Pages

Ads 468x60px

Wednesday, January 2, 2013

Review “Lah-Sangat”: XPERIA SOLA

 

Assalamualaikum awak, awak dan awak !

Ok. Bersempena dgn pemberian Rebat Smartphone RM200 yg diumumkan Kabinet hari ini, saya nak post satu review mengenai phone saya yang agak baru nih. Kira ni macam satu usaha nak tolong rakan-rakan pilih phone yang sesuai dengan jiwa remaja korang la ok? Smile

Err… Korang tau kan yang Kabinet baru tukar syarat Rebat tu hari ni? Kini korang boleh beli mana - mana je smartphone, dah tak kira range harga dah.

Terima kasih pembayar cukai a.k.a rakyat Malaysia !

Dah cukup mengarut. Berbalik kepada urusan promosi. Eh. Urusan review.

Ini phone saya. Sebijik macam ni. Kaler putih.

Kenapa putih?

Sebab nak nampak cam iPhone. oh malu~ Lagi satu, saya memang minat kaler putih.

Namanya Sony Xperia Sola. Baru je berumur 3 bulan. Masa saya beli, harganya RM850. Dapat full set + kotak + free baju getahnya. Sekarang, tak pasti la berapa. Err. Sebenarnya tak nak check. Nanti kecewa. Konfem-konfem harga turun.

Sebelum saya angkut yang ni, ada 3 candidate yang saya duk survey. Galaxy S Advance, yang ni memang dah duk usha dari akhir tahun 2012 lagi. Last survey, harga dia dalam RM1050. Second, Xperia P, ni abang kpd Sola. Skrin 4 inch + resolution kamera  8MP. And 1 lagi ialah… Galaxy Wonder. W ni member saya pakai. Tetiba terpikat dengan display dia. Kalau korang perasan, harga suma ni below RM1100. Sangat penting untuk anda tetapkan bajet dahulu sebelum survey. Ini mengelakkan anda rambang mata dan terus menyambar iPhone. Tambah-tambah kalau student yang baru dimasukkan JPA nih.

LOL.

So, what makes me chose Sola against these awesome models?

1. PRICE.

Ini memang tak boleh elak la. Set bajet sampai seribu, pikir balik study pun nak pakai duit. So, amek la yang 800 lebih ni je. Tapi ini 800 lebih yang sangat berbaloi. Nanti saya cerita lagi detail.

2. PROCESSOR.

Sebagai seorang gamer (eceh!) dan peminat grafik, saya memang tengok aspek ni dulu. Sola datang dengan Dual-Core 1GHz processor. Semua model yang kat atas pun sama. So, takde perbalahan kat situ. Masa baru beli dulu, Sola masih run dengan Android Gingerbread. Sangat smooth. Transition antara menu takde lag.

Selepas update kepada Ice-Cream Sandwich (ICS), agak lag mungkin sebab ICS ni run dengan grafik yang agak tinggi. Tambah bila bukak banyak-banyak apps. Tapi adat la ye dak? Laptop power gila pun burn kalau korang bukak game-game grafik tinggi serentak.

3. KAMERA.

Kamera Sola ni decent je. 5 megapixel. Kalau perhati betul-betul kat Instagram or Twitter saya, ketara noise kalau gambar surrounding gelap. Tapi satu benda saya suka pasal kamera Sony ni ialah, hasil kamera 5MP nya better dari mana-mana 5MP brand lain. Tak caya try tanya user Sam****, or N*k*a. Model-model phone saya sebelum ni pun Sony jugak. By the way, saya suka fotografi. Takde la pro. Cuma berminat. Itu pasal saya include kamera dalam review ni.

Contoh gambar:

2012-12-15 08.19.30

4. DISPLAY.

Saya cerita tak yang display Xperia latest-latest ni semua guna Bravia mobile display? Bravia ni technology yang sama Sony pakai untuk TV diorang. Pernah masuk Harvey Norman? Mesti korang layan tengok TV Sony kan? Kan? Haa… Sama la kat Xperia nih. Ok, mungkin tak sama sebab skrin kecik. Tapi saya pernah layan Prince of Persia: Sand of Time guna Sola nih. Oh heaven jugak la. HAHA.

Kenapa Prince of Persia?

Jangan tanya. HAHA.

Display yang style sedap mata memandang, walaupun skrin hanya 3.7 inch saja. Pixel density atau resolutionnya pun tinggi kalau compare dengan phone yang size skrin sama. Korang tau kan, makin tinggi resolution makin lawa la display…

5. BATERI.

Saya taktau la nak compare dengan apa tapi selama saya duk pakai ni kan, saya pernah test run cas penuh then bukak wifi sepanjang hari. Bateri tahan 1 hari sebelum sampai 10 percent. Test ni tak bukak game, media. Just WiFi, FB, Twitter, Instagram dengan mesej saja. Macam style jugak la kan. HAHA.

Itu yang style-style pasal Sola nih. Ada juga yang tak style.

1. Takde front face camera.

So, korang-korang yang minat Skype or video call tu susah la sikit kena guna main camera.

2. RAM rendah, internal memory agak kecil.

RAM rendah ni penyebab phone jam kalo bukak banyak-banyak apps sekaligus. Saya pakai AVG antivirus, ada function clear unused apps nak bagi lancar. Internal memory kecik, boleh dibackup dengan memory card. Saya tak pasti tapi saya rasa Sola ni model-model last yang still boleh pakai SD card. Xperia P tak boleh. Tapi tengok pulak internal memory P sampai 13GB kot. rasanya takde masalah. HAHA.

Rasanya tu saja kot yang saya mampu listkan.

Akhir kata, saya bukan pandai sangat pasal gajet ni. Mohon jangan tanya soalan pelik-pelik. Saya hanya peminat.

P/S: “Technology in the hand of a fool is a weapon, in the hand of a wise is a tool.”

0 comments:

Post a Comment