Pages

Ads 468x60px

Wednesday, September 21, 2011

Berat badan: Antara Rupa dan Kesihatan

 

Assalamualaikum…! Morning everyone…

Bila kali terakhir korang pi timbang berat korang? Or korang memang ada weighing scale sendiri kat rumah? Adakah korang takut untuk makan kerana takut berat badan naik? Or adakah korang melantak tak ingat dunia sebab korang tak peduli pun pasal bentuk badan korang?

*nak kena tuan rumah ni… boleh tanya soalan-soalan sensitif pulak pagi-pagi buta macam ni…*

Erkk! Tenang kawan-kawan…! Hehee… Aku bukan tanya sebab busybody atau apa-apa, tapi ini ada satu cerita mau story kat anda-anda semua…

Benda ini memang dah lama dah nak dimasukkan ke dalam archive blog aku yang tak seberapa ini, tapi disebabkan limit masa dan prioriti-prioriti kerja yang lebih memerlukan perhatian, aku terpaksa tangguh dulu.

okeh! dari segi rupa, memanglah dunia mengiktiraf bahawa orang yang slim and slender dan cukup ukuran itu cantik, menawan dan sempurna. orang kategori 3G pula akan dipandang sinis bila memasuki butik-butik baju seperti… err… seperti… sorry guys! aku tak tau pulak brand-brand baju yang fofuler..

*itu semua propaganda media je tu…!*

tuan rumah tak nak sembang pasal pengaruh media terhadap cara pemikiran manusia sekarang. itu mungkin di lain post, ok?

Dari segi kesihatan pula, ramai yang berpendapat bahawa orang yang kurus ini sihat manakala yang risiko untuk orang berbadan besar untuk mendapat penyakit-penyakit yang “confirm mati” lebih tinggi.

Jangan pesimis begitu kawan-kawan!

Berapa ramai antara kita ada kawan 3G? Berapa ramai pulak yang pasangan diorang lagi baek dari kita yang so-called hensem or cantik ni?

kalau korang tanya aku, ramai juga. sampai ada yang kata, macam mana la budak hot macam tu boleh sangkut dengan si dia ni…

mungkin ada yang kata itu jodoh dia, kan?

see? that’s my point. bila sampai hal jodoh, hang gemuks kaa hang kurus keding kaa, akan ada la pasangan hidup yang Tuhan tentukan untuk anda.. bila sampai hal cinta, hang huduh kaa hang cute kaa, ada la yang berkenan dengan anda..

yang penting self-esteem kena ada. yakin dengan diri sendiri kena ada. baru orang respek sama kita maa!

habis dari segi rupa, dari segi kesihatan pulak. memang lah ajal maut di tangan Tuhan, tapi kalau dah makan tak ingat dunia dah tentu-tentu lah ibarat menempah maut. diabetes atau dalam bahasa coolnya, sweet pee (kencing manis), darah tinggi, obesiti.. semua tu sinonimlah dengan orang ‘gems’. tapi, jangan kata orang kurus ni tak boleh kena penyakit-penyakit tu pulak.

yang penting, sentiasa amalkan gaya hidup sihat dan makan biar teratur.

P/S: diet bukan untuk cantik, tapi untuk sihat.

1 comments: