia.. dorang kata lelaki suka pompuan yang modern.. singkat, ketat dan melekat... huhu...
aku: of course!!! tapi bukan utk buat bini ar... haha... saya nak citer sikit ar... jahat setara mana pun lelaki ni, bila dia nak kawin, dia cari yang at least pandai jaga diri... tutup yang mana perlu ditutup... Allah menjadikan lelaki ni makhluk yang tahu rasa cemburu n adakalanya kuat jugak.. Nabi Adam, ketika mana di awal penciptaannya, dia berseorangan.. dia tension tgk makhluk2 dlm syurga berpasangan.. my point is, lelaki yang betul2 waras akan cemburu bila tau aurat isterinya dipandang oleh orang lain, sbb dia tau isterinya adalah haknya... sama la kesnya ngan awak ni...
dia: sama cmne?
aku: awak kata nak jadi modern sikit... awak ada fikir pasal perasaan bakal suami awak..? insyaAllah satu hari awak akan berkahwin n bakal suami awak orang baik2... bakal suami awak berusaha menjaga kehormatannya, sebab dia sedar dia hanya untuk awak.. tapi awak, semata-mata nak mengejar cinta yang kononnya akan kekal, awak nak dedahkan tubuh awak.. awak tak terpikir awak dah khianati suami sebenar awak??
dia: err... awak selalu ke bagi nasihat kat orang pasal ni? macam pro je..
aku: takde pun... ayat yang saya cakap kat awak, ayat yang sama saya yakinkn hati saya time clash dulu... hehe.... tapi jangan tukar topik sekarang... 
dia: hehe... mana ada... hmm.. 
aku: saya tau memang susah... tapi try.. awak akan terkejut macam mana tenang hati awak nanti... hehe...
dia: ok2... awak tak terpikir nak kapel lagi?
aku: err... dah azan maghrib dah.. saya kena mandi dulu...
dia: ok2. thanks tau... hehe... 
aku: assalamualaikum...
dia: waalaikumusalam..

TAMAT.

apa yang korang tengah fikirkan sekarang...? betul ke tak? setuju ke tak dengan nasihat2 yang aku bagi...? ye ar.. aku tak nak berlagak macam pakar, kehidupan sebenar bukan berlegar pada alam remaja saja.. tempuhi alam perkahwinan, dan kita akan rasa realiti perhubungan sebenar.. masa itu, kita akan sedar, hidup berkapel ni hanya imaginasi... atau ayat yang aku paling minat... latihan perkahwinan yang tak berkesan langsung... =)

sebab apa?
sebab kapel tidak menyediakan platform sebenar untuk menangani masalah2 sebenar dalam perkahwinan... sebab tu, kapel dah bertahun-tahun, bila kahwin tetap bercerai.. bukan doa, tapi itu hakikat yang sebenar... kita kena terima bahawa alasan kapel untuk prepare nanti kahwin, sudah tidak boleh dipakai...
Mungkin ada yang akan mempertikaikan dah kapel pun ada masalah, inikan pulak kahwin dengan orang yang tak dikenali...
Jawapan aku mudah. 
Bila kita tak kenal maka kita tak akan dibutakan dengan sifat-sifat baik yang sengaja ditunjukkan time kapel, sedangkan sifat buruknya sengaja disorok.. bila dah kahwin, terserlah kekurangannya lalu menjadikan si suami kecewa lantas meninggalkan persepsi yang buruk terhadap si isteri.. bermulalah syak wasangka... dari syak wasangka, timbul pula perbalahan.. dan akhirnya, perceraian...
dengan perkahwinan yang hanya di'intiate'kan dengan majlis ta'aruf atau suai kenal, maka hidup berkeluarga mereka dimulakan dengan kosong.. kemudiannya, melakari hidup mereka bersama secara seimbang... sejarah terungkap satu persatu, membuatkan masing-masing boleh bertoleransi antara satu sama lain... at least, begitulah hendaknya... yang penting, hubungan yang mulanya disertai dengan redha Allah akan berterusan menerima keredhaanNya... insyaAllah...

P/S: Maaf tentang penggunaan ejaan dan bahasa yang amat rojak... Saya nak cepat... hehe...~ thanks kerana membaca... Any comments, blh inbox fb or komen je kat bwh ni... =)



0 comments:

Post a Comment