Pages

Ads 468x60px

Sunday, November 27, 2011

Perginya seorang sahabat


Assalamualaikum.

Minggu ni banyak berita-berita yang mengejutkan sampai ke telinga aku. Tapi paling tak disangka antara semua adalah berita pemergian sahabat aku ketika di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, kelas 4 Harmoni. Saudara Kamalhadi Rosli meninggal dunia pada pukul 12 a.m, Jumaat 25 November 2011 akibat sakit jantung, kalau ikut berita-berita dari sahabat ASiS lain.

Arwah ni antara orang-orang yang membantu aku kurangkan shock ketika di asrama dulu. Almaklumlah, aku ni tak pernah2 berjauh dengan family… Arwah dah macam abang aku kat sana. Tapi terkilan sikit bila aku quit ASiS, terus kami jarang berhubung. Tau-tau dia dah takde. Sangat terkilan.

Hijjaz – Kau Sahabat Kau Teman
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Sebak mendengar bait-bait lagu ni… InsyaAllah sahabat, akanku kirimkan Fatihah dan doa agar kau diletakkan bersama para solehin, para pejuang-pejuang agama Allah yang lebih dahulu meninggalkan kami..

0 comments:

Post a Comment