Pages

Ads 468x60px

Wednesday, January 11, 2012

Mahasiswa dan Masa Depan Negara


Assalamualaikum. 

Suara mahasiswa menggegar lagi. Menggesa agar Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU)terus dimansuhkan. Biarkan pandangan mahasiswa didengari. Tapi itu isu lama. Err.. Dua-tiga minggu lepas, so lama la kan? Haha!

Tapi yang aku nak sembang kat sini pasal ada pulak suara-suara dari mahasiswa sendiri tak bersetuju malah ada yang sampai mencela pejuang hak mahasiswa ini sebagai tak sedar diri, tak tau bersyukur dan sebagainya.

Ada juga yang memekik (baca: menaip di Facebook dengan a hell lot of exclamation mark), mahasiswa patut fokus kat pelajaran, masa depan lagi penting, tak perlu sibuk-sibukkan dengan politik lagi dan macam-macam. 

Ini just nak bagi korang clearkan otak dan fikir betul-betul. 

Kau sure ke masa depan kau terjamin kat tangan pemimpin Malaysia yang ada sekarang?
Sampaikan kau dah rasa selesa dan tak nak ambil tahu langsung?

“Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019. “Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi.”
 
Komen kat atas tu disuarakan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem, bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.

Kau faham apa yang dimaksudkan dengan hutang negara mencecah 100 peratus KDNK tu? Malaysia bankrup la! Muflis… Hancuss…  

Sebab apa boleh bankrup ni? Malaysia kan kaya… ada petroleum, ada balak… Tourism pun bukan main lagi hebat, segala macam pulau, gunung… takkan tak dak income kot?
Ini la sebabnya…

Kos projek kerajaan berlebihan
Pembaziran
Rasuah serta ketirisan dalam pengurusan

Lagi nak sembang pasal masa depan? Kau study kuat-kuat, nak kerja apa kalau dah negara pun bankrup?
Kau boleh cakap kalau pun macam tu, biar lah hal politik diuruskan oleh ahli-ahli politik. Mahasiswa kerjanya belajar aje la… 

dalam usaha nak memancung kepala-kepala naga yang hanya reti makan duit rakyat (baca: duit kita), mahasiswa ada tugas khas yang mana ahli politik pun tak boleh buat.
menyampaikan kepada yang tak yakin kepada ahli politik.

yelah. dalam usaha sesetengah pihak yang nak menyekat kebangkitan rakyat, ada lah cerita-cerita yang ditabur untuk memusnahkan kredibiliti pihak yang lain.
bagi yang hanya disuap dengan cerita-cerita begini, mereka akan terus hidup dalam keselesaan sementara je… sedangkan tanah-tanah mereka mungkin dikaut sewenang-wenangnya, titik peluh mereka dikerah sehabisnya.

maka, mahasiswa lah penggerak kebenaran, menyampaikan berita yang telus dan tak menyebelahi mana-mana pihak.
memang adat alam, yang membawa kebenaran akan sentiasa diuji. bertahanlah, kerana yang benar tu akan menang. dan beruntunglah bagi mereka yang di pihak yang menang. itu janji Tuhan.

P/S: nak laporan penuh tentang Hutang Malaysia 100 peratus menjelang 2019? klik [SINI]

1 comments:

  1. Aku setuju gile weyh dgn pdpt ko, ak ta fhm, kdg2 budak2 yg komen kt fb tue ta ke ta psl isu semasa ngr, bkn ke bangang dorg tu, bole plak ade yg kate, perjuangan membuang mase n so on...rse geram gile...smpi bile BN n UMNO nk printah ngr neh, smkin brtmbh hutang ngr sbb nk blnje beli keperluan peribadi...geram ak!! harap PRU pembangkang amik alih bru BN akn sedar n dorg akn cube prubhn utk kbaikan rakyat!!

    ReplyDelete