Pages

Ads 468x60px

Tuesday, January 1, 2013

2013: A Beginning of a New Chapter



Assalamualaikum.

Hai korang. Masih adakah pembaca yang menunggu karangan terbaru daripada saya nih? HAHA. Harap masih ada. Keinginan untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu, pandangan dan pengalaman masih tak pudar lagi. HEH.

Sooooo~



2013. Looking past my shoulder, looking back at 2012, I wonder… Apa yang telah saya capai sepanjang tahun ini? 


Kalau rujuk arkib blog ni pun, rasanya pembaca dah boleh agak yang tahun ini saya agak lemau dalam mengemaskini kandungan blog ni. Tak se-semangat dahulu. HAHA.
But, I intend to look past that and akan cuba sekuat mungkin untuk update blog ini sekerap mungkin dengan kualiti bahan sebaik mungkin.

Phew.

Mohon doa pembaca setia sekalian ya.
Smile

Timeline Twitter, Facebook even Google+ saya sekarang sedang dihujani dengan update-update azam tahun baru masing-masing. Frankly, I am not against this. Pada saya, amalan ini satu amalan yang bagus. Ia membantu kita mengatur hidup kita untuk setahun yang akan datang. Dengan menetapkan goals atau arah tuju yang kita ingin capai menjelang akhir tahun 2013 nanti, kita secara tidak langsung mengajar diri untuk disiplin dan tidak terpesong dari jalan yang dah kita tetapkan.

 

Kita sendiri yang akan menentukan pengakhiran dan nasib kita di akhir tahun 2013 nanti. Kita juga yang akan mengecap manis kejayaan jika azam kita ini dapat ditunaikan.
Berpandukan firman Allah SWT,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka.”
Ar-Ra’ad : 11
Jadikan azam ini sebagai langkah pertama kita towards perubahan nasib sepertimana yang dijanjikan Allah.

Amalkan juga selain tetapkan azam di awal tahun untuk perancangan jangka masa panjang, tetapkan perancangan masa untuk sebulan, seminggu dan juga seharian. Serius. Ini sangat membantu untuk mengurangkan pembaziran masa. Try sebelum tidur tu, prioritize tasks yang penting untuk didahulukan pada esok hari. Bayangkan juga rough flow chart untuk elak membazir tenaga ke hulu ke hilir tanpa tujuan. InsyaAllah, hidup terasa lebih nyaman.

Eh? Dah macam tutorial. And ada bunyi iklan sikit. Tak mengapa lah kot. Lama tak menulis, skill sudah berkarat. Sighhh..~

Cukup setakat ini, saya tinggalkan kalian dengan ucapan:
Hidup cuma sekali, tapi kalau kita jalani betul-betul sekali sudah cukup untuk kecapi semua yang manis dalam kehidupan ini.

Assalamualaikum wbt.

P/S: “Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving.”

0 comments:

Post a Comment