Pages

Ads 468x60px

Monday, October 10, 2011

Respon: Kenapa takut sangat filem seram?

 

Lambakan filem seram dalam industri perfileman negara menjadi satu trend yang cukup membimbangkan. Memang diakui bahawa ‘viewer’s demand’ menjadi salah satu punca tetapi apakah atas alasan ini, penggiat seni seharusnya menyempitkan idea dan buah fikiran mereka untuk mengaut keuntungan atas trend penonton semata-mata dan tidak cuba menghasilkan filem-filem yang ‘melawan arus semasa’ dan mendiamkan mulut-mulut pengkritik?

Seharusnya filem dan media seharusnya menjadi pemangkin kepada gaya pemikiran masyarakat Melayu yang dilihat masih berada di takuk lama; pontianak, pocong, saka dan sebagainya, sedangkan untuk menuju ke arah negara maju, gaya pemikiran seperti itu seharusnya dilempar jauh ke belakang dan dilupakan.

Jika ingin menggunakan alasan filem seram Melayu lebih mengetengahkan unsur mistik dan budaya lama masyarakat Melayu, satu persoalan harus timbul dalam fikiran. Mengapa budaya yang menunjukkan orang Melayu ini sangat paranoid yang harus menjadi jajaan orang-orang perfileman? Mengapa tidak diketengahkan sisi masyarakat Melayu yang suatu ketika menjadi identiti seperti seni silat?

Sepatutnya kisah-kisah kepahlawanan seperti Hikayat Merong Mahawangsa itu diperbanyak, bukannya mengulang-ulang kisah pontianak memburu darah, orang minyak mencemar si dara dan sebagainya.

Di sudut lain pula, usahlah melagukan alasan bahawa filem bergenre seram ini membawa mesej ‘jangan sesekali menyekutukan Allah’ atau ‘tipu daya syaitan itu nyata’ walhal kenyataan itu hanya diletakkan hanya 5 saat sebelum kredit tamat filem tersebut. Tiada kesannya berbanding hantu-hantu yang hampir 2 jam ditayangkan.

Rasanya tidak wajarlah saya ingatkan yang ‘orang yang kreatif itu sentiasa mencari jalan untuk mengubah persepsi orang terhadap sesuatu’ kerana saya pun tidaklah mampu mengarah jauh sekali menjadi produser. Saya hanyalah seorang Melayu yang tidak lagi mampu menonton filem seram.

 

P/S: Ini merupakan respons peribadi kepada artikel Berita Harian ‘Kenapa takut sangat cerita seram?’ [LINK]

2 comments:

  1. hmmm...sbnrnye sy kurg stuju dgn pdpt anda...sbnrnye industri perfileman neh adalah satu bisnes jgk...mst la producer pon nk tgk untung...so, bak kate org dlu2..ikut resmi lalang;tiup ke kanan, condong ke kanan, tiup ke kiri, condong ke kiri...maka, bile demand utk filem seram msh tinggi dan mmpu meberi pulangan lumayan...smestinya la...filem sebegini yg dipaparkn utk penonton...oleh itu, isu spt plambangan budaya pemikiran melayu yg kolot sbnrnye tdk wujud d sni...sbb sy yakin masy kte da arif n mampu mbezakn baik dan buruk...ingin sy tegaskn bhw ini hnyelah pdpt peribadi sy:)

    ReplyDelete
  2. jika nk dikatakan penonton msih inginkn filem seram, xbetul juga.. sebab rata-ratanya hanya sekadar balik modal je.. and pnonton yg inginkn filem brkualiti sudah bosan dgn idea yg sama.. kalau diletakkn target no 1 ialah keuntungan, rasanya industri filem malaysia xkan kemana...

    ReplyDelete